Trafik

Showing posts with label Salahuddin Ayub. Show all posts
Showing posts with label Salahuddin Ayub. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Tun M Lambat Respon Pasal Johor

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayuh menyifatkan ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Johor bakal menjadi seperti Singapura sebagai 'kerisauan yang terlambat'.

Jelasnya, Dr Mahathir sepatutnya melahirkan kerisauan sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi.

"Ramalan Dr Mahathir sudah terlambat dan ia sudah pun berlaku, sepatutnya beliau bertindak dari dulu lagi bukan hanya mendiamkan diri.

"Harga hartanah di Johor memang sudah tidak dapat dikawal lagi sekarang ini, peningkatan harga yang mendadak menyukarkan rakyat Johor memilikinya.

"Atas faktor itu menyebabkan warga asing dapat memiliki tanah di negeri itu dengan lebih mudah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, statistik sekarang menunjukkan hampir 70 peratus tanah di Johor dimiliki warga asing.

"Apa rakyat Johor dapat dan apa yang tinggal.

"Ini menunjukkan ketidak perihatinan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dalam menjaminkan masa depan rakyat di negeri itu dalam memelihara hak mereka," sambung beliau.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerisauan Dr Mahathir itu walaupun ia sudah terlambat untuk diperbaiki.

Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meramalkan bahawa negeri Johor tak mustahil untuk menjadi seperti Singapura pada masa akan datang.

Menurut beliau, kebanjiran pendatang asing di Johor serta kenaikan harga keperluan asas akan menyebabkan penduduk asal di tempat Johor ini akan hilang suara dan hak mereka. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

Saturday, April 13, 2013

JOHOR MAJU DAN BERKEBAJIKAN

Alhamdulillah, semalam 13 April 2013 melakar sejarah baru buat Pakatan Rakyat Johor apabila berjaya melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Manifesto bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" itu dilancarkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor Bahru.


Majlis diserikan dengan kehadiran para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pusat dan negeri Johor. Antaranya ialah Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub;  Pengerusi PKR Johor, Dato' Chua Jui Meng; Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed. Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Antara perkara menarik yang disenaraikan dalam Manifesto Rakyat Johor tersebut adalah berkenaan menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal,  pemberian 10 meter padu air percuma, mengurangkan kadar cukai tanah dan cukai harta, bantuan RM1000 untuk kelahiran anak serta mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Selain itu, selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat, Pakatan Rakyat Johor juga menjanjikan pemberian kontrak secara terbuka, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat dan gaji minimum RM1100.

Dalam majlis tersebut juga diumumkan senarai calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Menarik perhatian apabila PAS mengumumkan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, saudara Hu Pang Chau sebagai calon di parlimen Ayer Hitam (P148) dalam PRU-13 akan datang. Seorang lagi calon bukan Islam ialah saudari Kumutha a/p Raman di DUN Tiram (N40). 

Selain itu, PAS juga mengumumkan empat orang calon wanita bagi merebut kerusi diperingkat DUN. Antaranya ialah calon termuda saudari Anis Afida Mohd Azli, aktivis NGO Pengerang yang berumur 24 tahun di DUN Penawar (N38)

Selain Ayer Hitam, antara kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh calon PAS adalah Pagoh (P143), Parit Sulong (P147), Kota Tinggi (P156), Pulai (P161) dan Simpang Renggam (P151).


Berikut adalah senarai penuh calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS:

PARLIMEN

    Pagoh             : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
    Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim
    Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw
    Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
    Mersing           : Roslan Nikmat
    Tenggara         : Muhamad Said Jonit
    Kota Tinggi      : Onn Jaafar
    Pulai                : Salahuddin Ayub
    

DEWAN UNDANGAN NEGERI   

    Buloh Kasap    : Firdaus Masod
    Pemanis          : Normala Sudirman
    Tenang            : Mohd Zin Johar
    Jorak               : Norhayati Bachok
    Gambir            : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
    Serom             : Azmi Ahmad
    Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
    Maharani         : Dr Mohammad Taslim
    Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
    Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
    Semarang       : Ilyas Abu Bakar
    Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
    Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
    Senggarang : Dr Mohd Ramli Md Kari
    Rengit          : Ahmad Kailani Kosnin
    Machap        : Mohd Khalid Salekan
    Mahkota      : Khairul Faizi Ahmad Kamil
    Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
    Pasir Raja    : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
    Johor Lama  : Kamaldin Tahir
    Penawar      : Anis Afida Mohd Azli
    Tiram            : Kumutha a/p Raman
    Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
    Permas          : Syed Othman Abdullah
    Kempas         : Suhaizan Kaiat
    Nusajaya       : Salahuddin Ayub
    Bukit Permai  : Mazlan Aliman
    Benut            : Raden Sorobo Ponoh
    Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
    Kukup               : Ghazaley Ayiub






AYUH!! BANGKITLAH RAKYAT JOHOR!!!

* Gambar-gambar ihsan Nusajayakini
(SB004)