Trafik

Thursday, April 23, 2015

Program Hi Tea Ranting Mahkota dan Cabang Sembrong

Kluang : Pada 17 April 2015 telah berlangsung program minum petang bersama YB Tian Chua MP Batu dan YB Manivannan MP Kapar, turut hadir sebagai tetamu ialah Sdr Khuzzan SU MPN Keadilan Johor. 

Alhamdulillah, walaupun saya hadir agak lewat kerana meluangkan masa menziarahi makcik yang sakit di Skudai dan terpaksa membawa kenderaan dengan perlahan-lahan kerana bahaya di sepanjang perjalanan di lebuhraya, hujan turun mencurah-curah. 

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Kedudukan Bilik Gerakan Utama Keadilan Sembrong adalah berada di Dun Mahkota, Kluang, maka elok bekerjasama mengadakan prograam sebegini. Dalam masa yang sama dapat melatih aktivis ranting dalam menganjurkan program berimpak tinggi. 





















Wednesday, April 1, 2015

Menyampaikan Sumbangan kepada Adik Maisara yang menderita

Kluang : Telah menyampaikan sumbangan hasil dari derma di program makan malam Keadilan Sembrong kepada Adik Olivia Nur Maisara Binti Naqiu Fitri berumur 1 tahun 5 bulan yang mengalami sakit tumbesaran kepala yang luar biasa di alamat No -9 Jln Kiaramas 13, Tmn Kiaramas 86000, Kluang.  ‪#‎KeadilanPerihatian‬















Galeri Foto Makan Malam Keadilan Sembrong

Kluang : Pada 28 Mac 2015 berlangsung Makan Malam Solidariti untuk DS Anwar Ibrahim. Ia amat meriah, Dewan Restoren Cincin Jalan Mersing Kluang penuh dengan tetamu berbagai bangsa, agama dan warna kulit. Tahniah.













































Majlis makan malam Keadilan Sembrong berjaya...

Kluang : Majlis makan malam Keadilan Sembrong  pada 28 Mac 2015 di Restoren CinCin Kluang telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Alhamdulillah. Terima kasih semua penyumbang dan aktivis yag bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Tahniah kepada 5 orang aktivis Solidariti untuk DS Anwar Ibrahim yang sanggup membotakkan kepala tanda protes. Jimat duit gunting rambut 3 bulan dan duit shampoo rambut sempena GST.