Trafik

Sunday, July 6, 2014

Suami isteri gian main judi hingga sanggup abaikan anak

... anggota polis memeriksa premis judi haram dalam satu serbuan kelmarin

Alor Setar: Sepasang suami isteri beragama Islam bukan saja tidak menghormati Ramadan malah sanggup meninggalkan dua anak mereka di rumah semata-mata mahu melepaskan gian bermain judi di sebuah premis judi yang beroperasi di sebuah inap desa di Taman Sri Indah Fasa 4, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini, kelmarin.

 Dalam serbuan jam 1 pagi, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Inspektor Mohd Nasrul Faiz Suaid menyerbu premis judi yang beroperasi secara haram hasil maklumat awam dan risikan.

 Lelaki terbabit yang berasal dari Puchong, Selangor manakala isterinya yang berasal dari daerah ini, masing-masing berusia 30-an, ditahan ketika leka bermain mesin yang berunsurkan perjudian pada Ops Dadu. 

Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Mohd Fauzi Yusof berkata, pasangan suami isteri terbabit yang mempunyai tiga anak menyewa sebuah daripada bilik di inap desa berkenaan. “Dua daripada bilik di inap desa berkenaan itu pula disewa sindiket perjudian.

Ketika serbuan, kami dapati 10 pelanggan berusia 19 hingga 30-an sedang leka bermain mesin judi. “Kami menahan pasangan suami isteri berkenaan dan semakan mendapati lelaki itu pernah ditahan sebelum ini kerana terbabit dalam aktiviti perjudian,” katanya.

 Menurut beliau, pihaknya merampas seunit komputer kawalan utama, 16 komputer, satu unit jalur lebar dan wang tunai RM54. Mohd Fauzi berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk diambil keterangan. Metro

Judi adalah haram, samada berlesen atau tidak berlesen

Nota : Bulan Ramadan syaitan dibelenggu, tak ada alasan kalah godaannya, maka kerjaya syaitan diteruskan oleh manusia  berwatak syaitan.

Dalam kes ini adalah kes judi haram, bagaimana pula judi yang ada lesen, apakah pihak berkuasa akan serbu. tentu tidak, sedangkan judi ini 99% kebarangkalian rugi kata pakar matematik, bahkan semua agama mengharamkan judi.

Tidak mustahil ramai yang gian main judi sebab budaya berjudi disuburkan kerajaan Umno Bn dimana lesen premis judi dikeluarkan dan dipromosikan dalam akhbar bahasa melayu arus perdana.

Akibat judi amat dahsyat, bila rugi, hidup akan miskin, papa, kedana, terpaksa berhutang, untuk terus hidup buat apa saja benda haram hingga terpaksa melakukan jenayah. Nampaknya Kedah di bawah kepimpinan MB baru macam tidak aman jika gejala ini dibiarkan.

No comments:

Post a Comment