Trafik

Showing posts with label calon. Show all posts
Showing posts with label calon. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Keadilan jadikan JDT saff hadapan menuju kemenangan

Parti Keadilan Rakyat menjadikan negeri Johor Darul Takzim sebagai saf hadapan menuju kemenangan PRU akan datang. Perkara itu dijelaskan dalam taklimat Jabatan Pilihanraya Pusat baru-baru ini di Kulai. Johor.

Untuk memastikan gelombang rakyat berupaya merehatkan PM Najib Rosmah buat selama-lamanya dalam persada politik tanahair dan dapat membebaskan serta menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM baru, maka usaha keras mesti dilakukan sekarang.

Jangan berlengah, ayuh segera merekrut petugas dan cepat-cepat mendaftar pemilih baru. Awas, jika perkara kecil ini tidak dilaksanakan sekarang, kita pula sibuk melayan helah musuh yang melaga-lagakan sesama parti dalam pakatan sehingga kita hilang fokus, maka PRU akan datang bukan sahaja kita belum menang malahan kita tidak punya kuasa untuk melepaskan DSAI dari penjara entah sampai bila apatah lagi masih ada lagi 12 lagi kes pertuduhan di mahkamah.

Kami mengambil kesempatan menjual kupon dana makan malam Keadilan Sembrong dengan kerjasama MPN Johor berharga RM50 seorang atau RM500 satu meja yang akan diadakan pada 8 Januari 2015. Sebanyak 45 meja dihidangkan masakan Tionghua dan 30 meja masakan melayu seperti Baryani Kambing dan lain-lain lagi menu istimewa.

Tetamu dan penceramah pada malam tersebut semuanya hebat-hebat belaka dari pimpinan Pakatan Harapan seperti Kak Wan, LKS, Abang Mat Sabu, Dato Saifudin Abdullah, TS Muhammad Taib bekas MB Selangor dan lain-lain lagi. Tolong dan bantu kami, moga sumbangan anda mendapat ganjaran yang besar di sisi tuhan.  HB/RLB
















Monday, November 2, 2015

SPM Sijil Paling Muai


Assalamualaikum kepada semua calon SPM 2015.

SPM - Sijil Paling Muai (laku atau laris) baik dalam kerajaan mahupun swasta.

Tanda aras untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau Ijazah.

Penat lelah belajar dari darjah 1 hingga Tingkatan 5 akan diuji.

Menguji kefahamanmu mahupun kaedah guru yang mengajar, adakah ia berkesan?.

Merangsangmu belajar bersungguh-sungguh.

Keputusan cemerlang akan membanggakanmu, ibubapa dan guru.

Apapun janganlah sampai terlalu mementingkan keputusan sehingga membahayakan dirimu.

Ibubapa dan guru jangan memberi takanan kepada anak ini.

Kami doakan supaya semuanya mudah menjawab dan kejayaan mengiringimu. InshaAllah. HB/RLB (Bekas Guru)

Tuesday, June 23, 2015

Didakwa Calon DAP, Ust Ahmad Awang mahu saman



Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi.

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu.

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya. Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


Tuesday, November 11, 2014

Berhati-hati Di Jalanraya : Calon SPM Tersepit Rim Honda EX5



Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal jenis Honda EX5 diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam. 

“Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat,” katanya. Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. -newsredapple

Pengsan 4 jam kaki tersepit rim motosikal 



Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong.

Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong.

KERTEH - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sedarkan diri selama empat jam selepas kakinya nyaris hancur akibat tersepit dalam rim motosikal ketika pulang daripada menduduki peperiksaan itu, petang kelmarin.

Mangsa, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, ketika itu sedang membonceng motosikal ditunggangi rakannya sebelum kain pakaian seragam sekolah dipakainya tiba-tiba terbelit dalam rim motosikal berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Lapangan Terbang Kerteh berhampiran jambatan kereta api ketika mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Kampung Pengkalan Ranggon.

Bagaimanapun, rakannya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Wan Siti Sulyza berkata, dia pengsan selepas kakinya berasa amat sakit kerana dikepit sesuatu. “Saya tak tahu apa jadi ke atas saya waktu itu. Lepas buka mata, saya dah ada di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman.

Kaki mangsa dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh yang memotong rim motosikal berkenaan. Mangsa yang juga anak keenam daripada tujuh beradik kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendapatkan rawatan segera sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, yang juga buruh ladang berkata, selepas menerima panggilan daripada saksi kejadian pada jam 3 petang, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke Hospital Kemaman. “Semasa sampai di hospital, anak saya masih tidak sedarkan diri.

Sekitar jam 6 petang barulah anak mula buka mata dan sedar daripada pengsan. Lepas dapat tahu kakinya cedera parah, dia mula menangis kesakitan. “Saya dimaklumkan doktor, tulang kaki anak saya patah, buku lali lari sebelah dan kulit kaki serta daging bahagian atas kaki terkoyak. Buat sementara waktu ini, doktor memasukkan besi di bahagian tulang kaki yang patah itu," katanya. -SH

Moral : Berhati-hati di jalan raya, ibu bapa elok menghantar dan mengambil anak khususnya waktu peperiksaaan, bagi mereka semangat dan dorongan, ya lah, bukan selalu, masa nak peperiksaan besar seperti SPM sahaja. ambillah cuti jika boleh. Kepada semua calon SPM... Selamat berjuang dan maju jaya daripada Rakyat Sembrong Bangkit (RSB).

Friday, March 7, 2014

Siapa Akan Ganti Anwar Sebagai Calon Kajang?

Calon ganti Anwar, Rafizi enggan komen

SHAH ALAM – Terdapat desas-desus Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini, jika Ketua Pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding berikutan kes mahkamah, tetapi Rafizi pilih untuk tidak memberi apa-apa komen.

"Saya tak nak komen. Saya tak ada komen mengenai desas-desus itu.


"Tunggu lah hari penamaan calon (pada 11 Mac) nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan PKR mempunyai senarai calon yang bakal mengambil tempat sebagai calon di PRK Dun Kajang jika Anwar tidak layak menjadi calon.

Mahkamah rayuan hari ini sabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman penjara dan mengenakan jaminan RM10,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Kajang pada 23 Mac, manakala tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini.

Friday, October 25, 2013

Calon PAS Santun Anak Muda, Ramai Yang Suka Wataknya


Hazayani Zakaria,


JERAI: Sifat lemah-lembut dan senang didekati anak muda menjadi kelebihan buat calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau.

Menurut Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama (Panglima),  Sulaiman Ibrahim, anak muda menyokong penuh pilihan PAS itu dan amat menyenangi sifat positif yang dimiliki Azam.

"Pendekatan Ustaz Azam dengan anak muda amat lembut. Pendekatan yang dibawa manis dipandang dan mudah didekati.

"Saya perhatikan, anak muda senang sesuaikan diri dengan beliau dan ini kelebihan yang beliau miliki yang melayakkan beliau menjadi calon," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, dekat sini hari ini.

Tambah Sulaiman yang juga bekas peserta Raja Lawak itu lagi, Azam sudah dikenali sewaktu era Allahyarham Tan Sri Azizan Razak  lagi.

"Ustaz Azam seorang yang bekerja kuat dan semasa Allahyarham Ustaz Azizan sakit dia banyak gerakkan tenaga untuk bantu kawasan.

"Beliau juga tidak mempunyai musuh dalam kalangan ahli Umno dan tidak timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang Umno," katanya.

Azam, 37, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Razak pada suatu ketika dulu.

Sementara itu, Sulaiman (gambar, kiri) berkata, Panglima sedang bertungkus-lumus membantu pemuda merancang dan mengadakan program khusus untuk anak muda.

"Strategi kami nak jaga orang muda dan mahu kekalkan PAS di Sungai Limau.

"Oleh itu, Panglima memang berkampung sepenuhnya di sini bagi merancang program yang sesuai dan boleh menarik anak muda," katanya.

Tambah beliau, antara program yang akan diadakan ialah Debat Komidi Politik yang akan membincangkan isu serius secara komedi.

Selain itu katanya, semalam pemuda mengadakan program tukar minyak hitam motosikal secara percuma yang mendapat sambutan lebih 50 anak muda di Sungai Limau

Tuesday, August 20, 2013

Tahniah,10 Adun Kelantan angkat sumpah Timbalan Exco


Aslani M | Foto Zamani Mohd Zain, 20 Ogs 2013


KOTA BHARU: Seramai 10 Adun hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri, berperanan membantu anggota-anggota Exco melaksanakan tugas harian.

 Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan pelantikan di hadapan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabat Menteri Besar hari ini. Adun Kadok, Azami Mohd Noor dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.

 Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.

Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan. Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.

Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.

Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat. Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat. Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan. Manakala Wan Nik Wan Yussof pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar.

Hadir sama menyaksikan majlis berkenaan Mohd Amar, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. “Pelantikan Timbalan Exco dapat membantu meringankan tugas-tugas anggota Exco terutamanya mewakili Exco pada program-program tertentu.

“Melalui persefahaman kerja membolehkan anggota-anggota Exco menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang memerlukan penyelesaian segera,” kata Menteri Besar ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Menurutnya Timbalan Exco akan disediakan kemudahan pejabat di Kota Darulnaim atau mana-mana agensi yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Oleh itu beliau berharap tugas-tugas pentadbiran kerajaan berjalan lebih lancar terutamanya bagi menyelesaian masalah rakyat dengan kehadiran timbalan-timbalan Exco.

Dr Mahmoud Ezzat dilantik Mursyidul Am sementara Ikhwan Muslimin

Harakahdaily

MESIR: Jemaah Ikhwan Muslimin hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Dr Mahmoud Ezzat (gambar) dilantik sebagai Mursyidul Am sementara gerakan Islam itu.


Pengumuman itu dibuat selepas pihak keselamatan mengumumkan penahanan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.

Mohammed Badie dilaporkan telah ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah kediaman flat di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah.

Penahanan tersebut turut disahkan Kementerian Dalam Negeri yang memaparkan gambar Mohammed Badie dengan keterangan mengesahkan penahanannya.

Beliau antara pemimpin Ikhwan yang paling dikehendaki pihak tentera Mesir.

Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir melabelkan pemimpin Ikhwan sebagai pengganas.

Bagaimanapun, Mohammed Badie tidak bersenjata atau mempunyai pengawal ketika penahanan dibuat.

Sementara itu, Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Dr Mohammed Badie sebagai balas dendam oleh tentera dan kerajaan sementara.

"Sudah diketahui bahawa semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin Anti-Kudeta dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu dan tanpa bukti yang boleh diterima.

"Apa yang mereka hadapi adalah rekaan tuduhan politik yang dicat dengan warna jenayah," katanya.

Friday, July 19, 2013

Kami dari keluarga yang susah, Che Long telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi

“Che Long tidak berpelajaran tinggi kerana telah berkorban untuk mencari rezeki membiayai keluarga dan adik-adik,” ujar ibu calon PAS PRK Dun Kuala Besut, Minah Abdul Rauf, 64.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru dekat sini beliau memberitahu, sebagai anak sulong Che Long telah banyak berkorban untuk keluarga dan adik-adik untuk mencari rezeki. “Kami dari keluarga yang susah, Che Long telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi.

Sebelum berjaya sekarang, Che Long telah bekerja dari bawah sebagai kuli sahaja. “Bila ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab keluarga, untuk menyara mak dan adik-adik dengan buat pelbagai pekerjaan,” ujarnya.

Sebagai seorang ibu, tidak dinafikan beliau berasa sedih kerana bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Che Long untuk menyara adiknya enam orang lagi ketika itu semuanya masih bersekolah.

Menyentuh tentang kebaikan dan sifat pemurah Che Long, beliau mengakui bukan hanya sekarang sifatnya sedemikian, tetapi sejak kecil lagi. “

"Dia banyak bertolak ansur dengan adik, bila dia remaja dia mencari rezeki sendiri, dia bahagikan pada kami, pendekata dia memang anak yang bertanggungjawab pada anggota keluarga,” ujarnya.

Sambungnya lagi, sifat tersebut telah diteruskan sehingga kini termasuk ketika menjadi calon untuk PRK N.1 Kuala Besut. Ibunya juga telah mendedahkan, sifat dermawannya bukan sekarang, sebaliknya terserlah sejak awal lagi.

Katanya, ketika beliau dilantik menjadi bilal masjid, Azlan tidak mengambil elaun yang diberikan kepadanya dengan alasan untuk membantu mereka yang susah. Menurut Minah lagi, Azlan berkata cukuplah dengan rezeki yang telah diberikan Allah, yang lain bagi kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, sifat pemurah Azlan telah diwarisi dari allahyarham ayahnya yang gemar membantu mereka yang susah. Menyentuh tentang pencalonan anak sulungnya itu, Minah memberitahu Azlan hanya menerima hasrat pimpinan sahaja walaupun pernah diminta untuk berbuat demikian sebelum ini.

"Moga dia laksanakan amanah yang diberikan padanya dengan baik sebagaimana yang dijanjikan,” katanya. ~jkkk fan club

Thursday, July 18, 2013

Calon Pas Simple VS Calon Bn Elit (Bangsawan)


PETALING JAYA: Walaupun hanya berkelulusan SPM, calon PAS Kuala Besut Endot@Azlan Yusof mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan. “Saya berkelusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. 
Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan. “Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat.
“Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika,” katanya. 
Bendahari PAS Besut itu akan menentang calon BN Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman pada 24 Julai ini. 
Dalam pada itu, Che Long menambah, beliau berjanji akan berkhidmat kepada rakyat jika menang pada 24 Julai ini. 
“Saya berjanji kepada parti, jika dipilih, jika menang saya akan berkhidmat kepada rakyat. “Che Long tidak mahu menjadi wakil rakyat yang berdosa,” katanya lagi. ~free malaysia today
 
RSB : Golongan bangsawan seperti Tengku Zaihan ni mungkin kurang memahami cara hidup kampung penduduk Kuala Besut.  Agak sukar nak bergaul mesra kerana bukan itu hakikat  jerit perih dan realitinya kesusahan orang kampung. Bagaimana nak tolong orang biasa kalau dia tak biasa bergaul.

Monday, July 8, 2013

Jangan Paksa Ust AI,

PRK Kuala Besut : Nama Ustaz Azhar Idrus Naik Lagi..

Ada seorang pensyarah sains politik telefon saya, beria-ia minta sampaikan kepada pemimpin PAS peri pentingnya pemilihan calon PRK Kuala Besut, yang dikira berupaya menarik sokongan pengundi atas pagar, malah pengundi BN sendiri sebelum ini.
Katanya, Kuala Besut boleh mengocakkan semula "ketenangan" politik Malaysia selepas lebih dua bulan PRU13. Kalau PAS menang, bukan saja Besut berkocak, tetapi juga Terengganu dan Malaysia secara keseluruhannya. 
"PAS perlukan sokongan baru lebih kurang 1,300 undi dan ia tidak mustahil jika kena calon yang dipilih.
Maaf, saya rasa tokoh-tokoh dalam PAS tak mampu menarik sokongan orang luar itu, kena cari calon yang benar-benar dapat menyebabkan orang atas pagar atau penyokong Umno sendiri, terfikir atau terdorong untuk mengundi PAS," katanya panjang lebar.
Beliau terus menamakan Ustaz Azhar Idrus sebagai calon yang dianggapnya paling sesuai. "PAS harus bersikap pragmatik dan realistik dalam pemilihan calon," ujarnya lagi, sambil menekankan hakikat bahawa Kuala Besut adalah kubu Umno.
Saya cuma terlintas: "Bersediakah Ustaz Azhar?" ~ahmad lutfi othman

Tuesday, June 25, 2013

Dun Kuala Besut Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13



Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.
Beliau yang juga merupakan wakil rakyat UBn yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.
Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.
Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Kepada Jentera harap bersedia, bendera, logistik, masih boleh guna PRU13 punya, hanya strategi dan  calon yang perlu difikirkan sesuai dan boleh menang, Inikalilah menang

Monday, June 24, 2013

Cintailah Isteri Di Depan Mata Sebelum Sibuk Cari Lain Wahai Pejuang

 
Salam ikhwah,
Suburkanlah cintamu terhadap akhawat yg telah menjadi isterimu. Mawaddah wa rahmah tidak dicampakkan kpd mu dan akhawat isterimu itu semata2 kerana pernikahanmu diatur oleh Baitulmuslim jamaah. Kamu perlu berfikir untuk mendapatkannya bukan mengharap ia dtg secara automatik kerana dijodohkan oleh jamaah. Lihatlah penghujung ayat itu didalam surah ar Rom yg kamu pun tahu.

Kalau Allah mengatakan kamu adalah pakaian baginya dan dia adalah pakaian bagimu, maka kamu pasti akan membasuh, menjemur, sterika dan memakai semula pakaian itu agar setiasa rasa segar dan segak. Maka begitulah akhawat yg bernama isterimu. Wajib bagimu ahli jamaah apalagi yg memegang jawatan, sentiasa membaiki hubungan dgn akhawat yg bernama isteri agar setiap perbuatanmu menambah cintanya padamu dan setiap perbuatannya menambah cintamu padanya. Sentiasa memikir dan berindak menyegarkan hubungan sebagaimana kita memakai baju.

Malulah kita kepada Allah yg membiarkan akhawat yg bernama isteri memikul tanggungjawab memegang jawatan tapi sendirian tanpa bekalan cinta untuknya sehingga Allah pula yang memujuknya dgn ungkapan "lilghaibima hafidzaLlah" kerana ketaatan kpd Allah atas amanahnya.

Apakah tindakanmu selepas membaca email ini telah menambahkan cintanya (akhawat yg bernama isterimu) kpd mu? Tanyalah kpd dia .

Ingat, mawaddah wa rahmah tidak dtg bergolek kerana kita suami isteri satu fikrah. Cintailah 
Akhwat di rumahmu sebelum mencintai An Nisa dimedan sana.

Wassalam
Pak Utih

Tuesday, June 4, 2013

Calon Bn Rampas Dan Pangkah Sendiri Kertas Undi Untuk Menang Tipu


Dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.
Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan.
Selama ini pun, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

Bersama-sama ini saya tampilkan satu laporan polis yang jelas menunjukkan bahawa seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.
Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:
1. Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;
2. Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;
3. Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;
4. Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;

5. Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan

6 Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya.
Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi

4 Jun 2013

Saturday, April 13, 2013

JOHOR MAJU DAN BERKEBAJIKAN

Alhamdulillah, semalam 13 April 2013 melakar sejarah baru buat Pakatan Rakyat Johor apabila berjaya melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Manifesto bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" itu dilancarkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor Bahru.


Majlis diserikan dengan kehadiran para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pusat dan negeri Johor. Antaranya ialah Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub;  Pengerusi PKR Johor, Dato' Chua Jui Meng; Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed. Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Antara perkara menarik yang disenaraikan dalam Manifesto Rakyat Johor tersebut adalah berkenaan menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal,  pemberian 10 meter padu air percuma, mengurangkan kadar cukai tanah dan cukai harta, bantuan RM1000 untuk kelahiran anak serta mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Selain itu, selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat, Pakatan Rakyat Johor juga menjanjikan pemberian kontrak secara terbuka, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat dan gaji minimum RM1100.

Dalam majlis tersebut juga diumumkan senarai calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Menarik perhatian apabila PAS mengumumkan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, saudara Hu Pang Chau sebagai calon di parlimen Ayer Hitam (P148) dalam PRU-13 akan datang. Seorang lagi calon bukan Islam ialah saudari Kumutha a/p Raman di DUN Tiram (N40). 

Selain itu, PAS juga mengumumkan empat orang calon wanita bagi merebut kerusi diperingkat DUN. Antaranya ialah calon termuda saudari Anis Afida Mohd Azli, aktivis NGO Pengerang yang berumur 24 tahun di DUN Penawar (N38)

Selain Ayer Hitam, antara kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh calon PAS adalah Pagoh (P143), Parit Sulong (P147), Kota Tinggi (P156), Pulai (P161) dan Simpang Renggam (P151).


Berikut adalah senarai penuh calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS:

PARLIMEN

    Pagoh             : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
    Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim
    Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw
    Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
    Mersing           : Roslan Nikmat
    Tenggara         : Muhamad Said Jonit
    Kota Tinggi      : Onn Jaafar
    Pulai                : Salahuddin Ayub
    

DEWAN UNDANGAN NEGERI   

    Buloh Kasap    : Firdaus Masod
    Pemanis          : Normala Sudirman
    Tenang            : Mohd Zin Johar
    Jorak               : Norhayati Bachok
    Gambir            : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
    Serom             : Azmi Ahmad
    Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
    Maharani         : Dr Mohammad Taslim
    Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
    Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
    Semarang       : Ilyas Abu Bakar
    Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
    Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
    Senggarang : Dr Mohd Ramli Md Kari
    Rengit          : Ahmad Kailani Kosnin
    Machap        : Mohd Khalid Salekan
    Mahkota      : Khairul Faizi Ahmad Kamil
    Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
    Pasir Raja    : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
    Johor Lama  : Kamaldin Tahir
    Penawar      : Anis Afida Mohd Azli
    Tiram            : Kumutha a/p Raman
    Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
    Permas          : Syed Othman Abdullah
    Kempas         : Suhaizan Kaiat
    Nusajaya       : Salahuddin Ayub
    Bukit Permai  : Mazlan Aliman
    Benut            : Raden Sorobo Ponoh
    Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
    Kukup               : Ghazaley Ayiub






AYUH!! BANGKITLAH RAKYAT JOHOR!!!

* Gambar-gambar ihsan Nusajayakini
(SB004)