KALAU PILIHAN RAYA
BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti
PILIHAN RAYA
TELAH LAMA DIHARAMKAN
di Malaysia
POLITIK
– DUNIA KE TIGA
Biar
saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas
Tuntutan
Gerakan Anti Tipu 505.
Pertama: Tidak akan menerima
keputusan PRU13
Kedua
: Menuntut ditubuh SPR baru
Ketiga
: Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan
Tiga
Tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah
kerana undi mereka telah ditipu. Kemarahan para
pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu
turun ke
jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi bahawa para
pengundi tidak mahu ditipu. Paling
menjolok mata ialah kehadiran ratusan
ribu anak anak muda di jalan raya – walau pun mereka mungkin belum
mengundi – tetapi mereka
tidak mahu menerima penipuan.
Ramainya
orang turun ke jalan raya itu adalah
bukti saheh bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku
mustahil
ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke
jalan
raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan
pegawai
kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa
oleh guru.
Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka TIDAK
dibekalkan
dengan nasi bungkus.
Mereka
ke jalan raya dengan kedesaran. Beratus ribu turun ke
jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar
bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan
melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk
memastikan Parti
Ketuanan Melayu akan terus berkuasa.
Bermula
dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh
negara.
Turun ke jalan raya ini kini telah
menjadi ampoh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol
dalam
merancang penipuan PRU13. Tidak dapat
tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale’ gerakan jalan raya
ini.
Jelas
terbukti bahawa kesedaran wujudnya PENIPUAN dalam PRU13 adalah
pemangkin orang
ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan
raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Pernipuan
PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke
jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan
yang hak.
Seluruh
dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah
dicuri.
Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation.
Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil
anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika
TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai akan turun ke
jalan raya.
Anak
anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik
hidung. Anak muda turun ke jalan raya melawan
kezaliaman kini sedang menjadi trend dan feshen seluruh dunia. Dimulakan
oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke
Bahrain, ke New
York – dan terakhir ke Turkey.
Rejim-rejim zalim satu demi satu telah
disingkirkan oleh gerakan anak
muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik
mereka.
Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini
hakikat.
Dua
soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang
telah
menyuarakan soalan ini. Justeru disini saya cuba memberi jawapan sejelas
mungkin.
Awal
wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia
Ketiga.
Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan
rejim melalui
pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini amat
berbeza dari hukum dan syarat politik di
Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Canada. Ada
perbezaan
hakiki antara Negara Dunia Ketiga dengan
negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan Negara Kedua di Eropah.
Kesemua
Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara
imperial.
Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan
British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua
diwujudkan
oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun
diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara pemisah
dengan perjanjian kuasa imperial Peranchis yang menjajah
Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu.
Hakikatnya
Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial.
Sejarah
Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi
Malaysia adalah sejarah kolonial
Briitish. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays
National Organistaion
untuk mengambil alih pentabiran Bristish pada 31 Ogos 1957.
Salah
satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum
kapitalis
dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah
untuk
kaum pemodal internasional. Kerana
mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru
kita
melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu
Iskandar
Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United
Malays
National Organisation untuk mengembangkan
jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis ini
akan reput.
Ini
perbezaan politikal ekonomi yang wajib
difahami. Inilah sebab utama kenapa
pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar
kerajaan. Kaum
kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis
pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini.
Kepentingan
ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa
daulah.
Menteri jaga politik – menteri yang sama
juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam syarikat milik kroni.
Yakinlah di belakang syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini
politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.
Justeru
ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya.
Daim
Zainuddin, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Vincent Tan, Ananda Krishan –
semua sedar jika United Malays National Organisation
tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai
diantara
mereka akan diheret ke penjara. Anak
Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak masuk penjara. Ini hakikat
politik Negara
Dunia Ketiga.
Ini
tidak akan berlaku di Canada, New Zealand, Australia, German , Sweden
atau
Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan Kedua ini – kaum
kapitalis telah kukuh
bertapak. Kepentingan ekonomi mereka
berselirat didunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh
menang di Britain –
perniagaan Mark and Spencer saperti
biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General
Motors akan terus berniaga.
Pilihan
raya dalam Negara Pertama dan Kedua
adalah tentang dasar. Dasar parti
politik mana yang akan dapat membawa
keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa
kestabilan ekonomi. Tidak saperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia
ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang
mana yang akan dapat
kontrek, dapat tanah atau dapat lesen cari gali. Politikal ekonomi
inilah yang menjadikan
pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara.
Untuk
saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun
saya
telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang
dan yang
akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK
percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan
bahawa apa yang saya tulis selama
ini adalah tepat dan benar.
Akhirnya
saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah.
Saya
yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?
Dari
apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib
Razak
amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari
kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita
menilai
kekuatan musuh kita.
Seluruh
dunia – Dari Obama di Rumah Puteh – dari akhbar di Austarlia, New
Zealand, Hong
Kong, Jepun, United Kingdom, German, Peranchis dan dan dan... malah The
New York
Times telah membuat karton memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini
adalah
berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa
kerajaan
Najib Razak ini kerajaan haram.
Najib
dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang
kerana
penipuan. Justeru kita lihat bagaimana Allah telah digunakan untuk
melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13.
Kita juga melihat bagaimana Mufti telah
direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama
yang
berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan
PRU13.
Akhir
ini kita melihat bagaimana Yang DiPertuan Agong telah direkrut untuk
membuat rayuan kepada
orang ramai agar menerima keputusan PRU13.
Ini ertinya penolakan
keputusan PRU13 adalah
tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila
Najib
mula berkelentong untuk membawa SPR ke bawah
jawatan kuasa Parlimen - memberi tanda bahawa Najib sedang terdesak.
Bila musuh
terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.
Justeru
pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 15 Jun 2013 ini rakyat
akan
berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan
#Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan
orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu
ucapan
Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. (TT)
ANAK MUDA #TIPU 505
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar
mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45
No comments:
Post a Comment