Trafik
Tuesday, August 5, 2014
Tiada laluan alternatif dari Perangkap Tol CIQ
Johor Bahru : Kerajaan tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kenaikan kadar tol kalau kerajaan sendiri tidak menyediakan perjalanan alternatif untuk pergerakan mereka. Kenaikan kadar tol di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kurantin (CIQ) setinggi 480 peratus amat tidak masuk akal.
Dasar ini akan menggalakkan lebih ramai orang memilih untuk bermotosikal. Maka akan lebih ramai yang akan terkorban dalam kemalangan jalan raya. Ini kerana kadar kematian di kalangan penunggang motosikal adalah sekali ganda lebih tinggi daripada kenderaan lain.
Untuk mengelakkan akibat yang tidak diingini ini, maka kerajaan BN sepatutnya mengambil berat terhadap cadangan berikut. Pertamanya, kerajaan BN mesti menyelidik semula pelaksanan sistem Komuter KTM di wilayah Iskandar atau “Greater Johor Bahru” dengan landasan keretapi sedia ada.
Landasan keretapi sedia ada dalam zon selatan Johor sepanjang kira-kira 102 kilometer manakala hanya lima stesen keretapi dibuka. Lima stesen itu adalah Kulai, Kempas, JB Sentral, Pasir Gudang (kargo) dan Tanjung Kupang (kargo).
penduduk berkepadatan tinggi
Landasan keretapi sedia ada ini sebenarnya menyambung beberapa kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi seperti Masai, Johor Jaya, Nusa Bestari, Skudai dan Bukit Indah.
Kerajaan persekutuan sepatutnya memulihkan kegunaan pengangkutan awam di wilayah Iskandar, dengan kemudahan lama yang diabaikan.
Kedua, kedua-dua kerajaan seharusnya menambah baik sambungan khidmat pengangkutan awam dari rumah ke tempat kerja.
Sebahagian besar warga Malaysia bekerja di Singapura dengan bermotosikal kerana transit pengangkutan awam mengambil masa yang terlalu panjang untuk mereka pergi atau balik dari tempat kerja.
kadar kemalangan
Perkhidmatan bas langsung ke beberapa zon perindustrian yang terletak dari pusat bandaraya perlu dilancarkan bagi mengurangkan kadar kematian dalam kemalangan jalan raya. Ketiga, Saya setuju dengan cadangan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar agar Tambak Johor dibuka kepada pejalan kaki.
Maka, kerajaan BN dan Singapura seharusnya mengkaji pembinaan 'walkalator' bagi membantu pejalan kaki yang mengguna Tambak Johor sepanjang 1.7 kilometer itu.
Menurut satu laporan penyelidik yang telah saya baca, hampir 50 peratus keluarga di Johor mempunyai saudara-mara yang bekerja di Singapura.
Walaupun saya tidak boleh mendedahkan laporan tersebut, maka saya mencadangkan bahawa kerajaan negeri membuat satu kajian menyeluruhi agar memahami betapa besar kesan kepada rakyat sendiri selepas kadar tol dinaikkan.
WONG SHU QI
Pengarah Polisi DAP Johor yang juga ADUN Senai.
Nota : Tiada jalan atau laluan lain untuk ke Singapura melalui Tambak Johor. Pengguna guna laluan ber tol (berbayar) dan masuk lebuhraya untuk mengelak kesesakan, tetapi sebaliknya ia tidak berbaloi, pengguna dibebankan dengan laluan yang sesak, tidak lancar dan lembab. Sepatutnya pemegang konsesi kroni kapitalis MRCB dan Plus wajib beri diskaun.
hancing
Bukan sahaja di laluan CIQ pergi balik tetapi juga di semua lebuhraya yang mengalami kesesakan pada setiap hari tertentu khususnya pada musim perayaan. Sudahlah pengguna jalan stress sebab trafik mecet total, hentian rehat & rawat (R&R) yang sesak, tiada parkir, parkir terlalu jauh merbahaya sebab banyak kes pecah kereta, tandas penuh, berbau hancing sebab tidak sempat dibersihkan pekerja, tidak cukup bekalan air, makanan kehabisan, sudah dapat makanan tempat duduk pula penuh... satu sen pun tak ada diskaun, adakah nilai tol yang anda bayar itu berbaloi?
Sila baca Protes Tol EDL di CIQ
Sila kaji Beza Tol CIQ dengan VEP
Labels:
Barang Naik,
bohong,
Kemelesetan Ekonomi,
rasuah,
Royalti,
zalim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment