Trafik

Wednesday, August 28, 2013

Pelajar SK Pristina Pindah Kerana Dibuli Pihak Sekolah

Lebih ramai murid bukan Islam tinggalkan SK Seri Pristana kerana 
intimidasi 

RSB : Akibat perbuatan pendek akal guru besar sekolah menyebabkan ibubapa pelajar non-muslim memindahkan anak mereka ke sekolah yang lebih kondusif kepada anak-anak mereka.

Perbuatan berunsur rasis guru besar nampak macam islamik tetapi sebenarnya ia tidak termasuk dalam ajaran Islam memaksa penganut agama lain makan dalam bilik persalinan (baca jamban).

Hal ini memburukkan lagi keadaan yang sepatutnya guru terbabit berdakwah kepada murid tadi dalam mendekati dan menghormati agama Islam tetapi kesilapan yang tidak boleh dimaafkan ini meyebabkan meraka menjauhkan diri dari Islam dan menjadi fobia kepada Islam.  

Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.

Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.
Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.
Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.

“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” ksysnys.

Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.

Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.
Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. – 27 Ogos, 2013.

Lebih ramai akan tinggalkan sekolah? Kredit kepada MI

No comments:

Post a Comment