Trafik

Sunday, February 9, 2014

Tibai-menibai antara penyokong meyedihkan sultan


Pukul balas pukul, ugut balas ugut, hukum FAM biar setimpal. Apabila insiden berlaku di tempat sendiri, apa pula pendirian kita.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah FAM memandang serius perkara itu yang boleh merosakkan industri bola sepak negara dan mahu ia dihentikan segera demi kebaikan sukan berkenaan.

"Saya bimbang  trend bergaduh ini boleh merugikan kita. Kita hendak fokus kepada sukan bola sepak dan tentukan kualiti serta mutu bola sepak dapat  ditingkatkan selain  kualiti pengadilan, begitu juga kualiti keselamatan dan kualiti stadium.

"Kalau hendak cari pasal memang senang, tetapi ia tidak akan menjadi gambaran positif. Saya berharap hentikanlah, kalau tidak, kita akan buat tindakan drastik," kata baginda semasa mengulas insiden kekecohan melibatkan penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super di Kuantan pada Jumaat lepas.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Enduro Challenge 2014 di Taman Tasik Burung Mandi, Kamahang Hilir, Benta dekat Kuala Lipis, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk  Mohd Soffi Abdul Razak.

Tengku Abdullah juga berharap  perkara seumpama itu dapat ditangani bersama demi kebaikan semua pihak khususnya peminat bola sepak negara.

"Ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan penonton yang tidak bersalah. Peminat sudah tunjuk minat dan ada yang bawa keluarga serta anak-anak, jadi saya harap janganlah kita buat benda yang tiada kaitan dengan bola sepak," titah baginda.

Tengku Abdullah turut menggesa semua pihak supaya menerima baik sebarang keputusan pertandingan sama ada kalah atau menang.

- Bernama

No comments:

Post a Comment