Trafik

Sunday, October 20, 2013

Sudah agak, Umno akan jadi parti kabilah suku sakat

Ia akan berada dalam lingkungan kabilah tertentu sahaja yang akan menguasai kekayaan hasil negara.

Bagaimana dengan nasib anak Pak Yasin orang Pagoh, Johor, sampai rambut penuh ditumbuhi uban, tidak akan dapat merasa memegang tampuk kerusi PM.

Begitu juga nasib anak Pak Hamidi yang garang belum tentu dapat mengalahkan yang lembik dari  Sembrong Johor.

Juga nasib orang asal kepulauana Borneo, Shafiee Abdal yang dimenangkan bukan kerana ada hubungan kerabat tetapi kerana sekadar mengambil hati kerana orang Sabah dan Sarawak telah menyebabkan Umno kekal berkuasa sehingga hari ini.

Ingat, masa Tun M berjaya menjadi PM, walaupun beliau tiada susur galur saudara mara macam Najib tetapi beliau ada apa yang dipanggil kroni dari kalangan taikun gergasi perniagaan kaum cina dan india yang masih kukuh sehingga sekarang...

Tolak Kroni, Tolak Nepotisme, Tolak Rasuah... sila baca ramalan penulis ini.

Hishamuddin Bakal Jadi PM Selepas Najib.. Ini Buktinya

Seperti mana diramalkan, Pasukan Trio dapat mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno semalam dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat 186 undi, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal mendapat 175 undi dan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 101 undi.

Manakala yang kalah ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang mendapat 91 undi, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mendapat 8 undi dan Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam mendapat 7 undi. Bagi tiga tahun akan datang, ketiga-tiga pemenang Naib Presiden ini adalah bakal Timbalan Perdana Menteri jika apa-apa berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang jelas kepada kita, jika apa-apa berlaku kepada Muhyiddin, Najib kena lantik Timbalan Perdana Menteri yang baru sama ada Zahid atau Shafie atau Hishamuddin. Sudah pasti Najib akan lantik sepupunya, Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru seperti mana Tun Razak memilih birasnya, Tun Hussein Onn pada tahun 1973 selepas kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman walaupun dua orang lagi Naib Presiden Umno, Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba mendapat undi yang lebih tinggi dari undi Hussein Onn.

Walaupun undi Zahid dan Shafie meninggalkan jauh Hishamuddin (85 undi dan 74 undi) tetapi ia tidak menjamin Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru kerana Najib ada tiga calon untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

 Justru itu kemenangan semula Hishamuddin mengesahkan bahawa beliaulah bakal Perdana Menteri selepas Najib. Kenapa undi Hishammuddin jauh ditinggalkan dua ahli Pasukan Trio? 74 undi memanglah undi yang besar ditinggalkan Shafie. Sepatutnya mereka mendapat undi yang sama banyak kerana mereka dikatakan berkempen secara berpasukan.

Kenapa terjadi begini? Adakah Hishamuddin kena main dengan Zahid dan Shafie? Di Johor, negeri Hishamuddin, Pasukan Trio hampir menyapu bersih tetapi di Perak, Zahid tidak dapat memberi Pasukan Trio keputusan seperti di Johor.

Begitu juga Shafie gagal memberi Pasukan Trio menyapu bersih di Sabah. Hishamuddin nyaris kalah 10 undi kepada Mukhriz yang bergerak secara solo. Tetapi dari segi undi popular, Mukhriz mengatasi undi popular Hishamuddin.

Jika satu undi dikira secara undi popular, pemenang ketiga Naib Presiden ialah Mukhriz. Menyelamatkan Akan tetapi sistem “electoral college” menyelamatkan Hishamuddin. Dummy dalam pemilihan Umno

Soal Hishamuddin kena main dengan dua ahli Pasukan Trio tidak timbul kerana perwakilan kurang puas hati dengan prestasinya yag dikatakan sebagai menteri yang lembik. Sebab itulah undinya jauh ditinggalkan Zahid dan Shafie. Shafie menang besar kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak jadi bertanding Naib Presiden Umno.

Jika Musa masuk, sudah tentu Mukhriz menang. Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad sehari sebelum mengundi, Mukhriz sukar menang kerana beliau tidak direstui presiden parti. Dr Mahathir menang Naib Presiden Umno pada tahun 1975 kerana direstui Tun Razak yang menjadi Presiden Umno ketika itu. Bagaimana Najib mahu merestui Mukhriz kerana beliau bimbang jika beliau merestui Mukhriz, sepupunya Hishamuddin akan kalah.

Seperti dakwaan ramai orang di malam akhir banyak chai yang dihantar ke bahagian-bahagian kononnya direstui oleh pihak atas yang mahu Pasukan Trio dikekalkan. Buktinya, Umno Bahagian Pekan yang diketuai Najib mengundi Zahid-Shafie-Hishamudddin.

Begitu juga Bahagian Pagoh yang diketuai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin dan Bahagian Putrajaya yang diketuai Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Mukhriz bergerak secara solo dan mampu mendapat 91 undi merupakan satu kemenangan moral walaupun kalah.

Perwakilan Umno belum dapat membuat transformasi sepenuhnya. Jika Mukhriz menang semalam, beliau mencatat sejarah kerana dipilih Naib Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih dahulu.

Nampaknya Umno tidak menerima proses ini. Seseorang itu perlu jadi ahli majlis tertinggi terlebih dahulu baru dipilih menjadi Naib Presiden Umno. Mukhriz ada harapan untuk menang tiga tahun lagi kerana dia sudah ada 91 undi.

Beliau perlu bergerak menawan undi dari lain-lain bahagian di Johor dan Pahang yang banyak tidak memenangkan Mukhriz. Pada tahun 2016, Mukhriz akan berhadapan dengan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Naib Presiden Umno kerana ketika itu Khairy akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda.

Mukhriz terbukti mengikut jejak langkah Dr Mahathir yang tewas dalam pertandingan Naib Presiden Umno buat kali pertama pada tahun 1972. Dr Mahathir menang dalam percubaan keduanya pada tahun 1975.

Barangkali percubaan kedua Mukhriz pada tahun 2016 akan membuahkan hasil. Salah satu faktor kekalahan Mukhriz adalah kerana beliau tidak dapat sokongan dari Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mahu mengekalkan Pasukan Trio sebagai Naib Presiden Umno.

Oleh itu Mukhriz puas hati kalah kerana beliau bergerak secara solo dan bukannya berpasukan. ~fmt

No comments:

Post a Comment