Perkara ini disahkan oleh pihak Syabas yang bertanggungjawab membekalkan air ke seluruh Selangor.
Bekalan air dijangka pulih semula dalam beberapa hari sebagaimana maklumat dari Puspel.
Apapun diharap pihak yang berkenaan segera memulihkan pencemaran tumpahan diesel itu bagi memudahkan rakyat mendapat bekalan air bersih seperti sedia kala,
Janganlah sambutan kemerdekaan yang diraikan mendatangkan kerisauan kepada rakyat untuk mendapat air bagi khususnya kegunaan makan minum dan kebersihan.
RSB
Diesel tumpah, jejas bekalan air KL, S'gor

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.
- Bernama
No comments:
Post a Comment