Trafik

Monday, August 26, 2013

Mesej Ikhwan Muslimin : Tentera Melaga-lagakan Rakyat

AsSalam,
Berikut adalah terjemahan Kenyataan Ikhwan Muslimin berkaitan bantahan aman bertarikh 23 Ogos 2013 diambil dari laman ikhwabweb.com (http://ikhwanweb.com/article.php?id=31266)

Mesej Ikhwan Muslimin: Keamanan dan Toleransi sebagai Tajuk Revolusi 

Organisasi yang telah berusia 85 tahun ini kekal komited untuk melakukan bantahan secara aman, apabila ia menggesa semua rakyat Mesir – tua dan muda, orang Islam dan Kristian – bersama menyertai dan mengembalikan hak dan kebebasan mereka serta revolusi 25 Januari dari yang puak putchist yang kejam. (Menurut Kamus Merriam-Webster, putch adalah usaha menjatuhkan kerajaan secara tiba-tiba melalui komplot rahsia, putschist adalah mereka yang melakukan usaha tersebut)

Puak putschist secara berterusan cuba merosakkan nama baik revolusi yang telah memperjuang kebenaran, keadilan dan kebebasan. Mereka menyebarluas pembohongan dan maklumat salah bagi tujuan memomok revolusi tersebut.

Mereka juga melaga-lagakan rakyat terhadap terhadap revolusi ini serta mengambil kesempatan media yang mereka kuasai untuk mengeliru rakyat dan memalsukan fakta.

Puak putschist berharap untuk memesongkan pandangan rakyat jelata dari revolusi (sebenar) dan mempengaruhi dunia daripada menyokong rakyat yang bebas dalam menuntut semula hak, kebebasan dan kemuliaan mereka.

Antara contoh tindakan mereka termasuk: menggunakan isu keganasan puak (atau kumpulan) dan Takfir (menuduh orang lain sebagai terkeluar dari agama-mengkafirkan), memberi gambar palsu mengenai revolusi kami yang aman, toleran dan mengambilkira semua lapisan.

Perisik dan aparatus keselamatan (SB) milik komander rampasan kuasa berusaha menganiaya puak Islamis dengan tuduhan membakar gereja atau harta kepunyaan orang Kristian Mesir dan mengupah samseng-samseng jenayah untuk menjalankan perbuatan durjana ini.

Mereka juga meniadakan perlindungan keselamatan, (sengaja) melambatkan respon polis terhadap serangan ke atas bangunan-bangunan orang Kristian dan mengelak dari menahan penjenayah-penjenayah tersebut.

Semua ini agar dapat memberi gambaran yang salah mengenai keadaan di Mesir. Saluran media puak putschist serta beberapa organisasi gabungan mereka akan memaklum pada dunia para pejuang kebenaranlah yang telah melakukan, atau paling tidak menjadi penghasut pada jenayah kejam lagi keji ini.

Umum telah mengetahui aparatus risikan puak putschis mempunyai sejarah yang panjang (lama) melakukan jenayah keganasan puak (sektarian).

Pejuang kebebasan termasuk puak Islamis telah mengisytihar dengan jelas dan berulang kali penolakan kuat dan kutukan mereka terhadap segala jenayah yang teruk lagi keji ini.

Pejuang kebebasan akan berdepan dengan sesiapa yang mahu memecah belah perpaduan dan memisahkan antara warganegara ini dengan tanah airnya.

Nyata, sejak ia ditubuhkan 85 tahun lepas, Ikhwan Muslimin – organisasi Islam terbesar – tidak pernah walaupun sekali, menyerang rakan beragama Kristian mereka.

Sebaliknya, beberapa kali dan di banyak peristiwa, pelbagai kumpulan Islam telah membentuk perisai manusia melindungi gereja-gereja Mesir dari ancaman keganasan.

Semua kumpulan Islam mengutuk dengan sejelasnya semua perbuatan ganas jenayah terhadap gereja dan harta. Baru-baru ini laporan-laporan berita mengesahkan penahanan geng jenayah yang bertanggungjawab terhadap kebanyakan jenayah ini. Sudah tentu aparatus puak putschist mengetahui semua atau kebanyakan daripada penjenayah yang melakukan perbuatan ganas ini.

Haikikatnya puak putschist telah mengorbankan nyawa dan harta orang Mesir memomokkan revolusi dan pejuang kebenaran.

Hakikatnya juga, mereka sudah tentu akan gagal. Satu daripada ciri paling penting revolusi kami ialah revolusi ini telah menyatukan semua orang Mesir – Kristian dan orang Islam dari semua lapisan.

Sememangnya juga revolusi ini mengetahui siapa penentang-penentangnya, iaitu puak putschist dan kuasa kolonialisme yang berdiri di belakang mereka. Penentang yang tidak membezakan antara orang Kristian dan orang Islam, antara gereja dan masjid. Revolusi kami juga maklum dengan jelas tangan-tangan jahat yang telah membakar masjid juga adalah tangan-tangan yang sama melanggar kesucian dan menyerang gereja.

Revolusi kami yang aman menyedari semua niat jahat lagi kejam ini tidak akan memecahkan perpaduan negara kami dan tidak akan mengubah sikap toleransi orang Mesir yang diwarisi dari dulu. Sebaliknya, puak putschist telah melakukan banyak kekejaman melampau terhadap Mesir dan orang Mesir. Mereka telah menumpahkan darah suci banyak rakyat Mesir secara tidak sah.

Mereka membuat dakwaan palsu terhadap pejuang kebenaran yang bebas lagi mulia , serta mengamalkan pendekatan benci, tidakpercaya dan meminggir, kempen tanpa henti terhadap revolusi (sebenar). Walau bagaimanapun , kami tidak menafikan mereka atau menuduh mereka kafir. Kami hanya kata: "Mereka saudara-saudara kami yang menzalimi kami.

Mereka telah melakukan kezaliman terhadap negara dan tanah air”. Pertikaian kami dengan mereka tiada kena mengena dengan iman atau kekufuran. Mereka telah menodai perjanjian, mengkhianati amanah orang ramai, mengenepikan kehendak negara, dan menumpahkan darah yang amat berharga serta mencemarkan semua yang diterima suci.

Puak putschist melepaskan gelombang besar menindas dan menganas terhadap orang ramai apabila mereka merampas kuasa Presiden yang dilantik secara sah, menggantung perlembagaan, menggunakan angkatan bersenjata sepenunya apabila merebut kuasa, menentang kehendak orang ramai dan mengeksploitasi tentera kepunyaan rakyat untuk membunuh, yang sepatutnya tentera diguna untuk melindungi orang ramai. Semua ini dibuat demi kepentingan musuh Mesir.

Tak hairanlah mereka (musuh Mesir) berkeliaran di dunia menyokong puak putschist. Lantaran itu, orang-orang Mesir yang bebas akan tetap dengan pemberontakan aman mereka, demi menyelamat Mesir dari masa depan yang gelap, yang perampas kuasa ingin memasukkan kami kedalamnya.

Bagi keluarga yang ahlinya telah syahid dan yang tercedera: hak tidak akan hilang jika dikejar dengan tekun Junta putschist ingin segera menukar halaman revolusi Mesir dengan segala cita-cita murninya, syahid mulia yang telah dikorbankan dan darah mulia berpuluh ribuan rakyat Mesir yang tercedera semasa peristiwa revolusi. Puak putschist berusaha membawa negara ke satu situasi yang lebih buruk daripada keadaan pra revolusi.

Terutama setelah pembebasan Mubarak, diikuti mungkin dengan pembebasan dua anak lelakinya dan Menteri Dalam Negerinya Habib Al-Adli, lansung melengkapkan rejim penindasan dan kezaliman. Kali ini diketuai oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

 Lalu puak putschist akan menghancurkan rakyat Mesir dengan keganasan dan kekejaman belum pernah berlaku di sejarah Mesir – dengan tragedi-tragedi tidak terkira, skandal dan pembunuhan beramai-ramai.

Perkara paling utama perancang rampasan kuasa sekarang ialah untuk mematahkan semangat negara dan memaksanya terus putus asa. Untuk menjadikan keluarga mereka yang telah syahid melupakan penumpahan darah orang yang mereka kasihi.

(Memaksa mereka) dengan senyap menerima keadaan baru kerana risau akan berlaku lagi banyak penumpahan darah. Dengan itu, tercapailah matlamat puak putschist menyekat revolusi dan memaksa rakyat Mesir menerima ketentuan, yang rakyat sebelum ini perjuangkan secara aman.

Lantaran itu, rakyat Mesir secara umum, dan keluarga mereka yang telah syahid khususnya, tidak seharusnya berputus asa atau meninggalkan hak mereka. Hak tidak akan hilang jika dikejar dengan tekun. Seluruh rakyat mesti keluar secara aman menentang rampasan kuasa.

Setiap orang mesti mengambil bahagian secara positif tindakan aman yang dibuat terhadap rampasan kuasa , dan mewujudkan tindakan-tindakan baru secara inovatif.

Kita mesti memikirkan bantahan secara aman yang akan menekan saraf junta. Kita mesti melakukan keingkaran awam (civil disobedience) secara beransur-ansur di seluruh negara.

Revolusi terhadap rejim Mubarak, pemerintahan tentera dan junta putschist tidak harus pupus atau beransur hilang. Revolusi ini harus diinovasi secara lebih berkesan dengan bentuk baru melalui kaedah aman.

Revolusi kita mesti menyatukan semua orang dan kumpulan serta gerakan yang aktif. Matlamat utama sekarang ialah untuk memulihkan revolusi 25 Januari, sebelum yang lain-lain.

Matlamat ini jugalah yang sepatutnya menyatukan semua pejuang kebenaran 25 Januari, serta semua pemuda pemudi tanah air ini. Untuk melakar semula potret revolusi menyeluruh yang menarik perhatian dunia pada 25 Januari 2011, dengan keamanannya, penglibatan semua lapisan masyarakat dari pelbagai latarbelakang politik dan ketulenan pejuangnya.

Pendekatan tanpa kekerasan kami akan kekal lebih kukuh daripada peluru-peluru mereka. Darah kami akan mengalahkan pedang-pedang dan peluru hidup mereka dan bebas kehendak ramai yang bebas (tanpa tekanan) akan akhirnya berjaya, dengan izin Allah.

Askar junta dan kroni Mubarak akan kalah. Dengan masa, semua ini akan berlalu. Allah menyelamatkan Mesir yang stabil dan bebas…

 Ikhwan Muslimin

Kaherah: 23 Ogos, 2013

p.s. Jika ada kesilapan terjemahan, sila betulkan.

No comments:

Post a Comment