Trafik
Showing posts with label siswa. Show all posts
Showing posts with label siswa. Show all posts
Monday, November 2, 2015
SPM Sijil Paling Muai
Assalamualaikum kepada semua calon SPM 2015.
SPM - Sijil Paling Muai (laku atau laris) baik dalam kerajaan mahupun swasta.
Tanda aras untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau Ijazah.
Penat lelah belajar dari darjah 1 hingga Tingkatan 5 akan diuji.
Menguji kefahamanmu mahupun kaedah guru yang mengajar, adakah ia berkesan?.
Merangsangmu belajar bersungguh-sungguh.
Keputusan cemerlang akan membanggakanmu, ibubapa dan guru.
Apapun janganlah sampai terlalu mementingkan keputusan sehingga membahayakan dirimu.
Ibubapa dan guru jangan memberi takanan kepada anak ini.
Kami doakan supaya semuanya mudah menjawab dan kejayaan mengiringimu. InshaAllah. HB/RLB (Bekas Guru)
Monday, December 29, 2014
Sumbangan Beg Sekolah KeAdilan Sembrong

Kluang : Pada tarikh 28 Disember 2014 hari Ahad. Sebanyak 100 beg sekolah telah berjaya diserahkan kepada murid sekolah yang memerlukan di Dun Paloh dan Dun Kahang. Sumbangan KeAdilan ini disampaikan oleh Sdr Onn Abu Bakar. Turut hadir ialah Sdr Md Noh Ketua Cabang Sembrong, Sdr Jalil Ketua Ranting Kahang Barat, Sdr Fazli Ketua Ranting Pekan Kahang dan aktivis parti yang lain. Semoga usaha murni ini dapat meringankan sedikit beban belanja persekolahan yang melambung naik. Tahniah diucapkan.








Labels:
Barang Naik,
DSAI,
Kemelesetan Ekonomi,
kempen,
PKR,
siswa
Sumbangan Beg Sekolah Perlimen Sembrong

Kluang : Pada tarikh 28 Disember 2014 hari Ahad. Sebanyak 100 beg sekolah telah berjaya diserahkan kepada murid sekolah yang memerlukan di Dun Paloh dan Dun Kahang. Sumbangan KeAdilan ini disampaikan oleh Sdr Onn Abu Bakar. Turut hadir ialah Sdr Md Noh Ketua Cabang Sembrong dan aktivis parti yang lain. Semoga usaha murni ini dapat meringankan sedikit beban belanja persekolahan yang melambung naik. Tahniah diucapkan.























Thursday, October 16, 2014
Kebaikan & keburukan kempen bawa bekal ke sekolah
Kluang : Apabila menteri Hasan Malek yang jaga peruncitan dan pengguna melancarkan kempen bawa bekal ke sekolah, agaknya beliau dan pasukannya tidak fikir panjang kesan rantaian dari kempen tersebut.
Di sini saya senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan kempen berkenaan. Ia bukan menghalang kempen tersebut yang bertujuan untuk menjimatkan poket ibubapa tetapi terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Hak rakyat untuk mendapat makanan dengan harga yang berpatutan bukan yang mahal dan membebankan. Semoga ia bermanfaat.
Kebaikan
- tidak perlu beli makanan di sekolah
- tidak payah beli air minuman di kantin
- jimat wang saku
- resepi sarapan kegemaran ibu
- penjual tupperware untung lumayan
- hilangkan sifat malu dan segan pelajar dengan membawa bekal
- kebersihan terjamin
keburukan
- makanan kantin tidak laku
- air minuman di sekolah tidak laris
- pengusaha kantin rugi besar
- masa yang panjang menyediakan persiapan
- bahan masakan kena beli awal, masa, tenaga dan wang juga
- pelajar malu membawa bekas makan, sudu & botol air serabut berbagai
- air sejuk bekal dari rumah tidak tahan sampai tengahari
- bahanapi masak/gas rumah mahal
- menu bekal tak banyak pilihan, biasanya pilihan ibu bukan pilihan anak/pelajar
- sanggup ambil pembantu rumah untuk masak bekal lagilah banyak belanja
- masakan amah yang kadangkala lidah mereka tidak ikut selera tradisi kita (baca tidak pandai masak)
- ibu yang bekerja akan tertekan dan kalut
Nota : Dulu ada kempen makan dan minuman percuma kepada pelajar yang terpilih di sekolah. Bayangkan bagaimana seorang murid akan belajar dengan tenang dan fokus apabila perutnya kosong. Roti... oh roti...
RSB
Monday, August 4, 2014
Sanggup Menipu Kelulusan
Kuala Lumpur: Sanggup menipu untuk sambung belajar di Malaysia. Itu taktik pelajar luar negara yang cuba ‘membelit’ pihak berkuasa negara ini semata-mata mendapat kelulusan visa antarabangsa dan mendaftar sebagai pelajar kolej swasta di Malaysia.
Bagaimanapun, cubaan itu dikesan Education Malaysia Global Services (EMGS) selepas siasatan mendapati ada pelajar luar negara yang menghantar dokumen palsu ketika memohon visa untuk belajar di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yazid Abd Hamid, (foto) berkata, setakat ini pihaknya merekodkan beberapa kes seumpamanya iaitu meminda keputusan peperiksaan atau menggunakan keputusan individu lain.
“Memang kita terima bermacam-macam kes, tetapi antara yang mengejutkan ialah penipuan kelayakan kerana itu syarat asas diterima masuk sebagai pelajar di negara ini. “Yang lain termasuklah palsukan cop serta kebenaran dari negara asal. Kita terima aduan ini dan apabila membabitkan permohonan, itu di bawah bidang kuasa EMGS manakala penguatkuasaan lebih kepada Jabatan Imigresen.
ubahsuai
“Menerusi sistem yang canggih, cubaan seperti itu kita dapat dikesan dan apabila semakan dibuat, kita dapati ada kesalahan seperti ubahsuai slip keputusan peperiksaan berbanding asal,” katanya.
Mohd Yazid berkata, beroperasi Februari tahun lalu, EMGS sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan visa pelajar antarabangsa menggunakan sistem bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa pendidikan, sudah menerima lebih 50,000 permohonan.
“Dan tahun lalu saja, kami menolak lebih 1,400 permohonan pelajar asing kerana gagal memenuhi saringan kemasukan meneruskan pengajian di negara ini,” katanya. Menurutnya, EMGS serius memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian saja diberi tempat di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan.
visa
Justeru beliau menasihatkan setiap IPTS harus memainkan peranan dalam menentukan pelajar berkenaan memenuhi syarat kelulusan akademik dan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar dilakukan.
“Jika kita kesan ada usaha memalsukan dokumen atau ada rekod menunjukkan permohonan lampau pernah ditolak, permohonan pas baru atau pembaharuan kita akan tolak,” katanya. Kata Mohd Yazid, sejak sistem itu diperkenalkan, permohonan mendapatkan visa berkurangan berikutan pemantauan ketat oleh EMGS yang membantu kerajaan dalam mengekang kemasukan mereka yang mempunyai tujuan lain, termasuk melakukan pelanggaran undang-undang. Metro
Nota : Kebanjiran pelajar asing di negara kita adalah bagus dari sudut ekonomi kapitalis tetapi jika tidak dikawal boleh menjadi merbahaya kepada komuniti kejiranan, rakyat dan negara.
Apakah sebab Malaysia kebanjiran warga pelajar Universiti Swasta bangsa asing khususnya warga Afrika disebabkan oleh perjanjian Selatan-selatan hasil dari Dialog negara Selatan termasuk beberapa negara dari Benua Afrika yang dipelopori oleh Tun Mahathir di mana dengan perjanjian ini visa dan kemasukan warga Afrika sangat mudah keluar masuk negara kita.
Secara umumnya saiz badan yang orang keturunan Afrika besar dan tegap, otot pejal dan kuat, mereka bangsa yang lasak, jika berlaku perkahwinan campur maka generasi akan datang akan mempunyai fizikal yang kuat, tetapi jika pihak berkuasa cuba hendak menangkap mereka dalam operasi, memang amat sukar kerana rata-rata orang kita termasuk pihak berkuasa ini berbadan kecil yang sangat mudah untuk mereka yang ligat ini lolos.
Setiap bangsa akan cuba membawa budaya negara mereka ke negara yang mereka tinggal, dari segi kebersihan, gaya hidup, gejala sosial dan maksiat, kurangnya bermesra dengan penduduk tempatan menjadikan masyarakat kita yang sudah majmuk ini bukan sahaja tidak selesa malah berkecamuk.
jenayah
Kos sara hidup di bandar metropilitan seperti Kuala Lumpur adalah tinggi, apa akan jadi bila mereka tidak cukup wang untuk membiayai kehidupan harian seperti makan minum dan sewa rumah, maka kemelesetan ekonomi sebegini bakal mengundang jenayah, mereka akan lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.
Tidak semua pelajar asing warga Afrika ini buruk perangai, malah ada juga yang baik dan berbudi bahasa serta menjaga tatasusila malah kadangkala menjadi tenaga profesional dan mendapat pekerjaan yang baik dan turut sama membangunkan negara kita.
Masalah tidak akan selesai selagi wujud kapitalis yang mencari laba melalui bidang pendidikan, mereka berjaya mendapat lesen dari kerajaan untuk mendirikan kolej dan universiti swasta (kadang kala hanya rumah kedai sahaja), olok-olok memberi khidmat dalam menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama meraih keuntungan maksima atas kesusahan warga yang datang dari jauh ini untuk mencari ilmu. Sampai masanya yang memberi lesen termasuk Pak Menterinya pun mesti dan patut dipersalahkan atas segala masalah yang menimpa... Anda setuju atau tidak?
Monday, July 21, 2014
Peragut kritikal dirempuh wanita Kazakh
Kuala Lumpur: Seorang peragut bermotosikal parah manakala rakannya melarikan diri selepas dirempuh dengan kereta oleh wanita warga Kazakhstan diragut mereka di Jalan Tun Razak di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, kedua-dua suspek berusia 18 tahun pada mulanya memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan cota sebelum mengambil beg tangan diletakkan di bahagian kaki penumpang hadapan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tindakan itu mengakibatkan mangsa yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini kerugian hampir RM2,000 termasuk mata wang asing dan dokumen peribadi.
memecut
“Berang dengan tindakan suspek, mangsa mengejar suspek sehingga ke Lorong Raja Muda Abdul Aziz menghala ke Jalan Tun Razak. Suspek cuba melarikan diri dengan melintas pembahagi jalan, namun mangsa terus memecut laju dan merempuh suspek,” katanya.
Menurutnya, rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua suspek terpelanting lebih 10 meter dan seorang daripada mereka parah manakala seorang lagi sempat melarikan diri. Zainuddin berkata, selepas melanggar suspek, kereta mangsa tersangkut di pembahagi jalan sebelum dirempuh kereta lain dari arah yang sama.
“Bagaimanapun, mangsa hanya cedera ringan manakala suspek yang parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan,” katanya. Menurutnya, seorang lagi suspek kini diburu dan kes disiasat mengikut seksyen 395 Kanun Keseksaan.-Metro
Nota : Jenayah menjadi-jadi. Perompak terlupa yang dia merompak seorang wanita Tar-tar yang berani dari Kazakhtan. Bulan Ramadan tidak menginsafkan remaja ini, banyak kerja yang boleh dibuat lebih-lebih lagi bazar ramadan dan pasaraya memerlukan pekerja tambahan sempena promosi aidilfitri.
Orang lain pakai motor besar dia pun nak motor besar, orang lain guna telefon pintar mahal dia pun nak juga, tetapi bersikap pemalas dan mahu mengambil jalan mudah mendapatkan wang dengan meragut dan merompak terang-terangan.
Jika dilaksanakan hukum hudud, perompak akan dipotong pergelangan tangan kecuali merompak dengan sebab kelaparan.. rasanya bukan kita saja yang gerun dengan hukuman itu, malah pemimpin dan pembesar yang songlap duit rakyat juga menggigil... bila agaknya... tepuk dada tanya iman.
Sunday, July 20, 2014
Budaya remaja kaya bongkak
UK : Kalau dulu kita diperkenalkan kepada Rich Kids of Instagram, kini remaja kaya menggunakan satu lagi aplikasi popular Snapchat untuk berkongsi dan menayangkan gaya hidup mewah mereka.
Dimulakan seorang remaja berusia 17 tahun dari United Kingdom (UK), Rich Kids of Snapchat adalah laman Facebook yang membolehkan ‘orang kebanyakan’ meninjau kehidupan remaja kaya-raya ini dengan pelbagai gambar kereta mewah, jet peribadi serta kediaman menakjubkan dengan disertai keterangan ringkas yang menunjukkan sikap selamba golongan itu dengan kekayaan dimiliki.
Remaja yang tidak diketahui namanya itu mewujudkan laman Rich Kids of Snapchat berkenaan dipercayai mula memperniagakan ekuiti serta komoditi pada usia 12 tahun sehingga mampu meraih kekayaan menakjubkan.
Dia mengajak orang ramai menjadi kawannya di Snapchat supaya boleh berkongsi gambar gaya hidupnya selain turut menerima gambar diberikan remaja kaya lain yang kemudian dikongsikan pula di Facebook serta Instagram.
menyindir
Mereka yang ingin memuat naik gambar, menghantarnya kepada akaun Rich Kids sebelum pentadbir akaun berkenaan memilih serta memuat naik gambar yang dianggap terbaik ke Internet.
Ada juga gambar yang dimuat naik menyindir golongan kurang berada yang digelar ‘kampung.’ Contohnya, satu gambar menunjukkan seseorang melukis logo Chanel di atas sepasang kasut lusuh dengan keterangan ‘Inilah caranya pelajar yang mendapat biasiswa menyesuaikan diri.’
Satu lagi gambar memaparkan karung kasut Louis Vuitton dilekatkan pada siling sebuah bilik untuk menutup penggera asap manakala keterangannya berbunyi: ‘Cara-cara merokok dengan selamat di bilik asrama.’ Kebanyakan gambar juga menunjukkan betapa tidak bernilai barangan berharga bagi remaja berkenaan. Contohnya, ada gambar menunjukkan iPhone digunakan untuk menongkatkan sebuah kerusi yang senget.
Dalam gambar lain, sebuah iPad digunakan untuk memotong kek coklat. Rich Kids of Snapchat dilancarkan di UK pada musim luruh lalu untuk pelajar sekolah berasrama penuh dan universiti yang gemar berbelanja mewah.
swasta
Laman Facebook Rich Kids itu kini mempunyai hampir 250,000 ‘like’ selepas berjaya menembusi sekolah-sekolah berasrama penuh swasta di UK dan kini bercadang memasuki ‘pasaran’ Amerika Syarikat (AS) melalui pelajar Universiti Southern California di Los Angeles.
Menurut akhbar pelajar universiti berkenaan, Daily Trojan (DT), Rich Kids menghantar mesej di Snapchat memaklumkan mereka mahu mula bertapak di pusat pengajian tinggi itu menjelang musim luruh ini. Bagaimanapun, berita itu tidak diterima baik pentadbiran di universiti berkenaan.
Pelajar yang juga penulis akhbar itu, Charlotte Chang berkata: “Ini mampu memberi reputasi buruk kepada universiti kami terutama memandangkan institusi ini semakin berusaha mengelak dikenali sebagai ‘Universiti Pelajar Mua.’
“Fenomena Rich Kids ini bukan saja membuktikan sikap mementingkan kebendaan semakin menular, malah menunjukkan semakin ramai yang bermuka-muka dan tidak lagi mempedulikan nilai murni,” katanya dalam artikel disiarkan DT.
alasan
Namun kita tidak dapat menafikan betapa menariknya kehidupan mewah golongan itu. Pada 2012, laman Tumblr digelar Rich Kids of Instagram mendapat sambutan hebat di Internet sehingga membawa kepada ciptaan rancangan realiti Rich Kids of Beverley Hills yang memperlihatkan kehidupan lima pemuda-pemudi berusia awal 20-an disiarkan rangkaian televisyen E!.
Sementara itu, pengasas Rich Kids of Snapchat sempat mengulas kritikan dilemparkan terhadapnya selain mempertahankan alasannya mewujudkan laman Facebook berkenaan. “Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak sekali-kali menilai seseorang hanya berdasarkan wang dan kekayaan mereka. “Akaun ini sekadar hiburan dan tidak bermaksud untuk menyindir atau menyakiti hati sesiapa.
Sebaliknya saya mahu memberi inspirasi kepada golongan muda lain bahawa mereka mampu mencapai impian. “Saya menayangkan gaya hidup yang mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai keterlaluan ini untuk membuktikan bahawa seseorang seperti saya yang bukannya bijak dan hanya mempunyai £500 (RM2,747) ketika berusia 12 tahun (usia saya kini 17 tahun) tetap mampu mengecapi kehidupan seumpama ini,” katanya. Dia turut menegaskan tidak menghabiskan sepenuhnya wang dimilik, sebaliknya amat mementingkan kebajikan.
menyampah
“Mungkin ramai yang menyampah melihat saya membelanjakan wang untuk kemewahan yang dianggap tidak logik seterusnya berlagak dan menayangkannya pula. “Bagaimanapun, saya sebenarnya menderma lebih 80 peratus daripada pendapatan saya kepada badan kebajikan.
Jumlah itu ditolak secara automatik daripada akaun bank saya ke akaun khas yang kemudian mengagihkannya kepada kira-kira 100 badan kebajikan pada setiap hujung bulan,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/06 Metro
Nota : Membazir itu saudara syaitan, dalam pekej kombo membazir ini masuklah sekali katagori penyakit riak, ujub, takbur, sombong, bongkak, angkuh, kepala batu, lawan guru, lawan sunnah dan akhinya lawan Islam.
Disaat ramai lagi manusia yang daif, miskin dan papa, mereka ini berlagak dengan kekayaan, bukankah ini menunjukkan jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin, Kegagalan sistem ekonomi kapitalis di mana tiada keadilan dan tiada kesamarataan dalam meraih hasil mahsul bumi ini, malahan ia dibolot oleh golongan pemimpin dan kroni serta suku sakat mereka sahaja.
Tak kemana dengan glamor tu, cuba kira kekayaan dia berbanding dengan hutang, silap haribulan hutang lebih banyak dari aset maka lebih baik bersikap sederhana dan lebih bahagia jika berjaya mencapai zero hutang macam pejuang Al-Qassam yang berani, tak takut mati semata-mata memburu syahid
Sunday, July 6, 2014
Bolehkah dan Bagaimana hendak buat solat tarawih secara bersendirian?
//ilmudanulamak.blogspot.com
Soalan:
Saya ada dua soalan;
1. Bolehkah dan Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bagaimana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)?
Jawapan; 1.
Tiada masalah, solat terawih boleh dibuat sendiri malahan lebih afdhal atau lebih utama jika dibuat bersendirian di rumah jika perginya seorang gadis atau wanita ke masjid boleh menarik perhatian lelaki yang berhati kotor dan boleh mendatangkan fitnah.
Ia sama seperti solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula daripada takbir dan diakhiri dengan memberi salam.
Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawih atau qiyam Ramadan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat tarawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain.
Oleh sebab solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
Bacaan ringkas rakaat pertama selepas Fatihah ialah surah Al Kafirun (Qul ya ayyuhal kafirun..) manakala rekaat kedua selepas Fatihah ialah surah Al-Ikhlas (Qul hu wallahu ahad.. )
Jawapan 2.
Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”.
Ia bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Tuesday, February 11, 2014
Akhirnya Muhyiddin Akur Sistem PBS Membebankan Guru

Pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) akan dikaji semula selepas selepas pelbagai
aduan diterima daripada golongan guru.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem berkenaan.
"Buat masa ini, sistem aplikasi PBS itu ditangguh sehingga April depan, namun, guru masih perlu menjalankan kerja-kerja merekodkan butiran dan pelbagai perkara yang berkaitan PBS secara manual tanpa menggunakan komputer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Presint 8(1), Putrajaya hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya, Roaini Jaafar.
Dalam pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mereka membincangkan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi guru berhubung sistem aplikasi komputer PBS berkenaan.
Muhyiddin berkata kementerian akan menjadikan Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya sebagai satu kajian kes mengenai permasalahan sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS.
Beliau juga berkata kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai di sekolah-sekolah di seluruh negara sekarang akan turut dikaji semula berikutan pelbagai masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pengkomputeran aplikasi berkenaan, katanya.
Muhyiddin berkata kementerian akan membuat keputusan mengenai dua perkara berkenaan iaitu sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak pada satu mesyuarat yang akan diadakan kementerian daam masa terdekat.
PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. Bagaimanapun, sejak tahun lepas, golongan guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
- Bernama
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya ekoran pelbagai masalah dalam urusan merekodkan butiran dalam pangkalan data pengkomputeran sistem berkenaan.
"Buat masa ini, sistem aplikasi PBS itu ditangguh sehingga April depan, namun, guru masih perlu menjalankan kerja-kerja merekodkan butiran dan pelbagai perkara yang berkaitan PBS secara manual tanpa menggunakan komputer," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru di Sekolah Menengah Presint 8(1), Putrajaya hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya, Roaini Jaafar.
Dalam pertemuan sejam itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata mereka membincangkan mengenai pelbagai masalah yang dihadapi guru berhubung sistem aplikasi komputer PBS berkenaan.
Muhyiddin berkata kementerian akan menjadikan Sekolah Menengah Presint 8(1) Putrajaya sebagai satu kajian kes mengenai permasalahan sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS.
Beliau juga berkata kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai di sekolah-sekolah di seluruh negara sekarang akan turut dikaji semula berikutan pelbagai masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pengkomputeran aplikasi berkenaan, katanya.
Muhyiddin berkata kementerian akan membuat keputusan mengenai dua perkara berkenaan iaitu sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak pada satu mesyuarat yang akan diadakan kementerian daam masa terdekat.
PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. Bagaimanapun, sejak tahun lepas, golongan guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
- Bernama
Thursday, October 3, 2013
Pembelian Nombor Pin UPU
Ibu bapa dan pelajar SPM tahun ini boleh membeli nombor Pin bagi Unit Penempatan Universiti (UPU) di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60.
Bawa KP dan tuliskan dalam borang tuntutan/bayaran nama anak/pelajar dan no KP serta bayarannya.
Semoga tiada masalah dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita generasi pewaris.
Bawa KP dan tuliskan dalam borang tuntutan/bayaran nama anak/pelajar dan no KP serta bayarannya.
Semoga tiada masalah dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita generasi pewaris.
Sunday, February 17, 2013
Fatehah Tak Akan Maafkan Umno
Umno tunjuk samseng dengan mahasiswi dengan menjatuhkan maruahnya ala Yahudi di zaman Nabi

Samseng tarik tudung, penjelasan Nor Fatehah
Walaupun masih terkejut dan sedikit trauma dengan apa yang berlaku sewaktu bersama Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Pekan, saya tetap berasa terpanggil untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dibuat dalam akhbar online ini.
http://www.malaysiakini.com/news/221493
1. Saya tidak pernah sama sekali mengedarkan risalah anti-BN, saya malahan hanya menyerahkan surat harapan dari mahasiswa kepada rakyat. Saya kurang senang bilamana didakwa menghasut masyarakat kerana apa yang dilakukan hanyalah berbincang secara ilmiah dan berhujah bersenjatakan idea dan fakta.
2. Saya dikatakan menangis dan ketakutan. Artikel ini tidak sebegitu lengkap sebenarnya sekiranya ia digunakan untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa yang berlaku ketika itu. Saya hanya mengeluarkan air mata apabila saya ditengking dan dimalukan di dalam pasaraya tersebut. Saya malahan hampir dicederakan oleh samseng berkenaan apabila beliau menghayun bakul barang dengan sekuat hati kepada saya. Namun alhamdulillah, tindakan itu dihentikan oleh seorang lelaki baik hati yang berani.
Namun sebab yang paling utama penyebab air mata saya jatuh adalah apabila beliau mula menarik tangan dan tudung saya. Bagi saya itu adalah aurat dan maruah saya yang paling berharga. Kegeraman saya memuncak dan ia dimanifestasikan dengan jeritan untuk menghalang perbuatan mereka serta tangisan tanda sebak juga geram.
3. Kesimpulannya, saya tidak ke sana untuk menghasut. kami hanya bawa idea dan fakta. Ayuh berhujah dengan bijak dan matang.
Saya juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa kenyataan saya ini tidak terkandung unsur fitnah. Terlalu banyak manusia yang menjadi saksi peristiwa ini tidak kira pelanggan, pekerja, orang ramai malah mungkin CCTV di pasaraya tersebut. Apa yang tinggal hanyalah keberanian mereka untuk tampil menyatakan kebenaran.
Namun, cukuplah bagi kita membenci perbuatan bukan tuan punya badan.
Saya tetap mendoakan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah mengguris hati dan maruah saya sebagai wanita Islam. Hijab adalah maruah saya.
*Nor Fatehah Ahmad.
SU MPP UPM
-KITA TURUT MEMBENCI PERBUATAN TERKUTUK TERSEBUT-
RSB : Tahniah atas keberanian Fatehah, untuk aktiviti masa depan, aspek keselamatan mesti diambil kira, berbagai kemungkinan buruk mungkin akan berlaku, dinasihatkan mohon khidmat Unit Amal, AMK, atau Dapsy, Suaram sebelum turun padang. Jangan serik, teruskan perjuangan...
Subscribe to:
Posts (Atom)