Trafik

Sunday, September 1, 2013

Hubungan Ikhwan Muslimin Dan Nusantara Sangat Erat

Sebagaimana slogan 'Islam itu Bersaudara', gerakan Ikhwan Muslimin mempunyai talian rapat dengan saudara Islam di Indonesia, Malaysia dan negara-negara Nusantara. Foto lama ini menceritakan segalanya di mana, delegasi Ripublik Indonesia diketuai oleh HA Salim menyampaikan ucapan terimakasih Indonesia kepada Ketua Umum Ikhwan Muslimin

Pengasas IM Imam HASAN AL-BANNA sangat kuat menyokong perjuangan Rakyat Indonesia memerdekakan diri dari penjajahan Kolonial Belanda.

IM menjadi rujukan tentang apa-apa masalah yang melanda selepas kejatuhan Empayar Turki Ottomaniah pada tahun 1924, umat Islam sudah kehilangan satu-satunya pemerintahan Khalifah tempat rujukan.

Pada 1928 IM ditubuhkan dan menjadi gerakan dakwah dan harakah kepada golongan ulamak dan agamawan dari pasentren atau pondok dan madrasah, mereka adalah golongan pelopor yang bangkit dan telah berjihad dengan darah dan air mata membebaskan negara dari dijajah. Sejarah tidak boleh melupakan perjuangan Tok Janggut, Abd Rahman Limbung, Dr Burhanudin Al-Helmi, Madrasah Ehya As-Sharif Gunung Semanggol dan lain-lain.

Rata-rata negara Islam dijajah oleh penjajah Barat termasuk di negara kita dari Portugis kepada Belanda, jatuh pula kepada Inggeris.

Pada Perang Dunia ke 2 Tanah Melayu dijajah oleh Jepun dan apabila Hirishima dan Nagasaki di bom dengan bom Atom, Jepun menyerah kalah dan diambil semula oleh British.

Semasa berlaku bencana tsunami yang amat dahsyat di Aceh Indonesia, melalui misi kemanusiaan IM telah menghantar Dr Morsi (foto bawah) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bekerjasama dengan beberapa NGO di sana dan PKS membangun semula Aceh.   

RSB

No comments:

Post a Comment