Trafik

Friday, January 22, 2016

Ayahanda Zakaria yang gigih dari Keadilan Ranting Renggam

Sempat meziarahi aktivis veteran Keadilan yang sangat kental di bandar Renggam tempat kelahiran saya. Ayahanda Zakaria Bin Ariffin atau Pak Ya merupakan ahli parti yang bangkit sejak zaman Reformasi DSAI 1998 sehingga kini masih kekal berjuang walaupun dari segi fizikal sekarang sudah kurang sihat.

Pesara KTM ini nampak uzur sejak pembedahan membuang tahi lalat besar di muka adalah Ketua Ranting Keadilan Renggam dan saya berjanji dengan beliau, InshaAllah saya akan cuba aktifkan balik ranting ini dengan bantuan Ketua Cabang Simpang Renggam Sdr Ishak Sher Mohamed.

Baru-baru ini saya terpaksa menggunakan khidmat beliau bersama anaknya Sdr Riduan mencari senarai nama murid dari keluarga yang susah di sekitar Renggam dan Alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun keadaan beliau yang uzur cedera patah tangan akibat kemalangan jalanraya dilanggar kereta semasa menaiki motosikal.

Doa kami supaya Pak Ya segera sembuh seperti sediakala, dijembarkan rezeki yang melimpah ruah, dapat ke tanah suci Mekah melaksanakan umrah dan haji, dikelilingi keluarga yang bahagia dan dapat terus berjuang bersama orang muda untuk keadilan dan kemenangan rakyat. Ameen. HB/RLB
Signboard masih ada dalam simpanan, terpakasa dicabut kerana ada pihak yang tidak faham amalan negara demokrasi.
 Beg Pek

Tuesday, December 22, 2015

Santuni murid dengan Beg Pek unifom dan kasut sekolah


Program Back to School kembali lagi, kali ini di Dun Layang-layang. berikut adalah butirannya. Laporan Program Kembali ke Sekolah (Back To School) Pertubuhan Ikram Kluang.

Pada tarikh 19 Disember 2015 Hari Sabtu bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi dengan kehadiran lebih kurang 50 orang yang bertempat di Dewan SK Jubli Intan Renggam telah diadakan majlis penyampaian sumbangan beg pack yang berisi dengan unifom lengkap dan kasut sekolah kepada seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan dari kalangan keluarga yang memerlukan yang tinggal di sekitar Bandar Renggam dan Pekan Layang-layang.

Sdr Ahmad Danial yang merupakan Penolong Setiausaha Ikram Negeri Johor telah sudi hadir mewakili JK Negeri untuk menyampaikan ucapan dan menyerahkan sumbangan. Satu sesi Tazkirah ringkas disampaikan oleh Sdr Hamdan Basiran, Timbalan YDP Ikram Kluang bertajuk Akhlak Mulia.

Sebagaimana yang kita maklum, Ikram adalah NGO bukan berasaskan keuntungan maka sumber sumbangan yang disampaikan tadi adalah hasil dari poket ahli dan derma orang ramai yang prihatin. 

Akhir sekali diucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya Guru Besar SK Jubli Intan Renggam, GPK yang memberi keizinan kepada kami menggunakan kemudahan dewan sekolah, Hj Ahmad Hashimy Halimy Setiausaha Ikram Kluang, Hajjah Mahizan Ketua Wanita Ikram Kluang, Sdr Ishak Sher Mohamed Ketua Cabang Keadilan Simpang Renggam yang juga aktivis masyarakat, Sdr Riduan Zakaria Anak Muda Renggam, Kak Yati Poniran Katering dan semua ibu bapa penjaga serta murid yang terlibat.

Terima kasih daun keladi, lain kali jumpa lagi. Bersama ini disertakan beberapa foto yang sempat diambil.

Hamdan Basiran. HB/RLB













































Sunday, November 22, 2015

Otot bahu Anwar koyak, takkan kami berdiam diri sahaja

Kecederaan otot bahu DS Anwar Ibrahim yang koyak sehingga beliau sukar untuk mengangkat tangan amat kami ambil berat. Apakah kita sebagai anggota parti boleh duduk rehat dan tak berbuat apa-apa?

Kempen 1 juta tandatangan bebas Anwar adalah  satu cara kami mendesak PM Najib dan menteri KDN membebaskan Anwar dan membenarkan DSAI mendapat rawatan yang sepatutnya.

Beliau bukan mahu rawatan istimewa tapi rawatan yang sesuai dengan kecederaan yang dialami. Doktor  yang kononnya menjaga Anwar mesti ditukar kerana doktor itu juga yang menuduh Anwar terlibat kes liwat 2. Macam tidak ada doktor lain.

Ia ibarat kata pribahasa dalam bahasa Jawa kasar disebut "Koyoknea arek nolong, rupaknea arek mentong" lebih kurang maksudnya, nampaknya macam hendak menolong rupaya hendak memukul. Lebih mudah kita sebut munafik atau hipokrit. Setuju?

Alhamdulillah. dengan sedikit penerangan, kempen bebas Anwar di Pasar Malam Kampung Paya Kluang mendapat sambutan. Terima kasih kepada petugas kempen Keadilan Sembrong. Lawan tetep lawan. HB/RLB