PERAJURIT wanita memperagakan corak baru loreng digital. FOTO Bernama
Masa kononnya krisis Lahad Datu yang peliknya berlaku sebelum PRU13 yang lalu, nampak sangat tiada kapal pengangkut askar ke sana. Askar kita naik Air Asia, tak militan betul. Mana pergi kapal pengangkut kita...
As-Sultan Johor pun pernah tegur peralatan pasukan elit komando di kem Iskandar Mersing pun dalam keadaan usang. Tengku Yem Tibai Zahid
Saya duduk dan membesar di Kluang, ada dua kem besar di sini, kasihan melihat keadaan kuaters yang sudah uzur.
Kalau tanya skot vateren, baju loreng dulu macam corak berus lebih cantik dan unik, makin lama guna makin selesa, macam seluar jeans, makin lusuh semakin cool. Seragam ditelan zaman
Sekarang nak tukar corak digital pula, tak apa, tiada masalah, yang jadi masalahnya, tentu banyak RM komisyen masuk kepada syarikat pembekal bila semua tukar seragam baru, belum lagi cat jentera dan peralatan lain. Yang pangkat prebet dapat apa, naik motosikal sampai pencen...
Seragam Celoreng Digital ATM
KUALA LUMPUR: Pakaian seragam terbaru 'loreng
digital' bagi menggantikan celoreng lama pada uniform sekarang akan
diperkenalkan kepada semua unit tentera secara berperingkat, kata
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
"Mungkin tidak lama lagi, loreng digital ini akan turut dipakai oleh unit-unit yang sesuai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut hadir menyaksikan perarakan bertemakan 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara'.
Zulkifeli berkata kenderaan tempur dan utiliti tentera darat akan mula dicat dengan corak digital sebaik warna cat pada kenderaan itu luntur akibat faktor cuaca dan pengunaan lasak.
Cat-cat digital pada kenderaan tentera diguna pakai buat pertama kali ke atas kenderaan peninjau tentera, Ferret Scout Car dan dipamerkan hari ini di Dataran Merdeka.
Sementara itu Hishammuddin melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ATM dan berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik untuk veteran tentera.
Beliau mahu melihat agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang dilaungkan perdana menteri turut melibatkan golongan veteran itu. - Bernama
asw kepada admin dan semua. maaf juka pandangan sy agak lari dari luahan pemikiran dan jiwa admin. jika diperbincangkan tentang persenjataan yang dimiliki oleh atm tidak langsung kelihatan dari aset perang dunia ke-dua. cuba saudara admin menyenaraikan persenjataan yang datang dari dunia kedua dan kini dimiliki oleh atm. yang keduanya pula adalah ditak sesuai menggunakan kapal pengangkut dalam kes lahad datu yang memerlukan pencegahan pantas keatas gerakkan musuh. sebab itulah kapal terbang digunakan. penggunaan kapal terbang komersial dilihat lebih baik dari menggunakan kapal terbang cargo Hercules bagi memberikan sokongan moral dari segi keselesaan kepada prajurit yang akan bertempur. sebaiknya kita selaku orang yg tidak terlibat tidak membuat tomahan semborono tanpa menyertai atau merasai keadaan sebenar.
ReplyDelete