Trafik

Saturday, July 5, 2014

Pendatang Bolos, Bot Karam kemudian Selamat dan Akhirnya Lolos... macam kartun



Klang: Seramai 18 daripada 20 mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di muara Sungai Langat, Banting, dipercayai sudah melarikan diri ke lokasi yang belum dikenal pasti. Bagaimanapun, status dua daripada keseluruhan mangsa yang masih hilang itu juga masih belum dapat dikenal pasti sama ada lemas atau turut melarikan diri.

 Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, maklumat itu diterima daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menjejaki mereka. “Kami turut menjalankan siasatan terperinci mengenainya bagi memastikan mereka adalah mangsa yang terbabit dalam tragedi bot karam, baru-baru ini.

 “Kami akan memantau pergerakan mereka dari masa ke semasa bagi mengumpul maklumat yang tepat berkenaan punca tragedi serta jumlah sebenar penumpang yang terbabit dalam tragedi itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.- Metro

Nota : Betapa mudahnya negara kita tembus oleh pendatang tanpa izin (PATI), suka-suka masuk kemudian suka-suka keluar tanpa halangan. Mereka yang nak cari rezeki halal saya sokong jika datang dengan dokumen yang lengkap. Adik ipar saya juga warga seberang yang mengajar di Sekolah Al-Amin.

Kena ketatkan sikit sempadan laut, darat dan udara, kita ada askar, polis, pertahanan awam, imigresen, kastam dan pelbagi agensi yang cukup lengkap kemudahan mohon pantau.

Jadual pergerakan PATI ini mudah sifirnya, biasa mereka mesti akan balik kampung menjelang Ramadan dan Syawal, puasa dan raya di sana, cuti di kampung sampai Raya Haji, lepas Aidiladha dan puas bercuti selama 4 bulan mereka akan datang semula ke sini untuk bekerja . Bekerja siang malam tak kira penat selama 8 bulan cari rezeki dan cuti semula 4 bulan balik kampung...

Negara maju pun cuti biasa 2 bulan sahaja menjelang bulan Disember dan Januari. Fikirlah betapa bahagianya mereka, apakah wujud elemen rasuah memudahkan mereka lepas? kita pula kerja 365 hari bagai nak mati cari rezeki tapi tak senang-senang sebab barang naik harga dan cukai GST akan datang...


No comments:

Post a Comment