Tidak menyesalkah rakyat sokong BN yang RASUAH
Mungkin mereka boleh ‘pejam mata’ dengan penyelewengan,
pembaziran, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku itu kerana
menganggap wang dan harta bernilai jutaan dan berbilion ringgit itu
milik kerajaan, bukannya milik mereka.
Sebab itu mereka tidak kisah atau ambil peduli berapa juta
atau berapa bilion wang yang diseleweng dan dibazirkan sedangkan
hakikatnya wang itu adalah milik rakyat yang membayar pelbagai cukai
yang dikenakan kerajaan ke atas mereka.
Berlainan jadinya jika rakyat sedar bahawa wang dibazirkan,
diseleweng dan dibelanjakan secara begitu boros oleh kerajaan itu
adalah wang mereka, termasuk gaji yang dibayar kepada pemimpin politik
dan kakitangan kerajaan.
Tidak tahulah macam mana rakyat masih boleh berdiam diri
apabila dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan
wang rakyat berjuta ringgit untuk mengadakan majlis rumah terbuka
Aidilfitri setiap tahun.
Kenapa Najib dan Rosmah yang berpendapatan begitu tinggi
dan kaya masih menggunakan wang rakyat, bukannya wang sendiri untuk
mengadakan majlis rumah terbuka yang dikatakan dihadiri beratus ribu
tetamu.
Ini tidak termasuk penyelewengan lain yang dilakukan
kementerian, jabatan kerajaan sepertimana yang didedahkan menerusi
Laporan Ketua Audit Negara, termasuk kecuaian Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang menyebabkan kehilangan senjata api membabitkan kos RM1.33
juta, yang juga dibeli dengan wang rakyat.
Sampai bila rakyat akan beri kepercayaan kepada BN memerintah
Tidak
tahu sampai bila rakyat akan sedar dan terus mengundi dan memberi
mandat kepada BN yang dibarisi pemimpin yang tidak amanah, jujur dan
yang mementingkan kekayaan kroni apabila dengan boros membelanjakan wang
rakyat.
Atau rakyat mahu tunggu dan lihat negara ini bankrap dulu
baru mereka mahu bertindak kerana sekarang ini mereka ‘dibuai’ dengan
harapan dan janji akan diberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
sebanyak RM1,200 sebulan sebagaimana manifesto Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) lalu.
Mereka (rakyat) masih boleh mengalah tidak membantah walaupun harga
petroleum dan barangan pengguna lain kini naik mendadak.
Permasalahan juga tidak dapat dinafikan yang rasuah,
pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat
bawah sehingga atas. Jadi sekarang rakyat bukan hanya perlu bimbang
terhadap ahli politik yang korup malah penjawat awam daripada atas
hingga ke bawah juga turut terbabit sama.
Penyelewengan penbelian aset berlaku dalam jabatan kerajaan
Agak terkejut juga apabila dilaporkan Radio Televisyen
Malaysia (RTM) membelanjakan sehingga RM3,810 untuk membeli satu jam
dinding yang harga sebenarnya hanya RM100. Rangkaian televisyen milik
kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama menjadikan harga
keseluruhan adalah RM76,200.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga mendedahkan bahawa
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 309 barangan didapati hilang
dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan. Barangan yang hilang itu
direkodkan bagi tempoh 2010 hingga 2012, membabitkan kerugian berjumlah
RM1.33 juta.
Laporan menyatakan kehilangan gari mencatat kes paling
tinggi iaitu sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis
(29).
Bagaimanapun, jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar amal dikesali yang cuba ‘lepas tangan’ apabila mendakwa
kehilangan itu tidak berlaku di bawah pengawasannya kerana beliau baru
saja menyandang jawatan itu.
Ini bermakna PDRM tidak memandang serius kehilangan senjata api
berkenaan sehingga mengambil masa begitu lama untuk menyiasat.
Khalid juga yakin senjata api yang hilang itu tidak jatuh
ke tangan penjenayah kerana polis belum mengesan senjata api berkenaan
diguna penjenayah.
Bagaimanapun agak lucu apabila Khalid mengandaikan
kehilangan itu tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh
waktu atas bot dalam laut, atau dalam air dan tidak ada orang yang
dapat.
Dalam satu yang berlaku tahun lalu, kerajaan
bersungguh-sungguh menafikan usaha membawa kumpulan hiburan K-Pop bagi
acara Hari Belia Negara 2012 itu ditanggung menggunakan wang rakyat
namun Laporan Audit Negara 2012 mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu
dibawa masuk membabitkan kos RM1.6 juta wang rakyat.
Kementerian Belia dan Sukan itu juga ditegur kerana
“berbelanja boros’ wang rakyat termasuk belanja lain untuk sambutan itu
yang berjumlah hampir RM3 juta.
Selain itu, kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di
empat kolej komuniti juga dilaporkan berbeza iaitu antara RM35,350 dan
RM281,249 kerana ketidakseragaman dalam penyediaan ‘Bill of Quantities’
(BQ).
Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak
RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar
(RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej
Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).
Maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi yang diterima
pada 19 April dan 31 Mei 2013 menyatakan perbezaan harga yang ketara
disebabkan projek berkenaan ditender kepada pelaksana berbeza.
Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan
tunai BR1M atau perumahan mampu milik jika kerajaan masih memandang
sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya, jabatan kerajaan,
agensi awam atau firma negeri.
Audit puji prestasi SSIC milik Kerajaan Negeri Selangor
Berlainan sekali dengan Laporan Ketua Audit Negara yang
berpuashati dengan prestasi Selangor State Investment Centre Berhad
(SSIC) yang memperoleh peningkatan lebihan pendapatan tahunan dan
terkumpul pada 2011 berbanding 2009.
SSIC, syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor
(Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan
tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat
dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.
Pengauditan yang dijalankan antara Julai hingga Oktober
2012 mendapati status kewangan SSIC memperoleh lebihan pendapatan bagi
2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta.
Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul
SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran
yang diperoleh daripada kerajaan negeri.
SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010
dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08
juta.
Audit berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan
memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin
pencapaian objektif.
Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri
Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam
atau luar negara.
Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor
yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),
jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah
berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini
meliputi sektor perindustrian sahaja.
RSB : Apa peduli halal haram, dosa syirik, sihir paling mudah untuk menipu pengundi,baik dalam perlawanan sesama ahli Umno sendiri seperti kes potong 18 Mona Fendi, apatah lagi dalam pilihanraya, dah banyak kes calon dan aktivis PR kena penyakit misteri.
No comments:
Post a Comment