Trafik

Wednesday, September 18, 2013

Khalid Hentam Tantawi?


 

 

 

 

 

 

 

Khalid Tibai Sape Nih?

Ulama punca PAS gagal PRU13
Ulama pelapis sibuk nak serang Pakatan Rakyat






SHAH ALAM: Antara punca kegagalan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan ulama pelapis memainkan peranannya di peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno diperingkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.

“Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.

“Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.

“Daripada dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Khalid berkata, tugas PAS semasa PRU13 Mei lalu sepatutnya menembusi dan menawan kerusi yang sekian lama menjadi kubu kuat Umno tetapi gagal menanganinya secara efektif.

Katanya, sekiranya Dewan Ulama mampu memberi tumpuan dalam peranannya semasa PRU13 sudah tentu perkara itu berjaya dilaksana.

“Itu kelemahan kita, bukan kerana tahaluf siyasi (persefahaman politik),” katanya.

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu sekaligus membidas kenyataan Dewan Ulama PAS minggu lalu yang menganggap Pakatan Rakyat hanya merugikan parti itu menawan undi Melayu.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, sehubungan itu meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak pernah silap.

“Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. “Tetapi kaji hanya untuk penambahbaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

“Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan,” kata Nik Aziz.

RSB : Siapa kata ulamak tak buat kerja, memanjang sibuk hari-hari dengan kuliah subuh sampai ke ceramah, hebat betul ustaz kita ni, sampai nak jemput kuliah di markaz pun tak sempat, 365 hari sibuk, tapi jangan nanti dikata ahli cawangan "Ostad dalam delimma kerana ceramah dan kuliah kat luar tu lebih banyak masyuk..."

No comments:

Post a Comment