Trafik

Showing posts with label poster. Show all posts
Showing posts with label poster. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Datuk CJM lawan Mic di Segamat, Peguam Hasan Karim di Ledang, Dr N di Pasir Gudang


Dato Chua Jui Meng bertanding di Segamat



http://www.keadilandaily.com/anwar-umum-chua-calon-segamat-hasan-karim-di-ledang/

TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.

Pengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Anwar mengumumkan Chua Jui Meng calon parlimen Segamat, dan Hasan Karim di Ledang Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Blomberg Kata Bn Tiru PR Bulat-bulat


Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13.

TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.

Link : bloomberg


Mustafa Ali : Umno-BN Ciplak Manifesto PR


Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.

“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.

Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.

“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.

Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.


Friday, March 15, 2013

Satu Hari Di Hari Raya (Baca Pilihanraya)

Satu hari di Hariraya
Ku lihat Bulan bersinar indah
Roket cemerlang tak terkira
Tanda Mata untuk semua
Memberi khidmat pada manusia...

Satu hari di Hariraya
Ku dengar laungan yang sungguh indah
Ku cuba mendekati padanya
Ia laungan itu adalah
Takbir, Reformasi, Ubah, Ini kalilah


Corus

Satu hari di Hariraya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tandaku cinta kepadaNya

Satu hari di Hariraya
Ku lihat wajah suci Kak Wan ku
Ku lihat wajah kasih Tok Guru
Kugembira
Mungkin inilah dia kemenagan...

RSB

Saturday, March 9, 2013

Saiful Menderita Dimakan Sumpah : Bapa


Masih ingatkah kita tentang sumpah laknat Saiful Bukari?

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.


Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).


Bagaimana pula nasib pemfitnah terutama Utusan Meloya yang sehingga kini masih terus memfitnah Anwar?



Ada lagi selepas ini. Kita bongkar habis-habisan apa yang menimpa Najib, UMNO BN dan sekalian pemfitnah selepas ini supaya kebenaran dan keadialan itu dapat ditegakkan di negara ini. Allah akan tetap membela bekenaran dan menghapuskan kebatilan!

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Tuesday, March 5, 2013

Thursday, February 28, 2013

Galeri Foto Demam PRU13



DSAI Tabik kepada semua penyokong Pakatan Rakyat


Bendera PAS berkibar megah di Pokok Kekabu yang tinggi

Sebahagian gambar-gambar terbaik berkaitan rakyat sudah amat bersedia menghadapi PRU-13 yang Orangni copy dari laman-laman FB dalam beberapa hari lalu.

Sungguh hebat dan bersemangat sekali aksi dan gaya dalam gambar yang dimuat naik....rakyat dah tak sabar lagi, Najib masih tercari-cari tarikh tak jumpa-jumpa lagi..hehe...


Anak Muda PAS dengan bendera saiz gergasi


Kaum India tidak takut bergaya dengan baju istimewa


Restoran Cina dihiasi bendera hijau putih, ada ong ma...


Dewan Himpunan Penyokong PAS


Bab bendera orang PAS yang veteran tak boleh kalah, Bulan saiz super gergasi


Motor kapcai pun hijau..haha...


Bilik Gerakan paling hebat...hehehe...


Ini gambar juara...hehehe...

Sumber: orangni.blogspot.com

Friday, February 15, 2013

Poster PKS Santai



“Pahlawan itu didalam sejarah, bukanlah orang-orang yang sangat hebat. Bukan. Para pahlawan didalam sejarah itu adalah orang-orang biasa yang melakukan pekerjaan-pekerjaan besar dalam waktu yang panjang dalam sunyi dan senyap.” -M. Anis Matta, Bali

Nampak gayanya kita perlukan sesuatu yang segar dalam poster kempen pilihanraya seperti berikut:
  1. Muda
  2. bergaya
  3. ceria
  4. senyum
  5. cool
  6. tidak skema
  7. nampak beriman
  8. aktiviti kemanusiaan digambarkan melalui baju hujan / bantuan mangsa banjir
Cuba elakkan gambar yang
  1. bermuka masam
  2. wajah garang
  3. kelihatan letih dan nampak sakit (foto bawah)
  4. gaya kaku