Trafik

Showing posts with label Kahang Barat. Show all posts
Showing posts with label Kahang Barat. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

Sumbangan alat pendengaran di Felda Kahang Timur

Alhamdulillah telah berlangsung majlis Penyampaian Sumbangan Alat Pendengaran oleh Keadilan Sembrong kepada penduduk yang memerlukan di Felda Kahang Timur dan Ulu Dengar, Perlimen Sembrong pada 4 Oktober 2015 yang lalu.

Terima kasih kepada tuan rumah Sdr Hisham Jalil seisi keluarga yang sudi mengizinkan majlis ini berlangsung. Seramai 10 penerima set alat pendengaran yang bernilai lebih kurang RM1000 keseluruhannya.

Sempena Hari Raya Qurban, bagi rakan Keadilan yang bukan muslim yang tidak boleh ikut serta dalam ibadah korban, maka mereka salurkan sifat pengorbanan tadi dengan menaja alat pendengaran ini.

Tahniah Sdr Liaw seorang jurutera lepasan USM yang sanggup memotong wang gaji semata-mata untuk memastikan  mereka yang memerlukan mendapat manfaat. Moga kerja baik beliau diberkati tuhan dan terbuka hati beliau untuk berhijrah. InshaAllah.

Ucapan wakil kaum Tionghua, Mr Koo yang menyatakan semasa berlaku 13 Mei 1969 beliau berada di Tangkak mengusahan tanaman sayur hidup aman dan bahagia besama rakan Melayu dan India, langsung tidak ada sentimen perkauman sebagaimana di bandar yang mana api permusuhan sengaja dicetuskan oleh pemerintah pada masa itu. kami bukan mahu ambil kuasa Melayu dan keistimewaan Melayu, kami cuma mahu berniaga, boleh kerja cari wang, keamanan dan keadilan, serta hak asasi. itu sahaja.

Saya hadir sekali bersama KC Sdr Yusof Ahmad, Sdr Jaafar, Mr Koo, Sdr Liaw, Sdr Fadzli. Sdr Jalil KR Kahang Barat, Hj Dollah, Sarjan Shakri, Wak Amat Ulu Dengar bersama Haji Kosran dan Haji Tahir.

Doa kesejahteraan rakyat dibaca sayu oleh Wak Amat bekas Iman Felda Ulu Dengar dan Jamuan Mi Kari, Kuih Koci dan Teh Panas yang menyelerakan menamatkan pertemuan kami. Jumpa lagi. Terima kasih/ HB




























Monday, October 5, 2015

Menyantuni ahli selepas PRU dan Pemilihan Parti

Alhamdulillah, kami datang menyantuni aktivis kami di Ranting Felda Kahang Timur dengan keahlian dari kalangan anak muda yang terpaksa keluar tanah rancangan untuk mencari rezeki.

Setelah PRU13 berlalu menyaksikan Keadilan belum menang lagi di Felda walaupun undi peneroka di sini antara yang tertinggi di Felda negeri Johor iaitu 20%. tahniah. Semasa ada pemilihan parti, ramai pimpinan pusat yang bertanding apabila dijemput, mereka pasti akan hadir samada untuk memperkenalkan diri ataupun berkempen.

Kita maklum, selepas itu, hanya Dun atau Parlimen yang berpotensi menang sahaja yang akan mendapat perhatian lebih dan memperoleh sumbangan untuk membiayai program dari YB-YB kita.

Kami di Cabang memang ada banyak program yang mahu dilaksanakan tetapi faktor kewangan kadang-kala merencatkan rencana kami apatah lagi ramai aktivis parti ada yang hilang pekerjaan, tukar kerjaya lain, projek dan tender kontrak ditarik balik dan ada yang terduduk kerana jatuh muflis.

Apapun halnya, Alhamdulillah, semangat kami tetap dengan slogan #lawantetaplawan


Bagi Ranting Felda Kahang Barat pula ramai ahli Keadilan dan rakan Pakatan Rakyat yang hilang fokus dan terbawa-bawa dengan krisis Pas-Amanah.

Ramai orang Pas di sini seolah-olah putus hubungan dengan Keadilan, tidak seperti sebelum ini, lebih parah lagi bagi ahli Pas yang memilih Amanah sebagai wadah baru, dulu kami mesra boleh minum teh tarik bersama sekarang tarik muka.

Ada pula pihak yang mengapi-apikan dalam aplikasi wasap bimbang pasti berlaku pertandingan 3 penjuru Pru akan datang, lalu minta GHB atau Amanah jangan cuba ditubuhkan dan ahli serta aktiviti mereka mesti diboikot.

Kami rasa tidak ada taklimat khusus tentang perkembangan terkini bagi masalah rakan parti kita ini. Tindakan cepat dan pantas Kak Wan sebagai Presiden mengiktiraf Amanah rasanya sudah cukup untuk menyelesaikan isu ini.

Janganlah kita kembali kepada kes klasik Mujahidin Afghanistan yang mampu melawan musuh dan menghalau penjajah Soviet Rusia tetapi apabila Allah SWT beri kemenangan, mereka bergaduh dan berbunuh sesama sendiri.

Hizbi Islami pimpinan Gulbudin Hekmatyar lawan Burhanudin Rabbani dari Jamiat Islami menentang pula Puak Panglima Ahmad Shah Masood yang juga bercakaran dengan  Kabilah Abdul Rashid Dostum dan lain-lain kabilah yang tega menghalakan muncung rifal AK47 Kalasnikov mereka kepada rakan sesama muslim mujahidin akibat merasa jemaah mereka atau fikrah mereka sahaja yang betul. Wallahuaalam. HB

Tuesday, September 29, 2015

Lensa Kempen Jerebu, Pasca Bersih4, Sesi Minum Kopi dan Sarapan Pagi

Ada mesyuarat selepas mesyuarat bukan untuk membantah keputusan mesyuarat tetapi untuk bincang lebih lanjut pelaksanaan program sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat dan berbincang pasal isu semasa..
 Restoren Jamilah Seri Impian menjadi lokasi
Warung Nasi Lemak Utara setiap minggu untuk sarapan bersama KC Simpang Renggam dan KC Sembrong
Bincang dan menyelesaikan beberapa isu dengan KC Kluang Sdr Simon Templer di Restoren Zubir Utama Taman Makmur Kluang
 Kempen topeng jerebu sudah bermula
 Pasca Bersih 4 anjuran Dap turut disertai Keadilan sembrong untuk kempen #bebasanwar
Pertugas Keadilan Sembrong Sdr Jaafar dan Sdr Liaw di program Pasca Bersih 4 anjuran Dap untuk kempen #bebasanwar
 Pasca Bersih 4 anjuran Dap menampilkan aktivis selebriti Young Safura atau Rara
 Apa selepas Bersih 4
 Rara bersama Abang Yusof
 Rara bersama Abang Jebat Ibrahim
 Maria Chin Abdullah
 Kempen pakai topeng jerebu di Kahang Barat
 Cara memakai topeng yang betul ditunjukkan oleh Abang Jalil
 Bersama Sdr Zabidie di Bandar Tenggara bincang isu peneroka
Demi rakyat lewat malam pun tidak menjadi pasal bagi kami

Sunday, July 26, 2015

Koleksi Foto Sumbangan Ramadan di Felda Kahang Barat 2015



Felda Kahang Barat, Kluang : Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kali ini, Keadilan Cabang Sembrong dengan kerjasama Ranting Kahang Barat telah menyampaikan sumbangan ramadan kepada beberapa penduduk sekitar Kahang Barat.


Terima kasih kepada penyumbang beras dan barang-barang dapur khusussnya pek makanan peduli rakyat dari MB Selangor. Semoga sumbangan yang tak seberapa dan ala kadar ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada mereka yang susah dan memerlukan akibat kenaikan harga barang, meningkat harga bahan api, kejatuhan nilai ringgit dan tekanan GST.



Diharap parti yang memerintah Johor sekarang yang mencanang dengan slogan rakyat didahulukan tidak lupa golongan ini. Jika dapat disalurkan sumbangan seperti barangan dapur, makanan kering dari berbagai pihak kepada kumpulan sasar ini lagi bagus. Keadilan mengalu-alukan, asalkan ia menguntungkan rakyat. Tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Saudara Jalil dan Saudara Yusof yang menyampaikan sumbangan. Terima Kasih