Trafik

Tuesday, June 4, 2013

Jenayah Meningkat Di Kedah, Polis Johor Bercuti Cedera Ditembak

Fuhhh !! Ketua Balai Polis Senai cedera ditembak penjenayah

 Ketua Balai Polis Senai, Johor cedera ditembak ketika cuba menghalang dua penjenayah melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Batu 4, Jalan Kuala Sungai di sini petang tadi.

 Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Inspektor Zuwairi Ramli, 30, cedera di tapak tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Semasa kejadian, pegawai polis yang sedang bercuti bersama keluarganya itu dalam perjalanan pulang ke Johor selepas menghantar rombongan pengantin ke Pulau Langkawi.

Zuwairi dikatakan turun dari kereta dan menuju ke kedai tersebut selepas beliau berasa curiga melihat dua lelaki berada di dalam premis berkenaan. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, Zuwairi yang berjalan menuju ke kedai itu terus ditembak oleh salah seorang penjenayah yang ketika kejadian mahu meninggalkan kedai emas tersebut.- K

RSB : Tahniah anggota Polis walaupun sedang bercuti tetap ambil berat benteras jenayah. Sejak Kedah jatuh ke tangan Bn, jenayah menakutkan muncul. Bila pemerintah tak takut Allah, penjenayah pun tak takut nak buat jenayah.

Ayahanda Paduka (Kongsi) Pun Ditetak Penjenayah

No comments:

Post a Comment