Trafik

Wednesday, August 28, 2013

Perkuburan Taman Sri Lambak (T6) Sudah Agak Sesak



Tanah perkuburan Islam adalah satu keperluan rakyat sekarang, sama seperti umat Islam memerlukan Masjid atau sekolah agama, ia nampak remeh tapi sesuatu yang asas dalam membina sebuah kumuniti.

Sebelum ini belum digazetkan tanah perkuburan di T6 maka jenazah terpaksa dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Haji Manan, berkongsi dengan penduduk Kluang yang jauh di bandar kluang yang mengambil masa 30 minit jika trafik tidak sesak.

Alhamdulillah menjelang PRU13 pihak Kejora dengan Jabatan Agama telah meluluskan kawasan tanah perkuburan berdekatan dengan perumahan di Jalan Cekal/Azam T6.

Maklumat yang kami terima sudah lebih 80 jenazah dikebumikan di sana dalam masa tak sampai 2 tahun. Sudah agak penuh dan yang pelik lagi ajaib ialah ianya purata kematian yang agak tinggi di T6 ini.

Wallahua,alam Allah sahaja yang mengetahui, ajal maut di tangan Nya.

Tindakan

  1. Tindakan bagi kita ialah mendesak supaya pihak Kejora menambah keluasan tapak perkuburan itu.
  2. Mendapat kerjasama pihak Jabatan Agama agas proses meluluskan tidak memakan masa yang lama sebagaimana sebelum ini.
  3. Menambah elaun kakitangan masjid (imam /bilal) yang menguruskan jenazah lebih-lebih lagi kadangkala kematian sampai 2 orang pada satu hari.
  4. Tabung Khairat kematian masjid perlu diluaskan lagi tetapi bukan kepada JK Masjid sedia ada, lebih elok di asingkan kepada JK Khas Khairat termasuk sistem takaful dan kenderaan, pengurusan, kepok dan lain-lain.
  5. Kenalah bentangkan (audit) setiap tahun jumlah kutipan khairat supaya telus dan dipercayai ke mana wang itu mengalir seperti membeli van jenazah atau tukar karpet, kita tidak mahu duit bercampur aduk dengan tabung masjid dan sebaginya. 
  6. Selagi bab kewangan disembunyikan bertambah lagi keraguan dan kepercayaan masyarakat terhadap pentadbiran Masjid dan memberi imej buruk kepada Islam itu sendiri.
Akhir sekali, sama-samalah kita meningkatkan ketakwaan kita dengan menjauhi segala larangan Allah dan melakukan kebaikan sesama kita, semoga syawal kita lebih diberkati dan puasa Ramadan kita  diterima Allah SWT.

Jika kita ingat mati, kegelojohan dunia seperti gila jawatan, kemaruk pangkat, berebut harta, mengikut nafsu syahawat, membuat dosa, dengki mendengki, cerca mencerca, fitnah memfitnah dan sebaginaya, ia akan sendirinya hilang dalam memori kita, benarlah sabda Nabi SAW maksudnya bahawa orang yang mengingati mati itu adalah orang yang BIJAKSANA.

Terima kasih.

Hamdan Basiran
Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang
T6 Kluang

Sedang usaha menulis buku berkenaaan Alam Sesudah Ajal

No comments:

Post a Comment