Trafik

Wednesday, July 2, 2014

Kluang Lubuk Batu Berharga, Izinkan Mereka Cari Rezeki

Kluang: Kira-kira 200 Orang Asli dari Rompin, Pahang, sanggup datang ke daerah ini untuk mengambil upah daripada sekumpulan warga China melakukan kerja menarah bukit serta menggali tanah bagi mencari ketulan batu bernilai dipercayai kristal.
Mereka berkampung di kaki Gunung Lambak itu dengan mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sepanjang melakukan kerja menarah bukit dan mengorek tanah itu.

Penduduk, 26, dari Kampung Orang Asli Rompin yang ditemui di lokasi pencerobohan tanah berkenaan berkata, mereka datang ke kaki gunung itu selepas mendapat maklumat mengenai penemuan batu berharga berkenaan walaupun tidak pasti kesahihannya.
“Sejak datang ke sini lebih seminggu lalu, saya belum dapat mengenal pasti jenis batu dikatakan bernilai itu.

“Kami bergantung kepada pembeli yang sedia menunggu di tempat kerja penggalian berlaku untuk mengenal pasti.

“Setakat ini saya hanya menjual seketul batu bernilai RM300, namun ada juga rakan lain yang memperoleh batu lebih bernilai.
“Tidak semua mendapat pulangan hasil daripada kerja ini kerana ada yang pulang dengan tangan kosong setiap hari,” katanya.

Katanya, dia dan rakannya akur dengan arahan pihak berkuasa supaya berhenti melakukan aktiviti itu dan kembali ke kampung kerana melanggar undang-undang selain berisiko tertimbus tanah runtuh.

Nota : Pihak Pentadbiran Tanah dan Galian perlu ambil tindakan kepada cukong tuan punya tanah, adakah ada kebenaran, jika ada, siapa yang lulus lesen carigali... banyak persoalan misteri. janganlah disusah-susahkan orang asli dari jauh cari rezeki.

No comments:

Post a Comment