Trafik

Showing posts with label transport. Show all posts
Showing posts with label transport. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Lensa pilihan kami dalam BERSIH4

Abang ZAS yang berani
Sanggup letak jawatan pensyarah U terkenal di selatan tanahahir untuk bersama kebangkitan rakyat
 Sdr Onn Abu Bakar KC Keadilan Putrajaya
 UAI ambil kesempatan atau BERSIH yang bertuah...
 Solat di mana-mana bila masjid sudah tak mesra atau sengaja ditutup
 Solat tiang agama
 YB Dr Hatta Ramli
 YB Dato Dr. Mujahid Rawa
 Orang Muor tidak ketinggalan
 Kami pastikan kebersihan KL terjaga
 Plastik sampah untuk ambil alih sementara kerja DBKL
 Dapat minum sangat membahagiakan, gerai makanan paling laris
 Kak Wan bersama baju kuning

 Tulisan Jawi dari Johor antara slogan plastik rentang yang terbaik
 kempen Bebas Anwar
 Tidur di tepi lori tidak menjadi hal kepada pejuang yang bernama Abang Mat
 Melayu, Cina dam India bersama... yang belakang tu macam bersantai di tepi pantai
 Nak tidur pun kena susun, jangan melintang kerana nanti makan ruang...
 Penyanyi Aisyah memang cerdik sejak dari zaman persekolahan
 Ulama bersama Bersih4 bukan menakut-nakutkan rakyat
Natijah kejayaan dan kebaikan dari bersih 1 hingga 3, maka bersih4  menyaksikan  tiada tangkapan dibuat oleh PDRM keranan sudah diwartakan Akta Perhimpunan Aman dan diluluskan Parlimen.
 KC Simpang Renggam bersama Aktivis Tukar Tiub
 Ybhg DS Muhamad Taib bekas MB Selangor ikut serta...
 Ustaz Azam bersama Beetle kuning
 Pemangku KC Sembrong Sdr Yusof Ahmad dalam bas
 Motosikal bernombor plate pelik menjadi hangat
 Air wuduk botol mineral
 Paip wuduk manual
Bangsa Johor ramai baju kuning mahu protes Najib

Tuesday, August 18, 2015

Foto Mengalu-alukan Kembara Mahkota Johor 2015

Keadilan mengalu-alukan sempena keberangkatan As Sultan dalam Kembara Mahkota Johor ke daerah Kluang. Lokasi strategik di Paloh, Batu 4 Jalan Mersing dan Pekan Kahang. Terima kasih kepada aktivis parti Sdr Jaafar, En Aru Kanda dan En Liaw.  ‪#‎demirakyatjohor‬





















Tuesday, March 17, 2015

Kemalangan Maut Terlanggar Lori Sampah



Kami ucapkan takziah kepada keluarga mangsa, semoga rohnya diampunkan dan dicucuri Rahmat... ‎

TAMAN SRI LAMBAK (T6) Kluang : Warga T6 dikejutkan dengan kemalangan ngeri sehingga membawa maut di simpang masuk T6 di mana seorang penunggang motosikal bernama Pakcik Ibrahim yang telah terlibat dalam kemalangan kerana melanggar belakang sebuah lori sampah yang berhenti rosak di tepi jalan tanpa tanda isyarat mengakibatkan beliau maut.

Berita yang mengejutkan juga kepada pemilik Gerai Makanan Botak di T6 juga telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi akibat terjatuh di dalam bilik dipercayai akibat serangan jantung. Moga kedua-dua roh jenazah ini diampunkan Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Ameen


Thursday, January 15, 2015

Kerosakan disebabkan oleh tangan-tangan manusia

30:41

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali."

Surah Ar-Rum 41

Saya terbaca status komen dalam FB golongan tidak percaya tuhan (aties) yang menyalahkan tuhan dengan mengatakan buat apa hidup beragama jika Kelantan yang diperintah oleh Pas dan mahu melaksanakan hudud pun kena bala bencana banjir besar....

Astaghfirullah... saya memetik ayat di atas sebagai bukti bahawa segala bala bencana yang datang ini janganlah kita menyalahkan Allah. Nauzubillah. Semak dulu sekeliling semuanya berlaku sebab manusia yang cuai sama ada ianya perbuatan kita atau juga perbuatan musuh-musuh asbab mengapa berlaku bencana bah lumpur sebegini.

Bukan sahaja di Serambi Mekah, malahan bajir besar juga melanda Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Wallahuaalam. Lebih baik kita kumpul duit, luangkan masa dan tenaga sedaya upaya membantu mangsa banjir. Terimakasih kepada NGO yang sangat memBantu dan pantas bertindak tanpa menonjolkan diri serta bergerak aktif dengan ikhlas beramal kerana Allah. Nak harapkan duit bantuan Kerajaan Pusat jawabnya belum tentu... sehelai baju sekolah pada tarikh post ini ditulis pun masih belum diterima...

Kg Sat Tanah Merah 9 Januari 2015 Jumaat

 Cuci Asrama Puteri Kolej Vokey Tanah Merah



 Kanak-kanak menunggu tepi jalan meminta makanan bimbang petugas tidak masuk jauh ke dalam kampung mereka
Sedih, ada juga yang datang dengan menaiki 4x4 hanya sekadar pelancong VIP
 Transit di Machang untuk masak nasi kambing 
 Wira sebenar tidak didendang
 Sesi membungkus bahan makanan dan barang keperluan dapur, pakaian elok, sejadah dan telekung untuk diedarkan

 Musnah samasekali
Keadaan terlampau hiba sehingga menitis air mata kami

Sebuah bas dan sebuah lori 3 tan
Kg Sat dan Kg Cina Tanah Merah