Trafik

Showing posts with label manifesto. Show all posts
Showing posts with label manifesto. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Musim Haji Sudah Bermula, Semoga Dapat Haji Mabrur

Kepada bakal haji dan hajjah dari Malaysia, RSB mengucapkan selamat menunaikan haji dan umrah, moga sihat tubuh badan, selamat pergi dan selamat balik berjumpa semula sanak saudara dan rakan seperjuangan, semoga beroleh haji yang mabrur dan terus menyokong perjuangan menentang kezaliman dan menegak kebenaran.

Sumber Twitter, YaAllah , jadikanlah mereka yang RT gambar ini dapat menjejakkan kaki ke tempat yang mulia dan diberkati ini . Amin ~

Tuesday, September 3, 2013

NGO Ikram Bantah kenaikan Harga Bahanapi



KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
 3 September 2013 bersamaan 26 Syawal 1434 H

 Kenaikan Harga Minyak Petanda Kerajaan Tidak Peka Kesempitan Hidup Rakyat

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen seliter semalam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak semasa kempen PRU 13 dulu! 

Sebab utama kenaikan adalah untuk merasionalisasi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

 Di kala rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup masa kini yang tinggi, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa 3 September 2013 dibimbangi akan disusuli pula dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain menyebabkan rakyat semakin terbeban.

 Alasan menaikkan harga minyak bagi membolehkan kerajaan dapat menjimatkan sehingga RM1.1 billion pada tahun ini dan RM3.3 billion pada tahun 2014 tidak harus dilihat sebagai langkah yang terakhir lebih-lebih lagi apabila ia membebankan rakyat.

 Kerajaan seharusnya memikirkan bagaimana membentuk ekonomi Negara yang lestari dan stabil tanpa bergantung banyak kepada pemberian subsidi di samping mengupayakan rakyat untuk tidak bergantung kepada saguhati-saguhati kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.

 Jaminan kerajaan untuk mempastikan bahawa harga barangan keperluan rakyat lain tidak terus meningkat dan ke mana hasil penjimatan itu akan dibelanjakan juga seharusnya dinyatakan dengan jelas kepada rakyat. Kerajaan juga harus menilai kembali beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus kepada amalan pembaziran.

Pengisytiharan beberapa projek segera sepanjang pilihanraya kecil serta pemberian-pemberian yang mewah yang berupa sogokan seperti diumumkan semasa Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut sebagai beberapa contoh yang dilihat seolah-olah kerajaan tidak pernah merancang dengan berhemah perbelanjaan negara dan akhirnya bila ekonomi negara mengalami kesempitan, ianya dibebankan kembali kepada rakyat.

Oleh yang demikian, IKRAM menyeru supaya:

1. Kerajaan di sepanjang masa menunjukkan keseriusan dalam berjimat cermat, mengelakkan pembaziran di samping bersungguh-sungguh menangani amalan korupsi yang berleluasa.

 2.Kerajaan menurunkan harga cukai kenderaan yang tinggi serta mengawal kenaikan berterusan harga rumah. Inilah masa yang terbaik bagi kerajaan berbuat demikian sebagai altenatif mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya terhadap generasi muda.

 3.Sesungguhnya dua perkara ini begitu menekan kehidupan rakyat sehinggakan sebahagian besar rakyat terpaksa berhempas pulas mencari rezeki tambahan siang dan malam untuk menampung keperluan sara hidup mereka sehingga mengurangkan masa berkualiti mereka bersama keluarga dan masyarakat.

 4.Rakyat mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang bukan merupakan keperluan. Sifat berbelanja secara sederhana, berhemat dan berdasarkan kepada kemampuan pendapatan keluarga dan peribadi masing-masing di samping mengelakkan berhutang hendaklah diamalkan.

5. Masyarakat perlu menyedari bahawa kos sara hidup dan harga barang keperluan akan sentiasa naik. Oleh itu, usaha-usaha mewujudkan masyarakat contoh yang hidup secara sederhana amatlah wajar digalakkan di samping peka dengan hak untuk menegur kerajaan dan pimpinan.

 Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
 Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Friday, July 26, 2013

Niat Jahat Kerajaan Minoriti Langgar Demokrasi Untuk Hapuskan PR

 

 

Strategi BN Untuk Hapuskan Pakatan Rakyat Tersebar


Apakah tindakan di bawah ini strategi pihak tertentu untuk mematikan Pakatan Rakyat???
1. Cubaan mengharamkan DAP menerusi manipulasi berita pemilihan parti itu tahun lalu.
2. Memainkan isu Syiah bertujuan mengaitkan PAS dan berpotensi parti Islam itu diharamkan. Ia strategi sama ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir cuba mengharamkan nama Islam dalam pertubuhan suatu ketika dahulu.
3. Cubaan memenjarakan Ketua Umum Parti keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kes Fitnah 2 pada 1 Ogos ini, beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri.
Nota : Namun mereka lupa, Allah sentiasa bersama golongan yang benar
RSB : Tak sedar diri UBn adalah kerajaan minoriti, rata-rata rakyat sokong Pakatan Rakyat, baik di sekolah, pejabat, PDRM (tapi takut nak undi), ATM (tapi takut kena tukar), kementerian, kampung, taman, masjid semuanya dah memag faham ada 51% yang menyokong PR, sepatutnya bila lemah mereka berbaik-baik dengan PR sebagaimana zaman Tun Razak. ini tak, tak terima kekalahan malah nak hapuskan PR bukan melalui peti undi.
~fb era pakatan

Pemandu Teksi Pulau Pinang Dapat Duit Raya

Berita Gembira Ni Mungkin Tak Di Siarkan Di Media Pro Umno..


GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.
Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.
"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.
Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.
Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. ~sinar harian

Thursday, June 27, 2013

SATU CADANGAN PENCERAHAN

Buat sesuatu berulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah gila menurut Albert Einstein.

Parti-pati pembangkang dah sertai pru dari dulu tapi gagal untuk gulingkan umno.

Demostrasi pun dah banyak kali buat tapi umno tak gak mampus.

Pemberontakan bersenjata pernah di buat oleh Parti komunis Malaya juga gagal tumbangkan umno.

Sekarang apa yang perlu kita buat untuk jatuhkan umno sapa ada idea.

Apa yang Einstein kata tu ada kebenaran, pru dan demostrasi dah buat banyak kali tapi umno masih berkuasa, pemberontakan bersenjata buat sekali tapi gagal dan rakyat Malaysia nak duduk dalam keadaan aman tapi nak tukar kerajaan.

Mana ada kerajaan dunia ketiga ditukar dalam keadaan aman semua ditukar dalam keadaan huru hara.

Ada satu aje kita belum buat iaitu boikot.

Kita kena boikot semua perkara yang berkaitan umno.

Boikot semua perniagaan yang ada kaitan dengan umno contoh boikot roti gardenia makan roti mossimo,batalkan langganan astro,maxis,celcom,tm kalau boleh tnb beli genset on MEMAHAMI POLITIK JALAN RAYA

Sunday, June 9, 2013

Tentera Kacang Merah Tiru Program CIA? Betul atau Bohong?

Zulkifli Yahaya

RED Bean Army kononnya ialah kumpulan tentera siber pembangkang yang bergerak aktif untuk menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui apa cara sekalipun.

Kali pertama nama itu diperkenalkan adalah oleh sebuah akhbar primitif yang terkenal dengan rasis Melayu. RBA dikatakan mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota, didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

DAP didakwa membiayai RBA dengan peruntukan RM15 juta setahun, bermakna telah menyediakan dana sebanyak RM108 juta untuk enam tahun. Dakwaan tersebut membuatkan Penasihat DAP, Lit Kit Siang ketawa besar.

Kaya sungguh DAP sebagai sebuah parti politik tanpa syarikat perniagaan seperti MCA, boleh membiayai pihak tertentu dengan jumlah wang yang sangat besar (bagi sebuah parti pembangkang).

Akhbar primitif itu bukan setakat mengaitkan RBA dengan DAP tetapi lebih jahat mengaitkannya dengan jenayah dan keganasan. Satu laporan di akhbar tersebut mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar rasis Melayu itu dalam tulisan berkenaan.

Seperti biasa, bagi meyakinkan rakyat Malaysia akan kewujudan RBA maka pihak polis didesak bertindak. Maka muncullah  Timbalan Ketua Polis Negara Polis Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh setiap aktiviti sama ada ia berunsur jenayah atau hasutan, dan sekiranya ada bukti yang kukuh, mereka akan bertindak tanpa memberi amaran. Itu imej polis Malaysia.

Kes seorang aktivis Umno mengancam di alam siber mahu membunuh Tok Guru Nik Aziz beberapa tahun lalu belum habis disiasat (sebab hingga kini belum ada dakwaan) sekarang nak bertindak pula pada RBA.

Persoalannya, adakah sebenarnya RBA ini wujud dalam bentuk terancang seperti didakwa? Jawapannya, karut! Jika semua dakwaan yang dibuat oleh akhbar rasis Melayu itu benar, maka pihak yang paling awal dapat mengesan dan akan bertindak ialah PDRM.

Mengesan penjenayah di alam siber lebih mudah dari mengesan ahli kongsi gelap kerana semua alamat di talian dapat dikesan dengan mudah. Kerajaan ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau dan mengesan. Apabila PDRM tidak mengheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagi yang melibatkan pihak pembangkang, bermakna tiada kes untuk disabitkan.

Pihak rasis Melayu mendakwa bukti kewujudan RBA dalam bentuk kumpulan terancang ialah apabila 'ahli-ahli' kumpulan tersebut meletakkan simbol kacang merah sebagai foto profil. Jika itu buktinya, maka banyak benar kumpulan terancang di alam siber yang wujud.

Foto icon seperti Bersih, Adam Adli, Ini Kalilah, Hijau Lynas, Blackout 505 bertukar ganti menjadi foto profil pemegang akuan laman sosial. Mereka tidak pernah mendaftar sebagai ahli kumpulan tersebut, tetapi ia merupakan trend semasa penghuni alam siber mempamerkan sokongan terhadap mana-mana tuntutan.

Pengwujudan isu RBA oleh akhbar rasis Melayu ini mengingatkan kita kepada pepatah Arab yang selalu diungkapkan oleh AlMarhum Ustaz Fadzil Noor, "Dia memukul aku, dia pula yang menangis." Di alam siber serta di media cetak dan televisyen, pihak yang teruk dibelasah dan difitnah saban waktu ialah pembangkang atau Pakatan Rakyat. Tiba-tiba BN pula yang mengadu diserang menggunakan tentera siber.

Saya pernah didatangi oleh seorang aktivis maya BN, mengaku sudah insaf dan mendedahkan semua gerak kerja mereka sebagai pahlawan siber. Mereka memang dilatih, dibekalkan peralatan uktuk akses alam siber dan diberikan elaun tetap bulanan. Mereka bekerja sepenuh masa untuk BN. Fitnah, adu domba dan provokasi merupakan makanan harian kumpulan tersebut. Sehingga kini semua laman maya tersebut masih terus aktif dan bekerja sepenuh masa untuk BN. Di samping fitnah dan penghinaan melampau terhadap pemimpin Pakatan sebagai sajian utama dalam laman maya mereka, bahan-bahan rasis dan provokasi keagamaan juga disebar tanpa rasa bersalah.

Terdapat lagi pahlawan maya BN yang bukan petugas sepenuh masa tetapi berperanan sepanjang masa untuk menyerang Pakatan dan menaikkan BN. Bukan rahsia lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah dua kali bertemu dan menyampaikan amanat kepada kumpulan yang terdiri dari anak-anak muda ini. Mereka hanya dibekalkan dengan komputer i-Pad tanpa elaun bulanan. Dikatakan terdapat 10 ribu ahli kumpulan ini di seluruh negara, sebahagian besarnya berperanan dalam PRU13 lalu.

Jadi, apabila pihak Umno menonjolkan isu kewujudan RBA sebagai ancaman dalam negara, maka tidak lebih dari pepatah, "Pencuri jeritkan pencuri."

Apabila terdapat gerakan besar-besaran oleh media pro BN untuk menonjolkan RBA, mengaitkannya dengan DAP serta menggesa pihak polis bertindak maka ia mengingatkan kita kepada strategi yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq.

Alasan yang digunakan oleh tiga Presiden Amerika Syarikat untuk memusnahkan Iraq iaitu George Bush, Bill Clinton dan George W. Bush ialah terhadap senjata pemusnah berskala besar yang merbahaya di Iraq. Dengan menggunakan alasan tersebut mereka mendapat mandat dari kuasa-kuasa besar untuk menyerang Iraq.

Sehingga Saddam Husein berjaya ditangkap, Iraq hancur berkecai namun senjata pemusnah tidak juga dijumpai. Maka kewujudan isu RBA oleh kumpulan rasis Melayu itu tidak lebih dari idea yang diciplak dari White House. Amerika menggunakan modal senjata pemusnah untuk hancurkan Iraq, manakala kumpulan rasis Melayu menggunakan RBA untuk cuba memusnahkan DAP.

Penulis adalah bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

Ahli PAS Jangan Teragak-agak Untuk Hadir 505 : Mat Sabu


 
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505. (Hrkh)

Thursday, June 6, 2013

Ringkasan Post Mortem Punca Kekalahan PR : Mat Sabu


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. -Hrkh

Monday, April 15, 2013

Selesai Angkat Sumpah, Harga Minyak Turun : DSAI


7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.

Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

“Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.

“Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu,” kata Anwar.

Saturday, April 13, 2013

JOHOR MAJU DAN BERKEBAJIKAN

Alhamdulillah, semalam 13 April 2013 melakar sejarah baru buat Pakatan Rakyat Johor apabila berjaya melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Manifesto bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" itu dilancarkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor Bahru.


Majlis diserikan dengan kehadiran para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pusat dan negeri Johor. Antaranya ialah Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub;  Pengerusi PKR Johor, Dato' Chua Jui Meng; Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed. Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Antara perkara menarik yang disenaraikan dalam Manifesto Rakyat Johor tersebut adalah berkenaan menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal,  pemberian 10 meter padu air percuma, mengurangkan kadar cukai tanah dan cukai harta, bantuan RM1000 untuk kelahiran anak serta mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Selain itu, selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat, Pakatan Rakyat Johor juga menjanjikan pemberian kontrak secara terbuka, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat dan gaji minimum RM1100.

Dalam majlis tersebut juga diumumkan senarai calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Menarik perhatian apabila PAS mengumumkan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, saudara Hu Pang Chau sebagai calon di parlimen Ayer Hitam (P148) dalam PRU-13 akan datang. Seorang lagi calon bukan Islam ialah saudari Kumutha a/p Raman di DUN Tiram (N40). 

Selain itu, PAS juga mengumumkan empat orang calon wanita bagi merebut kerusi diperingkat DUN. Antaranya ialah calon termuda saudari Anis Afida Mohd Azli, aktivis NGO Pengerang yang berumur 24 tahun di DUN Penawar (N38)

Selain Ayer Hitam, antara kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh calon PAS adalah Pagoh (P143), Parit Sulong (P147), Kota Tinggi (P156), Pulai (P161) dan Simpang Renggam (P151).


Berikut adalah senarai penuh calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS:

PARLIMEN

    Pagoh             : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
    Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim
    Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw
    Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
    Mersing           : Roslan Nikmat
    Tenggara         : Muhamad Said Jonit
    Kota Tinggi      : Onn Jaafar
    Pulai                : Salahuddin Ayub
    

DEWAN UNDANGAN NEGERI   

    Buloh Kasap    : Firdaus Masod
    Pemanis          : Normala Sudirman
    Tenang            : Mohd Zin Johar
    Jorak               : Norhayati Bachok
    Gambir            : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
    Serom             : Azmi Ahmad
    Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
    Maharani         : Dr Mohammad Taslim
    Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
    Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
    Semarang       : Ilyas Abu Bakar
    Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
    Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
    Senggarang : Dr Mohd Ramli Md Kari
    Rengit          : Ahmad Kailani Kosnin
    Machap        : Mohd Khalid Salekan
    Mahkota      : Khairul Faizi Ahmad Kamil
    Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
    Pasir Raja    : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
    Johor Lama  : Kamaldin Tahir
    Penawar      : Anis Afida Mohd Azli
    Tiram            : Kumutha a/p Raman
    Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
    Permas          : Syed Othman Abdullah
    Kempas         : Suhaizan Kaiat
    Nusajaya       : Salahuddin Ayub
    Bukit Permai  : Mazlan Aliman
    Benut            : Raden Sorobo Ponoh
    Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
    Kukup               : Ghazaley Ayiub






AYUH!! BANGKITLAH RAKYAT JOHOR!!!

* Gambar-gambar ihsan Nusajayakini
(SB004)