Trafik

Sunday, August 4, 2013

Skim Cepat Saman (SCS) Lalulintas Di Hari Raya

 

 

 

Langkah Kurangkan Had Laju, Rakyat Terus Diperangkap



Tindakan kerajaan menurunkan had laju kebangsaan sebenarnya hendak merangkap rakyat bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya.

“Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan,” kata Aktivis blogger Edy Noor Reduan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan untuk mengurangkan had laju sebanyak 10km sejam dari 90km kepada 80km sejam di semua lebuhraya pada musim perayaan tahun ini bermula semalam sehingga 18 Ogos ini bagi mengurangkan jumlah kemalangan.

Disamping itu beliau turut mempertikai mengenai notis pemberitahuan yang singkat dan mendakwa ramai yang tidak menyedari perkara ini kerana bukan semua rakyat mendapat berita tersebut.

“Semua mesin kamera AES (Sistem Penguasaan Automatik) akan menjalankan operasi ‘menjala’ dan ‘memukat’, tidak lagi memancing.

“Inilah apa yang dinamakan Skim Cepat Saman. Tidak lama lagi penuhlah kantung kerajaan untuk membayar BR1M tahun depan,” kata Edy Noor dengan nada sinis.

Beliau berpendapat faktor kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara punca utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata.

“Rakyat yang tertekan dengan masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi akan lebih banyak berkhayal ketika memandu. Tidak dapat fokus ketika memandu dan ini boleh menyebabkan kecelakaan.

“Kebiasaan rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan mempunyai anak, walau macamana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna jika tidak balik kampung,” jelas beliau.

Menurutnya, statistik kemalangan juga tidak mampu dikurangkan melainkan berlaku revolusi rakyat, di mana ketika itu rakyat senang dan tenang dengan kualiti kehidupan yang baik.

“Hidup ketika itu juga tidak dalam tergesa-gesa seperti hari ini, malah rakyat tidak perlu diugut supaya dikurangkan kelajuan. AES juga tidak perlu lagi pada ketika itu,” ujar beliau. -FMT

No comments:

Post a Comment