
Akibat rasa tertipu dengan pentadbiran Najib dan layanan Umno terhadap kaum India, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.
Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.
Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.
"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."
PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013. MK
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment