BEBERAPA keping gambar telah dikongsi di laman-laman sosial seperti
Facebook, Instagram dan Twitter berkenaan situasi semasa yang berlaku
sebelum jam 12:01 malam di stesen-stesen minyak di seluruh negara.
Kejadian ini dikatakan berlaku di Melaka.
Sumber: http://www.apeceritadot.com
Bermula dengan keadaan sesak kenderaan yang merebut harga akhir minyak RM1.90 bagi RON95 hinggalah gambar suasana berselerak sebuah stesen minyak.Keadaan berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis.
Akibat bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar dengan merosakkan beberapa pam.
Beliau bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.
Apa yang pentingnya, kita perlu sedar dan faham bahawa Kerajaan telah mengambil keputusan untuk merasionalisasikan subsidi agar jumlah hutang negara tidak semakin membukit.
Maka, ini serpihan kesan yang perlu diterima secara suka atau tidak demi memastikan di masa hadapan generasi anak cucu kita tak lebih menderita..
(mynewshub)
RSB : Kebodohan pemimpin yang angkuh tak mahu dengar nasihat dari rakyat sesuka hati naikkan harga minyak.
Minyak dah lah mahal, kemudian tak cukup pula, kalau mahal tapi cukup bekalan boleh sabar lagi, lebih teruk dari dari yang kita sangka, mana orang tak marah, kalau di negara seberang, dah kena bakar stesen minyak ini kerana membuatkan orang marah.
Tindakan Najib menyebabkan ramai rakyat stress...ingatkan cina yang naikkan harga minyak, rupanya pemimpin Melayu yang makan melayu, podah...
No comments:
Post a Comment