Trafik

Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Keadilan jadikan JDT saff hadapan menuju kemenangan

Parti Keadilan Rakyat menjadikan negeri Johor Darul Takzim sebagai saf hadapan menuju kemenangan PRU akan datang. Perkara itu dijelaskan dalam taklimat Jabatan Pilihanraya Pusat baru-baru ini di Kulai. Johor.

Untuk memastikan gelombang rakyat berupaya merehatkan PM Najib Rosmah buat selama-lamanya dalam persada politik tanahair dan dapat membebaskan serta menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM baru, maka usaha keras mesti dilakukan sekarang.

Jangan berlengah, ayuh segera merekrut petugas dan cepat-cepat mendaftar pemilih baru. Awas, jika perkara kecil ini tidak dilaksanakan sekarang, kita pula sibuk melayan helah musuh yang melaga-lagakan sesama parti dalam pakatan sehingga kita hilang fokus, maka PRU akan datang bukan sahaja kita belum menang malahan kita tidak punya kuasa untuk melepaskan DSAI dari penjara entah sampai bila apatah lagi masih ada lagi 12 lagi kes pertuduhan di mahkamah.

Kami mengambil kesempatan menjual kupon dana makan malam Keadilan Sembrong dengan kerjasama MPN Johor berharga RM50 seorang atau RM500 satu meja yang akan diadakan pada 8 Januari 2015. Sebanyak 45 meja dihidangkan masakan Tionghua dan 30 meja masakan melayu seperti Baryani Kambing dan lain-lain lagi menu istimewa.

Tetamu dan penceramah pada malam tersebut semuanya hebat-hebat belaka dari pimpinan Pakatan Harapan seperti Kak Wan, LKS, Abang Mat Sabu, Dato Saifudin Abdullah, TS Muhammad Taib bekas MB Selangor dan lain-lain lagi. Tolong dan bantu kami, moga sumbangan anda mendapat ganjaran yang besar di sisi tuhan.  HB/RLB
















Sunday, October 25, 2015

Harapan Baru Rakyat Malaysia Bermula Di Johor

Selatan Tanahair telah dijadikan lokasi pertama pelancaran Harapan Baru Rakyat Malaysia, Pakatan Harapan (PH), Kempen Bebas Rakyat dan Kempen Bebas Anwar.

Kononnya Tiang Seri  dan lahirnya UmnoBn adalah di Johor maka apabila keputusan PRU13 diumumkan, Parlimen Batu Pahat sudah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, maka mitos bahawa UmnoBn sahaja yang boleh memerintah adalah meleset sama sekali.

Malah dianggap khurafat apabila mempercayai hanya mereka sahajalah yang layak memerintah di bumi Johor ini.

Ia seperti khayalan orang Melayu dahulu yang berkata tidak mungkin Inggeris yang hebat boleh kalah kepada tentera Nipon yang bertubuh kecil dan berhidung pesek.

Akhirnya Leftenan Jenderal Percival dan Angkatan Inggeris yang dibantu dengan Batalion Australia, Divisyen India dan Tentera Ghurkha Nepal lari lintang pukang ke Singapura pada tahun 1942 tidak sanggup menyekat kemaraan tentera Jepun yang dipimpin oleh Jenderal Yamashita yang berpengkalan di Kluang.

Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada masa itu sangat murka dan kesal kerana pihak Inggeris lepas tangan membiarkan Johor ditawan dan tidak mahu menjaga keselamatan Johor termasuk bertindak memindahkan kakitangan hospital seperti doktor-doktor  British ke Temasik. Itulah catatan sejarahnya.

Melalui Pakatan Harapan terdiri dari Keadilan, Roket dan Amanah yang mengambil alih peranan Parti Islam sebelum ini maka dihajatkan kita boleh merehatkan UmnoBn selama-lamanya yang sudah tenat dengan berbagai krisis kepimpinan.

Baru-baru ini Program Ceramah Jelajah PH telah diadakan di Kulai pada 9 Oktober 2015 menampilkan penceramah katagori top gun dari ketiga-tiga parti.

Ia juga dianggap satu kayu ukur kepada Parti Amanah yang baru ditubuhkan dan diluluskan ROS, apakah boleh berjaya menarik golongan Melayu Islam menerima parti yang baru itu menggantikan abangnya dari parti bulan?

Melalui kehadiran ceramah, penganalisis telah mengira lebih-kurang 40% yang datang dari kalangan bangsa Melayu Islam.

Alhamdulillah, ia sudah dianggap pemulaan yang baik dan laluan kejayaan yang diidamkan akan lebih mudah InshaAllah di mana statistik sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat pada PRU lepas pun sekadar 20%. tahniah diucapkan.

Demi Rakyat Johor sudah boleh sama-sama guna slogan Luaskan Kuasamu. Ada berani?



















Thursday, October 22, 2015

Treler Pakatan Harapan tiba di Simpang Renggam

Image result for treler pakatan harapan


Lori Treler Kontena Panjang Pakatan Harapan (PH) sampai ke Pejabat Keadilan di Taman Cemara Simpang Renggam  pada 10 Oktober 2015 yang lalu sempena Ceramah Penerangan PH.

Antara penceramah yang hadir ialah YB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Rafizi, YB Hanipa, YB Manivanan, YB Teo Ni Ching, YB Chin Tong, Lawyer Hasan Karim dan ramai lagi.

Apa yang unik yang ada pada treler ini ialah ia boleh transfom atau berubah menjadi pentas ceramah dengan lampu limpah yang terang dan sistem bunyi yang mantap dengan bantuan krew pengendali yang cekap.

Tahniah PH kerana dengan termeterainya tahaluf siasi atau kerjasama politik antara Keadilan, DAP dan Amanah ini, maka kita boleh sama-sama menggunakan kemudahan treler ini bagi menaikkan imej parti, meyakinkan pengundi berbagai kaum dan ada stail untuk merehatkan kerajaan Umno Bn yang sudah uzur.

Bayangkan sekiranya tiada kesepakatan begini, mungkin ceramah parti dibuat sendiri-sendiri, hanya boleh pakai sekadar trak pikap atau lori 1 tan sahaja.

Kami ditugaskan membuka kaunter kempen Bebas Anwar dengan hadiah percuma pen Keadilan bagi peserta yang awal.

Pada malam itu juga majlis menandatangani kerjasama politik PH Simpang Renggam yang diwakili oleh ketiga-tiga pemimpin peringkat Cabang / Kawasan Simpang Renggam.

Tahniah kepada Sdr Ishak Sher Mohamed Ketua Cabang Simpang Renggam, Sdr Hj Said Junit daripada Amanah dan Mr Soo daripada DAP kerana cepat dan pantas bertindak.

Semoga kita dapat menawan hati semua rakyat. Satu cabaran bagi cabang lain yang belum wujudkan kerjasama PH. Jangan sampai sudah dekat PRU14 baru terhegeh-hegeh hendak tubuh, itu ketinggalan treler namanya.  Terima kasih. HB/RLB







Monday, October 12, 2015

Kerjasama Awal Pakatan Harapan Simpang Renggam

Nampak gayanya, Simpang Renggam mendahului pembentukan sekretariat Pakatan Harapan (PH) antara Keadilan, DAP dan Amanah bersempena dengan ceramah PH pada 10 Oktober yang lalu.

Telah diadakan beberapa kali mesyuarat kerjasama 3 parti ini dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan secara bersama.

Setiap parti juga berkongsi sumbangan sama rata untuk menjayakan program tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Tahniah kepada Ketua Cabang Simpang Renggam Sdr Ishak Sher Mohamed yang mempengerusikan mesyuarat JK ceramah tersebut, turut hadir ialah wakil dari DAP Mr Soo dan Mohd Said Junit dari Amanah.

Tim kempen #bebasanwar telah ditugaskan kepada Keadilan Cabang Sembrong. Semoga ikatan kukuh ini menghasilkan natijah yang baik kepada rakyat. memberi keyakinan kepada pengundi untuk memilih, memberi imej yang baik dan ada gaya untuk menerajui kerajaan masa depan, InshaAllah.

Awas! rakyat sudah muak dengan kerenah pemimpin politik yang bertelagah dan berpecah sesama sendiri. Kepada yang masih berpeluk tubuh akibat krisis ini, seruan kami, bergeraklah ke hadapan, Keadilan diharap jadi pendamai. Bolehkah? jika boleh, lalu buktikanlah wahai saudaraku...! HB/RLB