Trafik

Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Keadilan jadikan JDT saff hadapan menuju kemenangan

Parti Keadilan Rakyat menjadikan negeri Johor Darul Takzim sebagai saf hadapan menuju kemenangan PRU akan datang. Perkara itu dijelaskan dalam taklimat Jabatan Pilihanraya Pusat baru-baru ini di Kulai. Johor.

Untuk memastikan gelombang rakyat berupaya merehatkan PM Najib Rosmah buat selama-lamanya dalam persada politik tanahair dan dapat membebaskan serta menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM baru, maka usaha keras mesti dilakukan sekarang.

Jangan berlengah, ayuh segera merekrut petugas dan cepat-cepat mendaftar pemilih baru. Awas, jika perkara kecil ini tidak dilaksanakan sekarang, kita pula sibuk melayan helah musuh yang melaga-lagakan sesama parti dalam pakatan sehingga kita hilang fokus, maka PRU akan datang bukan sahaja kita belum menang malahan kita tidak punya kuasa untuk melepaskan DSAI dari penjara entah sampai bila apatah lagi masih ada lagi 12 lagi kes pertuduhan di mahkamah.

Kami mengambil kesempatan menjual kupon dana makan malam Keadilan Sembrong dengan kerjasama MPN Johor berharga RM50 seorang atau RM500 satu meja yang akan diadakan pada 8 Januari 2015. Sebanyak 45 meja dihidangkan masakan Tionghua dan 30 meja masakan melayu seperti Baryani Kambing dan lain-lain lagi menu istimewa.

Tetamu dan penceramah pada malam tersebut semuanya hebat-hebat belaka dari pimpinan Pakatan Harapan seperti Kak Wan, LKS, Abang Mat Sabu, Dato Saifudin Abdullah, TS Muhammad Taib bekas MB Selangor dan lain-lain lagi. Tolong dan bantu kami, moga sumbangan anda mendapat ganjaran yang besar di sisi tuhan.  HB/RLB
















Sunday, October 25, 2015

Harapan Baru Rakyat Malaysia Bermula Di Johor

Selatan Tanahair telah dijadikan lokasi pertama pelancaran Harapan Baru Rakyat Malaysia, Pakatan Harapan (PH), Kempen Bebas Rakyat dan Kempen Bebas Anwar.

Kononnya Tiang Seri  dan lahirnya UmnoBn adalah di Johor maka apabila keputusan PRU13 diumumkan, Parlimen Batu Pahat sudah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, maka mitos bahawa UmnoBn sahaja yang boleh memerintah adalah meleset sama sekali.

Malah dianggap khurafat apabila mempercayai hanya mereka sahajalah yang layak memerintah di bumi Johor ini.

Ia seperti khayalan orang Melayu dahulu yang berkata tidak mungkin Inggeris yang hebat boleh kalah kepada tentera Nipon yang bertubuh kecil dan berhidung pesek.

Akhirnya Leftenan Jenderal Percival dan Angkatan Inggeris yang dibantu dengan Batalion Australia, Divisyen India dan Tentera Ghurkha Nepal lari lintang pukang ke Singapura pada tahun 1942 tidak sanggup menyekat kemaraan tentera Jepun yang dipimpin oleh Jenderal Yamashita yang berpengkalan di Kluang.

Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada masa itu sangat murka dan kesal kerana pihak Inggeris lepas tangan membiarkan Johor ditawan dan tidak mahu menjaga keselamatan Johor termasuk bertindak memindahkan kakitangan hospital seperti doktor-doktor  British ke Temasik. Itulah catatan sejarahnya.

Melalui Pakatan Harapan terdiri dari Keadilan, Roket dan Amanah yang mengambil alih peranan Parti Islam sebelum ini maka dihajatkan kita boleh merehatkan UmnoBn selama-lamanya yang sudah tenat dengan berbagai krisis kepimpinan.

Baru-baru ini Program Ceramah Jelajah PH telah diadakan di Kulai pada 9 Oktober 2015 menampilkan penceramah katagori top gun dari ketiga-tiga parti.

Ia juga dianggap satu kayu ukur kepada Parti Amanah yang baru ditubuhkan dan diluluskan ROS, apakah boleh berjaya menarik golongan Melayu Islam menerima parti yang baru itu menggantikan abangnya dari parti bulan?

Melalui kehadiran ceramah, penganalisis telah mengira lebih-kurang 40% yang datang dari kalangan bangsa Melayu Islam.

Alhamdulillah, ia sudah dianggap pemulaan yang baik dan laluan kejayaan yang diidamkan akan lebih mudah InshaAllah di mana statistik sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat pada PRU lepas pun sekadar 20%. tahniah diucapkan.

Demi Rakyat Johor sudah boleh sama-sama guna slogan Luaskan Kuasamu. Ada berani?



















Sunday, October 18, 2015

Kempen Bebas Anwar di Tokong apa ada hal

Warna darah kami tetap sama iaitu merah, tiada batas perbezaan kaum dan warna kulit walaupun yang dibela dan yang minta dibebaskan adalah seorang Melayu Islam yang berkulit sawo matang.

Ucapan sekalung tahniah kerana Kaum Tionghua yang berlainan agama dan ras tetapi amat terkehadapan dalam melaksanakan kempen #bebasanwar.

Kempen ini telah dijalankan di majlis makan malam anjuran Dap Kluang di Dewan Tokong Cher Luan Kor yang terkenal dengan taman berlampu hiasan yang bergemerlapan ala I-City Shah Alam.

Alhamdulillah, kerja kami mudah bila mendapat kerjasama dari pihak penganjur dan mendapat sambutan daripada orang ramai.

Terima kasih kepada petugas kempen Keadilan Sembrong diketuai Komrad Koo, Sdr Liaw, Sdr Jaafar, Sdr Fazli dan Ketua Cabang Sdr Yusof Ahmad.

Kempen ini termasuk dalam ajaran Islam iaitu menuntut keadilan dan mempertahankan hak orang yang dizalimi.

Amat malu dan malang jika sesama muslim tidak ambil pusing hal ini. Lebih menyedihkan lagi yang menjatuhkan hukuman ala Barbarian ini juga adalah di kalangan sesama Melayu Islam berpunca dari sifat busuk hati dan tidak mahu ada orang yang lebih bagus daripada dia, itu sahaja. HB/RLB





Sunday, October 11, 2015

Mesyuarat Cabang Sembrong kali pertama selepas MATC

Alhamdulillah, Mesyuarat Cabang Sembrong Kali Pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) telah berjaya diadakan pada 6 Oktober 2015 Isnin 9.00 malam di Bilil Gerakan Utama (BGU) Keadilan Sembrong, Taman Seri Impian, Kluang.

Dalam mesyuarat itu beberapa keputusan penting telah berjaya dicapai iaitu menghantar nama-nama perwakilan ke Kongres Keadilan, Ceramah di Dun Paloh, Parlimen Sembrong, Projek Tayangan Filem UAI, Sumbangan Deepavali dan Makan Malam berkupon pada Januari 2016.

Terima kasih kepada semua yang bekerjasama, tanpa bantuan dan sokongan mereka agak mustahil beberapa program besar ini dapat dilaksanakan. Setiap hujung minggu kami tidak akan lepaskan peluang untuk melaksanakan berbagai program bersama-sama.

Kadangkala kami bincang secara adhoc sahaja seperti kempen kumpul tandatangan bebas Anwar di mana-mana ada lokasi ceramah atau majlis makan malam.

Untuk mendapatkan tenaga kerja tambahan kadangkala kami jemput sekali hadir mesyuarat dan gerakerja rakan-rakan dari Keadilan Kluang, Sdr Jebat dari Batu Pahat, Simpang Renggam dan Ayahamda Pak Karim Amanah Kluang. Untuk melepaskan lelah setelah bermesyuarat, kami sambung sembang minum kopi di Restoren Jamilah TSI. Selamat berbakti. Terima kasih. HB


Saturday, October 3, 2015

Kempen #bebasanwar di Paloh mendapat sambutan

Alhamdulillah, petugas kempen terus bekerja keras mengutip tandatangan #bebasanwar di Pekan Paloh Parlimen Sembrong. Sambutan yang diterima amat menggalakkan memudahkan kerja petugas kami. Tahniah kepada Sdr Jaafar, Sdr Aru, Sdr Liaw dan Sdr Izan. Moga usaha ini diberkati tuhan.





Saudagar senja. Tong aluminium masih mendapat pasaran penduduk Paloh walaupun sekarang sudah berada di zaman plastik, kelihatan warga emas melakukan kerja tersebut di mana anak muda tidak mahu menyambung tradisi perniagaan mereka.