
Masuk hari yang ke 5 Ramadan, saya kadang-kala bersolat terawih di ruang dewan yang sejuk ada aircond atau kawasan jemaah yang hanya ada kipas memang terasa berbeza.
Di bawah ini disenaraikan kebaikan dan keburukan pemasangan aircond di masjid.
Kebaikan :
1. Senyap
2. Selesa
3. Khusyuk sampai tertidur keluar air liur
4. Masjid jadi tumpuan pada waktu panas (siang)
5. Sejuk sederhana tanpa kipas boleh mengurangkan debu dan habuk baik untuk pesakit asthma
6. Daya penyerapan haba yang baik
7. Udara bersih, habuk kurang
Keburukan :
1. Harga mahal, kena beli banyak unit
2. Kos pemasangan tinggi
3. Berat sangat
4. Besar makan ruang
5. Susah untuk penyelenggaraan (service)
6. Bil letrik melambung tinggi
7. Kos service mahal.
8. Lambat sejuk bila jemaah selalu keluar masuk pintu sliding
9. Kena tukar pintu kaca boleh tertutup sendiri supaya kesejukan tidak keluar yang kos menukar pintu tersebut juga tinggi
10. Siling dan kubah tinggi melambat proses penyejukan.
11. Suhu sejuk mengundang penyakit selsema, batuk, lelah, sakit tulang dan amat bahaya kepada yang orang tua.
12. Ruang solat tepi kanan dan kiri dalam yang tidak ada aircond (hanya kipas) dan kawasan luar menjadi terlalu panas akibat pengeluapan haba. Jemaah yang solat di sini biasanya tidak dapat masuk ruang dewan kerana jemaah penuh dan akan solat dengan tidak selesa, baju basah kuyup akibat berpeluh walaupun di waktu malam hari untuk menghabiskan solat terawih.
Terpulang, ini sebagai panduan supaya kita berhemah dalam membuat satu keputusan yang menggunakan setiap sen duit tabung masjid. Kalau dengan pembesaran masjid (projek lagi) dan pemasangan aircond ini jemaah solat bertambah sekali ganda itu satu yang bagus, tetapi jika tiada perubahan, sama sahaja seperti sebelumya maka elok cari mana silapnya.
Salam Ramadan Kareem. Maaf Zahir Batin
No comments:
Post a Comment