Trafik

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Monday, November 2, 2015

Al-Jauhar Dar ul Takzim 1 vs 0 Al-Istaqlal


Assalamualaikum kepada semua peminat sukan No 1 di Malaysia

Bermain di negara asing, 25 jam masa perjalanan yang sangat meletihkan, permukaan padang rumput tiruan, suhu bumi Tajik amat sejuk sekitar 12 darjah Celcius, jersi lengan pendek yang tidak sesuai di iklim dingin, tubuh pemain lawan yang sasa dan besar, penyokong lawan yang membanjiri stadium mereka, tetapi itu bukan halangan, asalkan ada kesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi juara. Tahniah JDT kebanggaan Bangsa Johor dan Malaysia. - HB/RLB

Tuesday, October 27, 2015

UAI Datang Kluang Sentap


Penceramah popular Ustaz Azhar Idrus atau UAI telah memenuhi permintaan orang Kluang dengan turun ke Majlis Ceramah Sentap Minda 1.0 pada 18 Oktober 2015 yang lalu.  

Penceramah yang masyhur dalam laman Youtube itu pada sebelah petang sempat melawat Stesen Keretapi Kluang yang bercirikan kolonial, meninjau Kluang Railway Cofee yang terkenal sampai ke istana untuk mengambil gambar-gambar rare dengan izin ketua stesen. Rombongan juga singgah minum petang di Restoren Nasi Lemak World. 

Program yang penuh liku ini jadual asalnya adalah di Dewan Tokong, berpindah ke Stadium Kluang dan akhirnya di depan bangunan Al-Umm Jalan Penghulu Kassim Kluang. Rasanya Kluang terlalu banyak tempat yang sesuai untuk ceramah seperti di perkarangan masjid, padang atau dataran tetapi penuh dengan karenah.  

Alhamdulillah, walaupun ada yang terpaksa duduk di longkang dan atas jalan raya, program berjalan lancar, tiada hujan dan mendapat sambutan yang menakjubkan. 

Kira-kira 20 ribu peminat yang hadir mendengar dengan tekun kuliah sambil diselangi dengan lawak jenaka dan Syukur Alhamdulillah kutipan sumbangan dana sekolah mencecah RM 30 ribu. 

Tahniah kepada penganjur, Tn Haji Faudzi dari Tahfiz Mukhlisin, Ayahanda Pak Karim Amanah yang bertungkus lumus 2 hari 2 malam menyiapkan sistem bunyi corong dan skrin, Sdr Fadhil dari Kluang Bikers, Sdr Liaw Keadilan yang sentiasa kemaskini info UAI dan semua yang terlibat. Terima kasih.

Kami sokong Jom Kuliah bersama UAI. Agaknya bila lagi UAI turun Kluang bikin sentap? - HB/RLB




















Wednesday, October 14, 2015

Tayangan Wayang Pacak UAI


Wayang pacak ala zaman dahulu sudah diberi nafas baru sekarang ini terutama di premis makanan seperti Restoren Mamak atau Tomyam.

Sempena kehadiran ustaz selebriti yang tidak asing lagi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ke Stadium Kluang pada 18 Oktober 2015 ini kami semarakkan aura beliau kepada para peminat di Kluang dengan menayangkan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang pada 12 Oktober 2015 lalu yang dibintangi oleh UAI sendiri, Shahrul dan Ajak Shiro yang juga anak jati Kluang yang popular dalam siri Maharaja Lawak Mega terbitan Astro.

Alhamdulillah cuaca pada malam itu cerah dan tidak berjerebu. Wayang bermula pukul 9.15 malam, berjalan lancar dan sambutan amat mennggalakkan. Ramai penonton dan pengunjung yang masih belum mahu pulang walaupun gambar sudah habis.

Masing-masing berborak santai dan bertukar pandangan mengenai isu semasa. Terima kasih kepada pemilik Restoren ANZ Taman Sri Lambak (T6) Kluang, Cikgu Saiman atau Pak Ngah sekeluarga yang memberi izin tempat, Sdr Liaw, peminat tegar UAI yang mencadangkan movie ini, Sdr Yusof Ahmad Ketua Cabang Sembrong dan semua yang hadir termasuk 7 orang anggota keselamatan atau mata-mata dari Kluang.

Pada malam tersebut juga dilancarkan tabung bantuan kecemasan  kepada penduduk Kahang Batu 28 sekeluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah sehingga tinggal sehelai sepinggang.

Aktiviti yang menarik anak muda ini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan sinema yang lain pula atau sama-sama menyaksikan siaran langsung perlawanan bolesapak. Kami peminat filem tempatan yang bermanfaat juga penyokong pasukan Harimau Selatan inshaAllah akan hadir menonton dan bersorak, anda bagaimana? HB/RLB









Thursday, September 25, 2014

Penerbit filem geran Finas tidak profesional langsung



Filem sejarah Rentap mendapat tajaan RM3.5 juta daripada kerajaan tetapi setelah dua tahun penggambaran bermula, ia masih belum siap-siap. Ekoran itu, bayaran penuh belum dijelaskan kepada pihak terlibat.

 Bagaimanapun, semalam pelakon, agensi lakonan dan agensi yang menguruskan penginapan semasa proses penggambaran filem itu tampil menuntutnya atas alasan merugikan mereka.

 Persatuan Karyawan Malaysia semalam menampilkan pihak-pihak terlibat untuk menuntut bayaran kira-kira RM75,000 lagi daripada penerbit filem itu, yang juga seorang pelakon. Pelakon Azliyuszaini Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Yuzz menuntut baki bayarannya RM5,000 yang belum dijelaskan untuk lakonanya yang dirakam pada Jun lalu.

 “Penangguhan penggambaran adalah bukan disebabkan faktor lain melainkan pihak produksi sendiri yang telah menyebabkan kerugian kepada saya,” katanya. Sementara itu, agensi pembekal para pelakon warga asing Fretwork Production berkata mereka terpaksa menanggung kerugian jika bayaran tidak dijelaskan segera. Ini kerana, kata pengarahnya Nabilah Ibrahim, mereka kini terpaksa membayar pelakon dengan wang sendiri.

kerugian

 “Untuk agensi yang membekalkan pelakon ‘mat saleh’, kami terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM20,000,” katanya. Sementara itu, pengurus penginapan ketika sesi penggambaran, Lake Tembeling Travel Sdn Bhd, pula menuntut RM50,000 daripada penerbit. Pegawai syarikat itu Abdullah Chik juga menjelaskan, selain menguruskan penginapan mereka juga menguruskan makanan kepada krew penggambaran.

 “Pada mulanya, pihak pengurusan produksi memberitahu hanya 40 orang krew yang terlibat dan mereka memberi bayaran sebanyak RM7,000. “Tetapi bila hari sepatutnya (penggambaran), krew yang hadir lebih sehingga 120 orang. Tempat penginapan mereka juga masih tidak berbayar berjumlah RM20,000,” jelasnya. Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi penerbit filem setakat ini masih belum berhasil. Filem sejarah itu mengisahkan tentang seorang pejuang Sarawak sebelum kemerdekaan.


Sementara itu, Persatuan karyawan Malaysia mengingatkan penerbit filem itu supaya melunaskan bayaran tertunggak yang dituntut. Presidennya Datuk Freddie Fernandez (kiri) juga meminta masalah itu secara baik dan mengadakan pertemuan semua pihak bagi menjelaskan keadaan sebenar. “Saya mahu dia (penerbit) tampil kerana mereka ini (mangsa) ingin berbincang secara baik.

Produksi ini juga menerima dana daripada kerajaan dan pihak Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) untuk filem ini,” katanya.

 Penerbit beri penjelasan 

 Sementara itu, BH Online melaporkan produksi Unique Twins Sdn Bhd milik Diana Johor dan Lina Johor sebagai mempersoalkan kenapa perkara itu tidak dibawa berbincang dengan baik. “Alasan mereka cakap saya tak jawab panggilan itu tidak benar sama sekali," Diana dipetik sebagai berkata.

 "Telefon saya sentiasa dibuka untuk melayan panggilan. Saya tak sangka mereka boleh mengambil jalan sebegini. Pihak Karyawan sendiri pun ada menghubungi saya, tetapi mereka cakap tak berjaya. Semua itu mengarut.

 "Yang saya terima daripada pihak Karyawan ialah mesej menyuruh saya menghubungi mereka kembali. Kenapa mereka tak hubungi saya sendiri dan menjelaskan apa yang terjadi. Cara ini nampak tak profesional," katanya seperti dilaporkan BH Online.

 Portal itu juga melaporkan Diana sebagai menjelaskan, penggambaran filem epik itu diadakan sejak Jun lalu di Kuala Tahan, Pahang selama dua minggu. Namun, tambahnya, atas beberapa sebab, penggambaran filem itu ditangguhkan dan dijangka diteruskan November depan.

babak

 "Untuk filem ini kita ada 80 babak. Tapi ketika dua minggu penggambaran berlangsung hanya 20 babak disiapkan. Seperti yang diberitahu pihak produksi saya, sepatutnya dalam sehari disiapkan empat babak tetapi jadi satu hari hanya satu babak dilunaskan.

 "Ia sedikit sebanyak memang merugikan pihak produksi. Ada perkara yang tak perlu tetapi nak juga diwujudkan. Bayangkan pelakon tambahan yang perlu datang sehari sebelum penggambaran tetapi sudah ada 10 hari di sana (Kuala Tahan).

 “Ia jadi serabut dan sebab itu penggambaran ini ditangguh kerana kita perlu selidik apa yang perlu dan tidak," katanya. Menyentuh langsung tuntutan Yuzz, beliau berkata, baki 50 peratus lagi tidak dapat dijelaskan buat masa ini kerana tugasnya masih belum selesai. “Bagaimana nak jelaskan baki bayaran sedangkan banyak lagi babak membabitkan beliau belum siap.

"Abdullah Chik pula memang kita tak lantik dia secara rasmi sebagai koordinasi lokasi. Tunjuk bukti kalau ada,” beliau dipetik sebagai berkata. Filem Rentap diarahkan Hashim Rejap dan diterajui pelakon seperti Zachery Francis, Livonia Ricky dan Jasmine Chin. -MK

Nota : Jika penerbit melanggar kontrak, pihak yang teranyianya seperti pelakon, crew dan yang berkaitan sepatutnya sudah mula kumpul maklumat, resit, dokumen, rakaman percakapan, clip, video, sms, whasapps, telegram, instagram, gambar, cari saksi untuk saman ke mahkamah. Jangan sampai jadi kes filem Pasir Salak yang sampai sekarang gagal diterbitkan...

Saturday, August 30, 2014

Akhbar Utusan Tidak Laku



Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, demikian lapor The Star.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan dari syarikat penerbitan yang dikuasai Umno itu lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas. Kerugian bersih untuk setengah tahun bagi Utusan Melayu meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi penerbitan, pengedaran dan segemn pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 juta - yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas . 

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu termasuklah Utusan Malaysia dan Kosmo, Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, sebuah mingguan bertulisan Jawi dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

persaingan

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangkakan separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan. "Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi pembaikan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan.

"Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan. Strategi termasuk pembekuan pengambilan kakitangan baru dan juga "pemantauan secara agresif" terhadap kos pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.

Nota : Bagaimana mahu lariskan akhbar kalau asyik sebar berita fitnah dan perkauman, bagi penyokong tegar pro UBn yang dahulunya selalu kelihatan bangga menyisip akhbar ini di bawah ketiak tetapi sekarang suasana itu amat jarang kita jumpa.

Inilah padahnya apabila orang lain berniaga hendak mencari untung tapi akhbar ini mahu mencari musuh, lalu kehilangan pembaca, pelanggan yang diharapkan membeli akhbar dari kalangan ahli Umno pun tidak minat membaca, asyik khayal dengan hiburan terbitan Astro. Jangan marah jika diejek orang ibarat berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap.

Sunday, August 24, 2014

Sudah Sampai Masa Pesalah Rogol Direjam Sampai Mati



Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan. Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya.

Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal. Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari. Kemungkinan besar lebih banyak lagi jenayah seksual yang tidak dilaporkan, menjadikan kadar sebenar kejadian mungkin lebih membimbangkan dari yang disangka seperti yang dapat dilihat sekarang.

'Aku peduli'

Situasi yang membimbangkan ini telah mendorong kami untuk menganjurkan Hentikan Rogol: Aku Kisah!, satu tindakan untuk menentang rogol dan keganasan seksual yang lain. Inisiatif ini untuk:

Meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa rogol dan keganasan seksual perkara yang langsung tidak boleh diterima.

Menuntut tanggungjawab setiap negeri untuk menangani jenayah rogol dengan efektif.

Setakat ini, kami telah menganjurkan forum awam di Kelantan dan pelbagai aktiviti di Sabah dan pada waktu ini kami sedang menganjurkan beberapa program yang lain di seluruh negara. Selain daripada perhimpunan ini yang diadakan di Kuala Lumpur, program yang sama juga telah dilangsungkan di Marudi (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), dan Ipoh (Perak).

Semuanya merupakan penentangan terhadap jenayah rogol dan pelbagai keganasan seksual. Apa kami mahu? Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tersedia untuk menghukum perogol, ia masih gagal di peringkat negara, negeri dan masyarakat untuk menyedari betapa seriusnya keganasan seksual yang kini menjadi kelaziman di negara ini.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia – daripada pihak pentadbiran perdana menteri hinggalah rakyat jelata – untuk menyedari bahawa jenayah rogol satu wabak di negara kita. Setiap orang haruslah mengambil langkah untuk mengatasi punca rogol hingga ke akar umbi.

Bagaimanapun, kami juga menyeru kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini:

(1) Pencegahan 

Memperkenalkan pendidikan pencegahan dan program kesedaran umum untuk mengatasi pemikiran stereotaip terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap sesuatu gender yang telah mendorong keganasan seksual berlaku di negara ini. Kementerian Pelajaran, Kesihatan, serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalas tugas yang penting untuk menjadikan perkara ini satu realiti. Perlaksanaan awal dan efektif terhadap program ini satu langkah yang penting untuk menyingkirkan prejudis yang berlaku sejak sekian lama. Prejudis ini mengakibatkan penafian hak seorang gadis dan wanita serta membahayakan keselamatan mereka dalam masyarakat. Statistik kejadian-kejadian keganasan perlu dikumpul secara sistematik dan dijadikan maklumat umum demi menjelaskan betapa seriusnya keganasan seksual agar tindak balas berkesan dilaksanakan.

(2) Perlindungan 

Kami menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan perlindungan sewajarnya diberikan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia yang menjadi mangsa keganasan seksual. Kerajaan juga seharusnya menyediakan pusat-pusat khidmat yang secukupnya di setiap negeri di Malaysia terhadap mangsa keganasan seksual, tanpa mengira agama, bangsa atau kerakyatan seseorang mangsa itu. Mangsa rogol memerlukan persekitaran selamat, bebas daripada trauma yang berpanjangan dan perlu dibantu dalam menegakkan keadilan. Dalam masa yang sama, masyarakat di Malaysia juga haruslah komited dalam meningkatkan kesedaran dan sedia mengambil tindakan terhadap insiden keganasan seksual yang sedang berlaku di kalangan masyarakat. Kita harus sedar bahawa menjadi tanggungjawab setiap individu dan komuniti untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan tidak stereotaip terhadap jantina, atau dalam erti kata lainnya keprihatinan terhadap gender .

(3) Pendakwaan & hukuman

Penguatkuasaan yang efektif untuk memastikan pesalah laku keganasan seksual dapat dipertanggungjawabkan. Protokol menangani keganasan seksual yang sedia ada perlu dipatuhi dengan lebih tegas. Penguatkuasa undang-undang, pegawai kehakiman, pegawai perundangan haruslah dilatih dengan lebih baik untuk memastikan penyiasatan dan pendakwaan dilakukan dengan berkemahiran, cepat dan pantas, menyeluruh, dan dapat dilaksanakan ke tahap tertinggi, tanpa mengambil kira tempat kejadian, bangsa, atau agama mangsa jenayah seksual. Buat masa ini, kurang daripada 10 peratus kes rogol yang dilaporkan di bawa ke muka pengadilan. Daripada jumlah ini, dianggarkan kurang dari satu pertiga berjaya disabitkan. Keadaan sebegini mengesahkan kekurangan kerajaan Malaysia dalam menangani keganasan terhadap wanita secara berkesan.

(4) Peruntukan ganti rugi atau pampasan 

Memastikan terdapat khidmat sokongan yang berkesan dengan mudah terhadap mangsa keganasan seksual di segenap pelosok negara. Usaha-usaha ini termasuklah menyediakan tempat perlindungan, sesi kaunseling dan khidmat pemulihan. Sistem penjara juga haruslah diubah dengan memberi tumpuan terhadap tempoh rehabilitasi yang lebih panjang di dalam penjara bagi pesalah laku keganasan seksual.

Sejajar dengan isu di atas, kami juga ingin memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah dan melaksanakan tanggungjawab seperti terdapat bawah Perakuan Umum No 19 oleh Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

Mengapa Citizens Against Rape? Citizens Against Rape ditubuhkan pada tahun 1987 rentetan daripada peristiwa rogol dan bunuh dengan kejam seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun, Ang Mei Hong di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ia menjadi landasan bagi orang awam untuk memprotes terhadap jenayah rogol dan bunuh yang kejam seperti: Audrey Melissa George (1999), Noor Suzaily Mukhtar (2000), Canny Ong (2003). Pada hari ini, kami menggelar diri kami Citizens Against Rape untuk memberikan satu jalan dan harapan untuk semua tanpa mengira jantina, umur, etnik, agama atau bangsa.

Untuk menamatkan jenayah ini. Kita semua harus memainkan peranan.

GABUNGAN ORGANISASI WANITA BERTINDAK BAGI KESAMARATAAN GENDER (JAG) terdiri daripada Pusat Kesedaran Wanita (WCC), All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Sisters in Islam (SIS), Association of Women Lawyers (AWL), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women Action Resource Group (SAWO). Sumber MK

Nota : Jenayah rogol ada pekej tersendiri berpunca dari beberapa perkara yang nampak ringan tetapi natijah atau kesannya berat seperti mabuk arak- rogol, Vvip nampak gadis dahi licin  - rogol (sampai sekarang bebas malah jadi pengerusi salah satu GLC lagi) , majlis maksiat - rogol, pergaulan bebas -rogol, dadah dan bahan yang mengkhayalkan -rogol , pendedahan aurat - rogol, internet porno - rogol , vcd lucah dan ubat perangsang yang berleluasa termasuk minuman kopi kuat -rogol.

Hendak salahkan siapa dalam hal ini seperti jalan gelap, jalan sunyi, semak samun, belakang lorong, rumah terbengkalai, parkir yang berjauhan dari orang, ladang sawit pun boleh menjadi lokasi rogol.

Sudah sampai masa perogol dihukum rejam sampai mati jika dia sudah bernikah atau sudah merasai nikmat berkahwin, bagi lelaki bujang hendaklah disebat 100 kali. Parti dan NGO Islam sepatutnya ke hadapan dalam isu rogol ini, nampaknya kita hanya suka berpolitik dan bercakaran sesama kita sedangkan NGO mereka yang mendahului, mana ostaz yang  lantang menyelar...  lupakah agenda tegakkan syariat?



Monday, July 21, 2014

Nasyid Bebas Palestin (Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Saujana)




Diterbitkan pada 14 Julai 2014 OFFICIAL MUSIC VIDEO: BEBAS PALESTIN Nasyid ini menggabungkan Rabbani, Inteam, Nowseeheart & Saujana dedikasi khas untuk Palestin.

 Music Video ini adalah kerjasama Aqsa Syarif Berhad, El Hazen Studio & Munsyeed.com.

 Aqsa Syarif sedang melancarkan Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkenaan isu ini dan mengumpul dana berjumlah RM6 Juta untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

 Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

 1) Pakej Iftar (RM50/set)

2) Pakej Sahur (RM20/set)

 3) Pek Makanan (RM300/set)

4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)

5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)

 Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui =

Maybank Islamic (551575-004299) =

Bank Islam (1209-20100-34904)

 Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760

 "Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"

Friday, July 11, 2014

Kaki Taruh Judi Bolasepak Rugi Besar Diancam Maut

Foto

Kuala Lumpur: ‘Lu (awak) mahu mati sendiri (bunuh diri) atau kita buat lu mati sakit. bayar hutang! jangan mahu lari’. Itu adalah antara SMS ugutan diterima seorang mekanik motosikal selepas gagal menjelaskan hutang ceti haram yang digunakan untuk bertaruh judi bola sepak Piala Dunia.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 35, memberitahu dia kini hidup ibarat pelarian gara-gara berhutang ceti haram (along) membabitkan jumlah RM20,000 pada 29 Jun lalu. “Malah, kelibat bintang penyerang Uruguay seperti Luis Suarez dan Edinson Cavani menyebabkan saya yakin pasukan itu mampu mencatatkan kemenangan besar, sekali gus memasuki pusingan suku akhir Piala Dunia,” katanya. 

Menurutnya, along itu yang turut memberi pinjaman kepada beberapa rakannya di sebuah kopitiam di Menurutnya, dia meminjam wang daripada seorang along yang menawarkannya pinjaman bagi pertaruhan bola sepak membabitkan perlawanan pusingan kedua antara Uruguay dan Colombia.

Riba

 “Saya meletakkan semua wang pertaruhan pada ‘bookie’ kerana yakin 100 peratus Uruguay mampu membelasah Colombia. Kemudian memberikannya wang berkenaan dengan syarat dia membayar RM1,200 seminggu termasuk faedah (baca riba') pinjaman sekitar 10 peratus.

 “Dia hanya mahukan salinan Mykad saya selain lokasi bengkel saya bekerja. Saya tidak fikirkan risiko ketika itu kerana yakin pertaruhan itu berbaloi dan saya akan mendapat pulangan berganda. “Sebelum ini saya pernah bertaruh dan menang,” katanya.

 Dia yang bertaruh dengan memasukkan wang ke dalam akaun bank ‘bookie’ bagaimanapun hampir pitam apabila pasukan Uruguay tewas kepada Colombia. “Ketika itu barulah saya tahu sukar untuk membayar RM1,200 seminggu atau RM4,800 sebulan berikutan gaji saya hanya sekitar RM2,000 sebulan,” katanya. 

“Saya cuba hubungi Along dan minta supaya jumlah bayaran hutang itu dikurangkan. Namun permintaan saya itu ditolak kerana Along mendakwa saya sudah bersetuju dengan syarat sebelum ini. “Malah Along minta saya dapatkan bantuan dari ahli keluarga dan dan jual kereta jika tidak mampu bayar hutang itu.

Malah Along berulang kali menghantar SMS dan datang ke bengkel saya meminta hutang berkenaan,” katanya. Akibat tak dapat membayar hutang itu, mangsa bertindak mengambil ‘cuti’ dan lari bersenbunyi di rumah adiknya di Ampang. - Metro

Nota : Teringat lagu Datuk M Daud Kilau, Kalau sudah gila judi... akibatnya buruk. Islam mengharamkan judi, malah semua agama menolak judi kerana ia hanya berdasarkan ramalan bukan kepastian.

Saturday, March 15, 2014

Tangkap Menteri Pelancongan & Penganjur FMF yang menyebabkan maut




Sepang : Sepatutnya menteri pelancungan (baca menteri maksiat) ini ditangkap kerana gagal mengawal selia penganjuran Festival Muzik Masa Depan yang mengorbankan 6 nyawa. Ada sumber yang mengatakan 18 maut tetapi media menyembunyikan fakta.

Mana tidaknya mati, pesta ini mendapat tajaan 2 syarikat arak ternama menyebabkan keadaan menjadi banjir arak. Malahan pesta ini diadakan bermula 13-15 Mac semasa rakyat rasa sedih atas kehilangan pesawat MH370. Mujur konsert malam terakhir pada 15 Mac di batalkan.

Sila baca terus, antara artis Malaysia yang terlibat ialah Shiela Majid dan Yuna. Pegarah Panganjur Bangsa Ketuanan Melayu Livescape Asia juga mesti bertanggung jawab.

PESTA MUZIK MASA DEPAN ASIA 2014 UNVEALS  

PemenangOscar & Grammy Pharrell Williams, Martin Garrix, Bassjackers dan Will Sparks menambah kepada barisan sudah cemerlang sebagai FMFA 2014 Sangat hangat

KUALA LUMPUR : peminat Festival akhirnya boleh bernafas semudah Livescape Asia hari ini mengumumkan penuh barisan bertindak berwayar untuk mengambil alih gelombang bunyi Kuala Lumpur dari 13 Mac hingga 15, 2014. Festival muzik terbesar di Asia Tenggara akan menjadi tuan rumah yang besar barisan memaparkan lebih 70 artis antarabangsa dan tempatan ke atas blok tiga hari. Festival Muzik masa depan Asia 2014 berlaku tahun ini di salah satu monumen yang paling ikonik Malaysia, Bukit Jalil National Stadium Showgrounds .

Menawarkan peminat muzik yang terbaik dalam genre EDM, FMFA 2014 adalah meletakkan bersama-sama serangan berkhayal, dubstep , rumah elektro , Hip Hop , Pop dan banyak lagi di seluruh perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan pelbagai peringkat mengepam keluar merentasi lagu-lagu untuk yang baik tiga hari.


Pada sidang media bagi mengumumkan festivalâ € ™ s barisan penuh hari ini , penganjur mendedahkan lebih nama-nama besar untuk menambah sudah cemerlang barisan . Perbuatan termasuk superstar Amerika, Pharrell Williams, penama 7 anugerah di Anugerah Grammy ini weekendâ € ™ s . Pharrell juga dicalonkan untuk Oscar bagi Muzik terbaik € â " Song Asal di yearâ ini 86 € ™ s Anugerah Akademi yang akan berlaku dua minggu sebelum FMFA 2014. Juga hari ini diumumkan adalah pengeluar mega Martin Garrix , Bassjackers dan Will Sparks , bersama-sama dengan pelbagai artis tempatan dicapai.


Dianggap sebagai acara yang dinanti-nantikan tahun ini, Iqbal Ameer , Pengarah Livescape berkata, " Masa Depan Music Festival 2014 telah berkembang ke tahap yang luar biasa. Evolusi perayaan dan magnitud ia adalah satu wawasan yang telah menjadi kenyataan. Kami seperti teruja kerana peminat, dan ini telah semua telah dibuat mungkin dengan perkongsian dan sokongan daripada beberapa jenama terbaik dalam industri. 


Tiket cepat menjual keluar dan saya menggesa semua orang untuk pergi mendapatkan pas mereka kepada festival muzik terbesar di Tenggara Asia , anda tidak akan mahu ketinggalan yang satu ini sebagai Kami mara € ™ akan meletakkan sebuah rancangan yang akan menampilkan terbesar kami barisan setakat ini. "Menendang -off pesta epik , Deadmau5 & Friends mendapat gelombang bunyi menikam pada Khamis 13 MAC, 2014 (Hari 1), dengan R3hab , Adventure Club , Will Sparks, BATE , Eva T, Breaking Berlian , Double E dan Victor Trixter dan yang Deadmau5 terkenal.

JUMAAT, 14 Mac, 2014 (Hari 2 ), membawa legenda Armin Van Buurenâ € ™ s A Negeri Trance 650: New Horizons untuk penonton dengan pagar betis merangsang beliau orang-orang seperti Paul Van Dyk , Markus Schulz, Omnia, Marlo , Andrew Rayel , Trimix , Ramsey Westwood dan manusia sendiri Armin Van Buuren


Perayaan utama pada Sabtu, 15 Mac, 2014 (Hari 3), membawa pesta ini ke kemuncaknya dengan ATB ​​, Eric Prydz , Goldfish & Blink , Porter Robinson, Martin Garrix , Raekwon & Ghostface Killah Wu -Tang Clan, Meningkatkan Bar , SonaOne & Biggie , belum sempurna , Tinie Tempah , Macklemore & Ryan Lewis, Pharell Williams , Yuna , Boy Naughty , Dangerdisko kaki Datoâ € ™ Sheila Majid, Bassment Sindiket , Chase & Status , Parti Pisau, Baauer , Encik Nasty & Guru Guru, Fokus sub , Monsta , seperti tong vs Anowl , H3, Gesaffelstein , Brodinski , Arty , Xu & Terence , DJ K, Ko Pi Pergi, Jungle Jerry & Tablamaniam , Bunyi Cinta , Bunga & Axel Groove B2B, Deer Society & Friends , Godwin Pereira , Irama dan +2 DB.


Penuh barisan mendedahkan janji-janji yang melambung sonik -of tanpa henti gabungan memainkan peranan penting dan dengan rancangan beralih seperti yang dijadualkan , peminat cepat perlu mendapatkan tiket mereka dengan FMFA 2014 ingin menjadi acara dijual keluar .


Selain daripada terpancut keluar yang artistesâ penuh € ™ barisan , juga mengumumkan hari ini adalah rombongan penaja yang telah bersama-sama menyokong FMFA 2014. Beberapa pemain terbesar di pasaran telah mendapat tempat mereka pada majlis itu epik dan akan menjalankan pelbagai aktiviti dan tugasan yang akan menambah nilai dan pengalaman yang unik untuk perayaan.


" Kami amat berbesar hati untuk mempunyai sokongan daripada rakan kongsi dan penaja kami untuk FMFA 2014. Tahun ini menjanjikan untuk menjadi lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya . Dengan itu kita dapat menyediakan platform untuk rakan-rakan kami untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan pengguna sedia ada dan berpotensi dalam tempat tunggal. Kami percaya kerelevanan acara itu memberi penaja kami kelebihan dalam menghubungkan dengan penonton utama mereka, belia , dan membentangkan lebih banyak peluang untuk membina hubungan yang besar dengan mereka, "kata Iqbal Ameer , Pengarah Livescape Asia.


Dengan sokongan Events Malaysia Utama , satu bahagian Biro Konvensyen & Pameran Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian bagi Malaysia € ™ s Pelancongan dan Kebudayaan sebagai penyampai keseluruhan perayaan adalah sebuah magnet pelancongan yang besar menarik lebih peminat dari negara-negara jiran seperti Singapura , Indonesia , Thailand dan negara-negara dari sejauh Australia, India dan juga Eropah. Festival tahun ini, ia dijangka menarik kemasukan lebih 20,000 pelancong.


Rakan-rakan lain termasuk Asahi Super Dry ( Beer Rasmi dan Presenter Dewan Arena Haunted ), Chivas Regal (Rasmi Minuman Keras ) , Red Bull (Tenaga Rasmi Drink ), Evian (Water Rasmi ), Airbnb (Rakan Kongsi Global Penginapan Rasmi ), iDarts (Rasmi Hiburan Rakan interaktif) , Dr Martens ( kasut rasmi ), Corntoz ( snek Rasmi ), KakaoTalk (Rasmi Pemesejan Segera) , Zalora ( Pakaian Rasmi ), MyTeksi ( Teksi rasmi ), dan Uber (Rasmi Premium Teksi) . FMFA 2014 juga disokong oleh Mixmag sebagai festivalâ € ™ s Global Media Rakan, inthemix sebagai yang Global Online Media Partner dan MTV Asia Music Channel Rasmi.


"Kami yakin untuk mengatakan bahawa FMFA 2014 adalah pada kursus untuk dijual keluar acara dengan sasaran untuk membawa masuk 85,000 peminat muzik dari seluruh dunia. Kita sudah mempunyai orang-orang terbang dari UK dan Eropah untuk perayaan dan kita boleh hanya mengharapkan lebih daripada sini . ini daya tarikan kita telah mendapat lebih dua tahun yang lalu telah luar biasa dan kami yakin bahawa ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas, " dinamakan Iqbal Ameer , Pengarah Livescape Asia.


Festival tahun ini, peminat Masa Depan Festival Muzik Asia 2014 akan ditawarkan pilihan untuk membeli sama ada satu hari pas selama 13 , 14 atau 15 Mac 2014 atau lulus hujung minggu tiga hari yang akan memberikan mereka akses ke dalam semua tiga hari Masa Depan Festival Muzik Asia 2014 Weekend .


Untuk pakej VIP eksklusif , hubungi Livescape Asia di +60.3.7772.6272 . Tiket juga boleh didapati untuk berjalan-dalam pembelian di Rock Corner dan Victoria Music cawangan dipilih. Festival Muzik masa depan Asia 2014 dibuka untuk tetamu berusia 18 tahun dan lebih tua sahaja. Pengesahan ID akan dilakukan di pintu. * Harga tiket tidak termasuk tiket agentâ pemprosesan € ™ s dan bayaran kad kredit.


Peraturan Festival dikenakan. FMFA juga melaksanakan polisi tiada masuk semula ketat atas sebab-sebab keselamatan. Penganjur juga berhak untuk menafikan kemasukan ke mana-mana tetamu disifatkan sebagai melanggar peraturan perayaan.


Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pesta ini, log masuk ke : www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com / futuremusicasia . Lawati juga www.astateoftrance.com untuk maklumat lanjut mengenai Armin Van Buuren A State of Trance 650: New Horizons .


Baca sumber  di sini


Tuesday, February 4, 2014

Keistimewaan Nasi Lemak tercemar kerana dihidang Naked : Chef Wan

Bagi rakyat Malaysia, nasi lemak begitu istimewa.

Oleh kerana itu, langkah seorang selebriti rancangan masakan memuat naik nasi lemak 'telanjang' Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mendapat perhatian besar.

Chef Wan atau nama penuhnya Redzuawan Ismail pada 29 Januari lalu yang mengambil penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok kesal dengan nasi lemak yang dihidangkan padanya.

Beliau memuat naik nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tampa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan, ke laman perkongsian gambar Instagram.

Beliau juga menulis, penerbangan negara seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh dunia.

“Untuk pamerkan ini dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun, kacang dan ikan bilis membuatkan sarapan rakyat Malaysia ini nampak sungguh miskin,” katanya.

Status itu kemudian digemari lebih seribu pembaca di Instagram.

MAS: Terima kasih Chef Wan

Sementara itu, Astro Awani melaporkan, dalam kenyataannya, MAS berkata akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," MAS dilapor sebagai berkata.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi MAS berhubung perkara itu.

Tuesday, October 8, 2013

Kementerian Belia Paling Banyak Kelepet

Amrin: Belanja K-Pop dari kantung kerajaan

Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai.

RSB : Konon nak tarik belia menonton persembahan K-Pop, padahal pembesar inilah yang beria-ia mengikut nafsu sampai sanggup menggunakan dana awam untuk memenuhi kemaruk syahawat mereka. Sepatutnya SPRM dan PDRM sudah lama tangkap pembesar yang jauh tersesat jalan ini.

Sunday, August 4, 2013

Bekas Isteri Iwan Syahman (Dangdut) Meninggal Dunia



Rosnah Mohd Nor meninggal dunia 

Kuala Lumpur: Pelakon popular era 80-an, Rosnah Mohd Nor, 54, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Jurucakap HKL berkata, Rosnah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.55 petang di wad Ongkologi HKL kerana menderita pelbagai penyakit termasuk kanser. Difahamkan, jenazah akan dimandikan di HKL sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ, Subang Jaya.

Pada 28 Februari lalu, Harian Metro melaporkan, Rosnah dimasukkan ke HKL sejak 18 Februari lalu selepas tulang pada bahagian paha kanannya patah akibat komplikasi pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Rosnah sebelum ini berhadapan pelbagai penyakit sejak beberapa tahun lalu dan pada 2010 menjalani pembedahan berikutan barah yang dihidapnya. sumber : mymetro

Saturday, June 29, 2013

Shisha lebih bahaya dari rokok

 

CAP gesa keluar fatwa pengharaman shisha

Harakahdaily, 29 Jun 2013 *KUALA LUMPUR:* Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya. CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan... more » 
 
Bagaimanapun di Kelantan, penjualan shisha tidak dibenarkan. Lihat gambar saya rakamkan pada 26 November lalu di Kota Bharu, peralatan menghisap shisha dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu.



 

Tuesday, April 9, 2013

Politik Kedai Runcit Di Kampung

Di sebuah kampung terdapat sebuah kedai runcit.

Rakyat kampung tersebut hanya bersumberkan kedai tersebut untuk membeli barang keperluan harian mereka.

Kedai tersebut sudah bertapak lebih 55 tahun di kampung tersebut yang mendapat tander membuka kedai tersebut daripada tok penghulu kampung.

Orang kampung bersungut kerana harga di kedai tersebut semakin lama semakin mahal. Namun setiap tahun apabila tander dibuka, tauke yang sama yang berjaya memenangi tander tesebut yang selalu dilihat rapat dengan tok penghulu.

Pemiihan tander adalah berdasarkan pilihan majoriti penduduk kampung yang selama ini berpihak kepada tauke yang sama. Ada segelintir orang kampung bersungut kerana kampung mereka turut didatangi oleh orang luar namun tidak diendahan oleh tok penghulu.

Orang kampung makin resah sehingga pulang seorang anak muda yang bercadang untuk memasuki tander kedai di kampung tersebut. Antara perancangan anak muda tersebut ialah menawarkan harga yang lebih murah daripada kedai sekarang.

Orang kampung gembira, namun tauke kedai yang sudah berumur itu mencemuh "kedai tersebut akan bankrap dan kampung akan rugi".

Semakin dekat dengan hari tander terbuka, semakin ramai orang kampung mendapat maklumat tentang hasrat anak muda itu.

Ramai yang berjanji akan menyokong anak muda itu untuk mendapatkan tander kedai tersebut yang selama ini dikuasai oleh tauke tua tadi.

Sebaik sahaja tander dibuka, seperti biasa tauke tua akan membeli borang tander dan kali ini anak muda tadi pun tutut membelinya.

Beberapa sebelum hari pemilihan, tiba-tiba tauke tua tadi menbuat pengumuman "saya akan turunkan harga barang di kedai ini jika orang kampung memilih saya sekali lagi".

Orang kampung tergelak besar dan menempelak "Habis tu, selama 55 tahun kamu dapat tander ini, mengapa tidak turunkan harga barang?".

Anak muda tersenyum menunggu hari pemilihan tander.

Ini kalilah kita ubah tauke kedai!

via Afyan Mat Rawi

-RVR-

Saturday, March 23, 2013

Macam Ada Pesta, Kos Elektrik Melampau PM & TPM



KUALA LUMPUR 22 MAC: Kempen Earth Hour sangat signifikan untuk menyedarkan Datuk Seri Najib Razak tentang kepentingan penjimatan elektrik berikutan pembaziran kos yang melampau sebanyak RM1,188 sejam untuk rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. 


Lebih memeranjatkan, menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah tersebut dibahagikan dengan RM10,267,868.15 (10 juta) untuk setahun.


Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, sebagai pemimpin, Najib perlu meneliti kos penggunaan sumber harian dan mengambil kira faktor penjimatan, bukan berbelanja sewenang-wenangnya untuk membayar utiliti.

“Najib dah melampau, dia patut ada penasihat khas untuk ajar mengenai kaedah penjimatan. Bayangkan dalam masa sejam, berapa banyak duit rakyat dapat dijimatkkan, bandingkan pula dengan kos elektrik rumah PM dan TPM,” katanya ketika dihubungi.

Earth Hour adalah kempen penjimatan elektrik seluruh dunia dengan matlamat memberi kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjimatan elektrik, dimulakan sejak 2007 dan dilaksanakan setiap tahun.

Kempen itu yang bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam esok di seluruh negara akan digerakkan di seluruh dunia.

Lebih 135 negara dijangka menyertai kempen dan akan bergelap selama sejam dalam misi menjimatkan sumber tenaga dunia dan kos pengguna.

Yahya berkata, perkara yang sering dilihat remeh ini sebenarnya cukup menentukan tahap mentaliti seorang pemimpin.

“Dia (Najib) suruh rakyat jimat elektrik sedangkan bil rumah dia melambung. Itu tak masuk lagi pejabat rasmi, semua yang dibayar menggunakan wang negara. Patutnya, dia perlu teliti dan amanah.

“Sebelum mencanang transformasi ekonomi negara kepada rakyat, Najib perlu transformasikan perbelanjaan dirinya dan keluarga,” sinis Yahya.

Menyambut baik kempen tersebut, Yahya berkata, misi penjimatan sumber anjuran Tabung Alam Sedunia (WWF) itu selari langkah penjimatan yang cuba dipraktikkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

Menurut Yahya, dinyatakan salah satu sumber pendapatan kewangan untuk melaksanakan manifesto adalah melalui kaedah penjimatan.

Kempen ini katanya menunjukkan kaedah penjimatan turut digunapakai seluruh dunia.

“Kalau WWF yakin sejam penjimatan boleh bantu selamatkan dunia, maknanya kaedah penjimatan seperti dicadang Pakatan Rakyat dalam manifesto lebih dari cukup untuk selamatkan negara,” jelas Yahya.

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, Putrajaya dan disewa kerajaan Malaysia.

Turut didedah sebelum ini, kos selenggara kediaman mereka itu menelan belanja RM50 juta setahun. ~keadilandaily

Sunday, March 17, 2013

Yassin Ajak Buat Perubahan (Satu Perjuangan)


Saya mahu ajak masyarakat buat perubahan - Yasin 

KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seseorang untuk meninggalkan segala kesenangan, lebih-lebih lagi bagi seorang artis yang penuh dengan kehidupan serba glamor.

Malah, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan apabila seseorang artis itu memilih jalan yang berbeza dari rakan-rakannya.

Bagi penyanyi kumpulan Brothers dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman (gambar), beliau telah lima tahun merasai 'kehilangan' dari dunia arus perdana.

"Walaupun tidaklah disenaraihitam, tapi saya dapat merasakan sudah agak kurang di media perdana. Namun, saya percaya rezeki ada di mana-mana," ungkap beliau ketika ditemui di Malam Seni untuk Perubahan, di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Beliau yang membuat kemunculan sulung ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat, bulan lalu menceritakan tentang dirinya yang sudah lama menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma, baru-baru ini sahaja beliau menyertai PKR secara rasmi, dalam usaha menyampaikan mesej yang lebih bermanfaat kepada peminat seni tanah air.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak berminat menjadi wakil rakyat, sebaliknya lebih senang menyampaikan mesej dengan nyanyian bagi mengajak rakyat membuat perubahan, terutamanya rakan-rakan artis. "Saya tidak berminat menjadi orang politik.

Tak mahu jadi wakil rakyat. Saya akan menyumbang berasaskan bidang saya ini," tegas beliau.

Menyedari suasana hari ini yang tidak memihak kepada rakan artis jika memilih Pakatan Rakyat, Yasin berkata itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun, katanya ia bergantung atas kekuatan seseorang artis itu untuk membuat perubahan, di samping bersedia bagi menghadapi suasana tersebut.

"Kalau diikutkan, ramai lagi artis-artis di negara ini yang kuat menyokong Pakatan Rakyat, cuma mereka belum bersedia. Ada yang mempunyai keluarga, yang terpaksa menjaga periuk nasi mereka. Dan kita perlu hormati mereka," kata beliau.

 Berpandangan perubahan yang dilakukannya tidak boleh memaksa rakan artis lain mengikut jejaknya, Yasin berkata perubahan terbaik hanya berlaku apabila ia datang dari hati dan bukannya ikutan semata-mata.

Dalam kesempatan itu juga, Yasin turut menyeru rakyat Malaysia dan rakan artis agar bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang. Sebelum itu, Yasin menyampaikan persembahan di hadapan kira-kira 5000 hadirin yang memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman, dengan mendendangkan lagu bertajuk 'Satu Perjuangan'.

Klip Video Satu Perjuangan

Penyanyi Undergraund Trash Metal Tolak BN

FTG Gambar Lama
  
FTG otai Rock Kapak Terpelajar

Penyanyi rock terharu serah borang PAS

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.

Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.

"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.

"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.

"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.

"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.

"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.

"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.

Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.

"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.

Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.

FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.

FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’. -HD
 

Freedom That's Gone - FTG

Pertama kali FTG keluar full album berbahasa melayu tajuk dia Aku Tak Peduli. Masa ni aku dalam tingkatan 2. Tahun 1998. Jadi untuk melengkapkan hajat tu, aku tak makan beberapa hari dekat sekolah. Dan bila kaset tu dah dekat tangan memang habis hati la. Cover album ni macam bata-bata dinding dengan tulisan FTG tu ala-ala macam besi sikit.

Album ni dari segi penulisan lirik, kebanyakannya menyatakan betapa bencinya dia org pada perempuan. Perempuan dalam album ni di angap macam menyusahkan, kaki kikis gaji, dan perasan cantik. Lagu yang terang-terang sekali tak suka perempuan tajuknya Mana Tahan dan Rozanna. Tapi lagu yang paling aku suka sekali dalam album tu, lagu ASKAR. Mungkin sebab waktu tu aku agak suka pada lagu yang speed dan keras.

Time ni brader-brader rock yang lagi otai cakap selera aku teruk. Tapi aku pedulik hapa. Dah aku suka, nak buat macam mana. Jadi bila dah terlampu suka, asal nyanyi je aku buat vokal ala-ala Tajul FTG. Perh! Memang ganas habis la masa tu.

Sebelum ni, FTG fokus pada album berbahasa Inggeris. Tapi mungkin faktor market masa tu membuatkan mereka ubah pelan dan strategi. Kebanyakan kumpulan trash, metal dan heavy lain pun melakukan perkara yang sama. Dan selepas itu kumpulan ini makin dikenali. Cuma dari segi ekslusif mereka sudah agak sikit menurun. Ini komen dari kebanyakan peminat mereka.

Tapi dari sudut yang lain, kalau dilihat sebagai positifnya, mereka makin mencipta pengaruh dan mempunyai bilangan pembeli album yang bertambah. Soal cakap-cakap belakang pasal tak true underground boleh tolak tepi je sebenarnya. Sebab dalam keadaan yang lain mereka perlu cari makan. Dan kalau nak harap scene underground tanpa buat kerja lain, itu agak bunuh diri sebenarnya.
Sebelum keluar dengan album Aku Tak Pedulik ni, FTG sebelumnya keluar album To The Front pada tahun 1996. Spirit To The Rebel, 1994. After The Promise, 1992. Dan yang pertama sekali dia orang keluarkan EP Fredom That's Gone pada 1991.

Album Made In Malaysia merupakan album terakhir yang aku beli. Album seterusnya Live At Metal Wars, FTG, Reborn, Stop That Madness dan Kuasa gagal aku dapatkan. Antara punca, selepas tahun 1998 aku mula duduk di asrama. Corak kehidupan di situ berubah sama sekali.

Tak ada radio, jeans diharamkan, kaset dirampas, lagu rock itu syaitan dan diperkenalkan pula dengan lagu-lagu nasyid oleh rakan sebaya. Hingga akhirnya aku dengar habis satu album Sumayyah dari Hijjaz.

Cuma pada 2001, selepas keluar dari asrama. Aku cuba-cuba balik dan beli album kompilasi Sill Khannaz VS FTG.



K/K : Entry lepas ni aku nak up Kashmir Stone pulak.