Trafik

Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts

Saturday, October 3, 2015

Ibadah Qurban Keadilan Dun Layang-layang

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, buat julung kalinya dapat melaksanakan ibadah qurban untuk Keadilan di N27 Dun Layang-layang Parlimen Simpang Renggam.

Program pada hari raya ke 2 hari Jumaat bermula seawal 9.00 pagi. Keadaan jerebu tebal tidak menghalang petugas yang hadir.

Lembu cantik, bulu mata lentik dan bulat berisi, walaupun agak kecil tetapi berbaloi dengan daging dan tulang yang lembut segar.

Ucapan Jazakallah dan terima kasih kepada semua 7 penama yang sudi menyumbang bahagian qurban.

Juga kepada tuan rumah Pakcik Baharom dan keluarganya yang menyediakan rumah dan menjaga lembu selama 2 hari untuk ibadah qurban ini.

Yang lucunya selama 2 hari 2 malam beliau tidak dapat tidur lena kerana bimbang lembu yang ditambat di belakang rumahnya yang terletak di Jalan Sekolah Cina, Kampung Melayu Layang-layang lari atau di kebas orang.

Tidak lupa kepada Hj Sarif Ketua Penerangan Keadilan Simpang Renggam yang mencari dan memilih lembu di Ladang Dr Mat Isa Simpang Renggam.

Turut hadir KC Simpang Renggam Sdr Ishak Sher Mohamed, AMK Sdr Faizul, Sdr Zakaria Arifin atau Pak Ya dari Ranting Renggam, Sdr Kassim, Sdr Ram yang pakar, Iman Masjid, Haji Bachok, Wakil peserta Akhi Muhamad Ismail dan Wakil Amanah Hj Azman Md Desah.

Alhamdulillah Program selesai 11.00 pagi dan kami bergegas pulang untuk persiapan Solat Jumaat.












Qurban ibarat kita menyembelih sifat dan perangai buruk dalam diri kita seperti ujub, riyak, takbur dan sum'ah,
 Bulat dan bersih serta fokus dalam menghambakan diri kepada Allah yang Maha Esa.

Menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, pek makanan dan daging qurban kepada balu kepada penduduk yang meninggal dunia terjatuh dari pokok lalu tercucuk besi pagar baru-baru ini. Moga rohnya almarhum diampunkan dan dicucuri rahmat. Ameen 




Kempen #bebasanwar di Paloh mendapat sambutan

Alhamdulillah, petugas kempen terus bekerja keras mengutip tandatangan #bebasanwar di Pekan Paloh Parlimen Sembrong. Sambutan yang diterima amat menggalakkan memudahkan kerja petugas kami. Tahniah kepada Sdr Jaafar, Sdr Aru, Sdr Liaw dan Sdr Izan. Moga usaha ini diberkati tuhan.





Saudagar senja. Tong aluminium masih mendapat pasaran penduduk Paloh walaupun sekarang sudah berada di zaman plastik, kelihatan warga emas melakukan kerja tersebut di mana anak muda tidak mahu menyambung tradisi perniagaan mereka.

Kempen #bebasanwar di Felda Ulu Belitong

Alhamdulillah, dapat juga menerobos di Felda Ulu Belitong Parlimen Sembrong mengambil tandatangan kempen #bebasanwar. Dalam keadaan cuaca yang berjerebu, petugas kempen terus kental untuk mengambil sebanyak mungkin tandatangan sambil memberikan topeng jerebu secara percuma kepada warga peneroka. Tahniah Sdr Jaafar, Sdr Liaw dan Sdr Izan atas usaha yang murni ini.



Tuesday, September 29, 2015

Kempen Memakai Topeng Jerebu Di Taman Sri Lambak

Akibat dari tangan-tangan manusia yang menyebabkan sistem udara kita diselubungi jerebu tebal yang membahayakan nyawa manusia dan alam. Terutama bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma, resdung, lelah, paru berair, hidung berhingus, sakit mata dan tekak perit khususnya anak kecil dan warga emas. Kempen memakai topeng jerebu telah dilaksanakan oleh Keadilan Sembrong pada 15 September 2015 dengan usaha mengedarkan topeng kepada peniaga dan pengunjung Pasar Malam Taman Sri Lambak T6 secara percuma. Alhamdulillah program berjalan lancar dan bekalan topeng habis tak sampai setengah jam.
 Sukarelawan kempen
 Kempen #bebasanwar sekali jalan
 Sokong Anwar









Terima kasih kepada semua sukarelawan, terasa puas dan bahagianya apabila tugasan selesai dengan baik dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada Hj Sumairi yang belanja kami makan roti canai dan teh tarik. Semoga Allah memberkati.