Trafik
Saturday, August 31, 2013
Sambutan Aidilfitri PR Sembrong Bersama Puteri Reformasi
Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sembrong akan diadakan pada 6 September 2013 bersamaan 30 Syawal 1434 bertempat di hadapan Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR Sembrong Taman Seri Impian Kluang.
Menurut pengarah program, Ust Hamdan, majlis itu akan dihadiri oleh tetamu khas iaitu YB Nurul Izzah DS Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua AMK PKR, YB Tan Hon Pin Adun Mengkibol Kluang dan lain-lain lagi tetamu VIP.
kaum hawa
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar ucapan dan beramah mesra khususnya kaum hawa bersama tetamu sambil menikmati juadah hari raya yang kami hidangkan. Jemput hadir, terima kasih
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
Cerita Gangguan Bekalan Air Selangor Bertukar Sensasi
Berbagai versi yang dapat dikutip dari beberapa sumber, ada yang pro dan ada yang kontra, daripada gangguan kecil menjadi kegemparan rakyat.
Tapi semua kena ingat, bermula punca masalah ialah dimaklumkan lori diesel tumpah masuk ke sungai dan bekalan air tercemar, Syabas (asyik dia saja punca masalah) terpaksa menyedut air dan berlakulah kekurangan air.
Bagi kerajaan PR Selangor gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semalam bukan satu "krisis air" kerana ia telah diuruskan menjelang tengah malam, kata kerajaan negeri Selangor tadi.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata semua empat pusat kemasukan air telah mula kembali beroperasi awal pagi ini.sumber
Mungkin kita perasan apabila berita itu sumber BERNAMA, lain macam pula kelentongnya.
Mula mula itu diesal tumpah dari tanki lori, lepas itu tukar dari punca kilang haram, ai sekarang bukan diesal tapi minyak pelincir pula, mana satu yang betul, janganlah memperbodohkan rakyat lagi.sumber bernama
Nak sedapkan cerita, bila tumpahan dari kolam kilang haram, kononnya ada sindiket sisa minyak yang dijalankan secara haram oleh syarikat-syarikat naungan PR pulak, nampak tu.
Tuduh pula PR cakap besar mengata pasal LYNAS konon boleh menyebabkan pencemaran alam...padahal mereka sendiri yang bertungkus lumus menjahanamkan alam sekitar. Sandiwara berterusan...
Maka tak mustahil selepas ini ada suara dari akhbar, tv dan blogger pro Ubn dan puak sana yg akan menyalak siang malam..
"Kita amat memerlukan Loji Langat 2 dan saliran air mentah dari Pahang seperti yang telah dirancangkan, demi mengatasi masalah bekalan air bersih dan bekalan air yang cukup"
Rasanya rancangan skrip krisis air sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 ini akhirnya akan memalitkan kesalahan bukan kepada Syabas tetapi kepada MB dan PR Selangor, GERENTI!
Mungkin krisis ini dirancang kerana ingin mengalih perhatian masyarakat terhadap sambutan filem Tanda Putera yang RUGI BESAR kerana kekurangan atau hampir tak ada penonton, itu pasal dialog dan jalan cerita ini tak berapa mantap macam filem itu, setuju?
RSB

Friday, August 30, 2013
Sendiket Kastam : 4 Bulan Tiada Siapa Didakwa Membunuh, Anak Tuntut Kematian Bapa
Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak
Posted by
Addin Deen
Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. "Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja.
Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya. Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.
"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya. Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.
Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati. Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.
"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.
Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka. Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.
Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara. "Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.
Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya. "Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. “Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.
Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut. Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian.
~the malaysian insider
Berita Rasuah Imegresen Yang Tak Di Siarkan Papagomo
Kira-kira 1,000 warga asing Bangladesh memasuki Malaysia secara tidak sah setiap hari dan menggunakan dokumen palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa (gambar).
Beliau berkata, kes pemerdagangan manusia ini berlaku membabitkan kerjasama beberapa pihak di Malaysia dan Bangladesh.
"Beribu-ribu warga Bangladesh memasuki negara kita melalui visa pelancong setiap bulan untuk bekerja di sini.
"Pada setiap hari, enam pesawat dari Dhaka mendarat di KLIA dengan kira-kira 1,000 penumpang menggunakan visa pelancong. Saya difahamkan majoriti daripada mereka bukan pelancong tulen tetapi datang dengan tujuan mencari kerja," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.
Sivarasa berkata, kebanyakannya tidak pulang ke Dhaka dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan malah warga asing berkenaan dapat memperoleh dokumen palsu dengan harga 32,000 Taka Bangladesh atau RM1,300 bagi mendapatkan dokumen itu.
Beliau mendedahkan pihak yang terlibat ialah ejen jualan am Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang beroperasi di Bangladesh iaitu Union Tours and Travel Limited (UTT), kakitangan di bahagian pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan kakitangan Imigresen di KLIA.
Katanya, sejak UTT dilantik oleh MAS, penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia meningkat kepada dua pesawat sehari.
"Peranan UTT di Dhaka ialah bersekongkol dengan kakitangan pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi di Dhaka bagi memastikan mereka yang menggunakan visa pelancong tidak menghadapi masalah ketika daftar masuk di Lapangan Terbang Dhaka.
"Imigresen di KLIA juga terlibat dalam jenayah ini dengan tidak memeriksa setiap penumpang secara rapi.
Kelalaian ini mengakibatkan pekerja Bamgladesh dieksploitasi di tempat kerja oleh majikan atau tempat mereka ditahan. "Sikap sambil lewa memberi kerugian kepada negara kerana tidak dapat mengutip yuran pekerja asing yang berkhidmat secara sah," katanya.
Sivarasa berkata, amalan haram ini mendapat liputan meluas di Bangladesh dan akhbar tempatan giat melaporkan keadaan salah laku itu. ~the malaysian insider

Perutusan oleh Anwar Ibrahim sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013
Sekali lagi menjelang 31 Ogos, kita akan meraikan Hari Merdeka, hari
yang cukup gemilang dan bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Kini
adalah masanya untuk kita menghimbau kembali pencapaian dan kegagalan
kita dan memandang ke depan untuk hari-hari dan bulan-bulan yang
mendatang. Kini adalah masanya untuk bermuhasabah dan bertanya apakah
sebenarnya erti Merdeka dan apa yang boleh kita pelajari dari masa silam
dan harapan di masa depan.
‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.
Di atas cabaran ini, ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh dan dihormati. Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?
Tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama. Tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri. Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.
Kesannya, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak. Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.
Sebagai contoh, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan. Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.
Peningkatan mendadak kes tembakan dan jenayah berat, rompakan dan jenayah ragut adalah hal yang membimbangkan. Manakala kita mendukung usaha pihak polis dalam memerangi dan mencegah jenayah, adalah penting juga untuk mereka melakukannya dengan menuruti proses yang sewajarnya. Semua pihak perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian namun demikian penggunaan undang-undang yang lebih berat bukanlah jawapannya. Perkara tersebut perlu diteliti dengan lebih menyeluruh.
Menyentuh isu tatakelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban, rasuah kekal menjadi barah yang merisaukan kita. Merujuk kepada perkara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dan memihak namun kita mendesak Peguam Negara supaya tidak menghalang pendakwaan yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pimpinan atasan.
Negara kita tidak kebal daripada ribut ekononi yang melanda di sekeliling kita. Kita lebih perlu berhati-hati daripada berada di dalam keadaan tidak bersiap sedia. Kita boleh menerapkan tata kelola, hemah dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan awam dan ekonomi kita. Kerajaan bersalah terhadap kecurangan ekonomi – menyatakan fakta yang separa benar dan memberikan statistik tidak sempurna untuk mengaburi perbelanjaan melampau yang tidak mampu lagi ditanggung oleh negara.
Penilaian Agensi Penarafan Kewangan Antarabangsa (FITCH) yang mendedahkan kemerosotan prospek ekonomi negara sewajarnya mempercepatkan kerajaan untuk bertindak lebih terbuka dalam mendepani cabaran sebenar ekonomi. Sebaliknya, kerajaan memperlekeh penilaian tersebut dan menyifatkannya sebagai kerja “penganalisa muda yang tidak mendengar pandangan kerajaan”. FITCH bukanlah satu-satunya firma penganalisa yang menyatakan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kesannya kepada kejutan luaran.
kejatuhan berterusan
Terdahulu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menolak unjuran pertumbuhan 2013 daripada 5.6% sebelumnya kepada 4.8%. Bank Negara pula baru-baru ini telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2013 daripada 5-6% sebelumnya kepada 4.5-5%. Ini selari dengan ramalan terkini Bank Dunia untuk tahun 2013 iaitu daripada 5.6% sebelumnya kepada 5.1%. Selain daripada ancaman berganda defisit fiskal yang tinggi secara berterusan dan peningkatan hutang kerajaan secara langsung dan tidak langsung, lebihan akaun semasa kita berada pada tahap paling rendah sejak 1997. Oleh kerana kita terlalu bergantung pada nilai dan komoditi eksport yang rendah di pasaran global, kejatuhan berterusan dalam ekonomi global mewujudkan ketidaktentuan terhadap pertumbuhan kita.
Pengurangan defisit fiskal memerlukan komitmen sepenuhnya dalam membasmi rasuah daripada perolehan dan projek-projek kerajaan. Penjimatan 10% dalam perolehan dan projek-projek dengan mudah dapat diterjemahkan kepada perolehan RM20 bilion setahun (berdasarkan perolehan dan perbelanjaan tahunan projek RM200 bilion di bawah kawalan kerajaan Persekutuan).
Pengurangan hutang kerajaan dan pemotongan defisit fiskal hanya boleh dimulakan menerusi perolehan hasil kerajaan yang lebih tinggi yang diraih melalui pertumbuhan yang lebih tinggi. Malangnya pertumbuhan Malaysia akan terencat di skala 4-5% untuk seketika melainkan reformasi struktur secara menyeluruh terhadap ekonomi dilaksanakan sebaiknya dengan segera.
Di ambang ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 ini, reformasi ekonomi bukan lagi berkisar kepada pertandingan dasar dan retorik politik. Ianya berkait dengan kepentingan negara yang seharusnya menembusi politik kepartian dan ideologi kerana kita tidak mampu untuk mundur ke belakang sedangkan negara-negara jiran kita maju ke depan.
Persoalan kepimpinan adalah amat penting dalam memacu negara ke hadapan dengan memperkukuhkan asas ekonomi dan menjadikan kita lebih berdaya saing. Malah lebih penting lagi, pemimpin-pemimpin kita mesti dilihat serius menjaga kesejahteraan negara dan memacu hala tuju yang betul. Untuk memastikan perkembangan tidak sihat tidak berlaku di bawah kepimpinannya, seseorang pemimpin itu mesti menunjukkan ketegasan dan iltizam moral yang tinggi.
Meski pun kami membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara kesejahteraan dan masa depan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh.
Meraikan Merdeka semestinya dengan mengiktiraf kebaikan yang telah dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Iltizam untuk melakukan apa yang baik untuk negara perlu menjadi agenda utama kita semua.
Semangat Merdeka bukan sahaja toleransi atau kompromi. Ianya adalah mengenai pemahaman yang lebih besar, menerima perbezaan kita dan meningkatkan persamaan kita serta menggerakkan negara ke hadapan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
ANWAR IBRAHIM

Labels:
Bersih,
datin seri wan azizah,
DSAI,
Kak Wan,
maruah,
Pakatan Rakyat,
PKR,
rasis,
rasuah,
tazkirah,
zalim
Bekalan Air Hampir Seluruh Kawasan Ampang, Selangor Terganggu
Seperti yang dimaklunkan oleh YB Zuraida Kamaruddin dalam twitter beliau, hampir keseluruhan kawasan Ampang akan mengalami gangguan bekalan air kerana tumpahan diesel dari lori yang terbalik lalu bendalir itu masuk ke dalam sungai Selangor.
Perkara ini disahkan oleh pihak Syabas yang bertanggungjawab membekalkan air ke seluruh Selangor.
Bekalan air dijangka pulih semula dalam beberapa hari sebagaimana maklumat dari Puspel.
Apapun diharap pihak yang berkenaan segera memulihkan pencemaran tumpahan diesel itu bagi memudahkan rakyat mendapat bekalan air bersih seperti sedia kala,
Janganlah sambutan kemerdekaan yang diraikan mendatangkan kerisauan kepada rakyat untuk mendapat air bagi khususnya kegunaan makan minum dan kebersihan.
RSB
Sebahagian
besar penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan
bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai
Selangor dicemari tumpahan diesel.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.
- Bernama
Perkara ini disahkan oleh pihak Syabas yang bertanggungjawab membekalkan air ke seluruh Selangor.
Bekalan air dijangka pulih semula dalam beberapa hari sebagaimana maklumat dari Puspel.
Apapun diharap pihak yang berkenaan segera memulihkan pencemaran tumpahan diesel itu bagi memudahkan rakyat mendapat bekalan air bersih seperti sedia kala,
Janganlah sambutan kemerdekaan yang diraikan mendatangkan kerisauan kepada rakyat untuk mendapat air bagi khususnya kegunaan makan minum dan kebersihan.
RSB
Diesel tumpah, jejas bekalan air KL, S'gor

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.
- Bernama
Wednesday, August 28, 2013
Perkuburan Taman Sri Lambak (T6) Sudah Agak Sesak
Tanah perkuburan Islam adalah satu keperluan rakyat sekarang, sama seperti umat Islam memerlukan Masjid atau sekolah agama, ia nampak remeh tapi sesuatu yang asas dalam membina sebuah kumuniti.
Sebelum ini belum digazetkan tanah perkuburan di T6 maka jenazah terpaksa dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Haji Manan, berkongsi dengan penduduk Kluang yang jauh di bandar kluang yang mengambil masa 30 minit jika trafik tidak sesak.
Alhamdulillah menjelang PRU13 pihak Kejora dengan Jabatan Agama telah meluluskan kawasan tanah perkuburan berdekatan dengan perumahan di Jalan Cekal/Azam T6.
Maklumat yang kami terima sudah lebih 80 jenazah dikebumikan di sana dalam masa tak sampai 2 tahun. Sudah agak penuh dan yang pelik lagi ajaib ialah ianya purata kematian yang agak tinggi di T6 ini.
Wallahua,alam Allah sahaja yang mengetahui, ajal maut di tangan Nya.
Tindakan
- Tindakan bagi kita ialah mendesak supaya pihak Kejora menambah keluasan tapak perkuburan itu.
- Mendapat kerjasama pihak Jabatan Agama agas proses meluluskan tidak memakan masa yang lama sebagaimana sebelum ini.
- Menambah elaun kakitangan masjid (imam /bilal) yang menguruskan jenazah lebih-lebih lagi kadangkala kematian sampai 2 orang pada satu hari.
- Tabung Khairat kematian masjid perlu diluaskan lagi tetapi bukan kepada JK Masjid sedia ada, lebih elok di asingkan kepada JK Khas Khairat termasuk sistem takaful dan kenderaan, pengurusan, kepok dan lain-lain.
- Kenalah bentangkan (audit) setiap tahun jumlah kutipan khairat supaya telus dan dipercayai ke mana wang itu mengalir seperti membeli van jenazah atau tukar karpet, kita tidak mahu duit bercampur aduk dengan tabung masjid dan sebaginya.
- Selagi bab kewangan disembunyikan bertambah lagi keraguan dan kepercayaan masyarakat terhadap pentadbiran Masjid dan memberi imej buruk kepada Islam itu sendiri.
Jika kita ingat mati, kegelojohan dunia seperti gila jawatan, kemaruk pangkat, berebut harta, mengikut nafsu syahawat, membuat dosa, dengki mendengki, cerca mencerca, fitnah memfitnah dan sebaginaya, ia akan sendirinya hilang dalam memori kita, benarlah sabda Nabi SAW maksudnya bahawa orang yang mengingati mati itu adalah orang yang BIJAKSANA.
Terima kasih.
Hamdan Basiran
Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang
T6 Kluang
Sedang usaha menulis buku berkenaaan Alam Sesudah Ajal
Pelajar SK Pristina Pindah Kerana Dibuli Pihak Sekolah
RSB : Akibat perbuatan pendek akal guru besar sekolah menyebabkan ibubapa pelajar non-muslim memindahkan anak mereka ke sekolah yang lebih kondusif kepada anak-anak mereka.
Perbuatan berunsur rasis guru besar nampak macam islamik tetapi sebenarnya ia tidak termasuk dalam ajaran Islam memaksa penganut agama lain makan dalam bilik persalinan (baca jamban).
Hal ini memburukkan lagi keadaan yang sepatutnya guru terbabit berdakwah kepada murid tadi dalam mendekati dan menghormati agama Islam tetapi kesilapan yang tidak boleh dimaafkan ini meyebabkan meraka menjauhkan diri dari Islam dan menjadi fobia kepada Islam.
Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana
dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden
makan di bilik persalinan.
Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.
Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.
“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” ksysnys.
Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu.
Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu.
Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.
Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.
Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.
Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. – 27 Ogos, 2013.
Lebih ramai akan tinggalkan sekolah? Kredit kepada MI
Konflik Di Egypt Sengaja Diada-adakan SB
![]() | ||||||
|
![]() |
Pakcik Baradei [Kredit] |
![]() |
As-Sisi! Berapa banyak darah yang telah hang tumpahkan..?? Hang jawablah depan Allah nanti! [Kredit] |
![]() |
[Kredit] |
![]() |
Derita sengsara dan air mata merek di sana, adalah milik kita jua! [Kredit] |
Kredit kepada APG
Konflik Mesir Untuk DummiesApabila saya ditanya di Pengicau, "Siapa as-Sisi?", saya tahu yang saya perlu menulis post ini. Berdasarkan format 'Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies' yang pernah ditulis suatu ketika dahulu, InshaAllah saya akan berkongsikan beberapa poin dan fakta penting yang berkaitan dengan krisis yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, untuk tatapan dan pengetahuan anda semua.
Of kos, tidak mungkin saya dapat menceritakan semua perkara dalam post ini. Makanya saya hanya akan memfokuskan kepada dua perkara sahaja buat masa ini:
1. Fakta-fakta penting tentang pergolakan yang sedang berlaku
2. Latar belakang sejarah yang signifikan terhadap krisis ini Harapannya, selepas membaca post ini, dapatlah anda mengetahui sedikit-sebanyak gambaran yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Selepas itu, diharapkan anda dapat berkongsikan fakta-fakta yang benar kepada rakan-rakan, saudara-mara, jiran seberang rumah dan pakcik jual ikan yang datang setiap hari Rabu itu. Kerana masih ramai yang tidak tahu situasi sebenar yang berlaku di Mesir dan mengharapkan laporan-laporan berat sebelah media Malaysia yang sampah.
Dan sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut lagi, bolehlah buat bacaan tambahan dan kajian sendiri. Nak tahu lebih lagi daripada tu, rasanya anda kena jadi wartawan buat liputan di sana. Wah! Baiklah. Batuk batuk. Betulkan kolar. Duduk tegak.
#Fakta 1 Mari kita lihat sejarah Mesir terlebih dahulu, supaya kita dapat lebih faham keadaan sosio-politik yang melatari pergolakan yang berlaku di Mesir pada hari ini. Mesir sememangnya kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obelisk. Dan juga tarian gelek.
Eh. Mesir juga menjadi latar belakang kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berakhir dengan kegembiraan selama-lamanya (Baca: Happily ever after) apabila baginda dilantik menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan Mesir.
Seperti yang kita sedia maklum, baginda akhirnya disatukan dengan ayahandanya, Nabi Yaakub a.s. dan juga adik-beradiknya yang lain. Mesir juga menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih.
Kekejaman Firaun jelas dicatatkan di dalam al-Quran apabila dia mengarahkan pembunuhan semua bayi lelaki Bani Israil dan ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah. Firaun dan konco-konconya akhirnya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah, sebelum dia sempat bertaubat.
Munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang maha zalim juga berlaku di bumi Mesir. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin juga berasal daripada tanah Mesir yang suci.
Sayugia jelas, betapa signifikannya bumi Mesir sebagai bumi yang diberkahi bukan sahaja oleh para Anbiya', malah oleh perjuangan jihad menegakkan Islam.
Fakta #2 Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah!
Gelak keji. Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981.
Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir. Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya! Gila.
Fakta #3 Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu.
Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.
Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir.
Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi. Ironi makaroni.
Fakta #4 Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%).
Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam.
Hal ini jelas memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir. Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan.
Namun setelah melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.
Namun atas masalah teknikal yang saya kira remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan.
Muhammad Mursi yang ketika itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.
Fakta #5 Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir.
Nah, anda sudah nampak permainannya di situ..? Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi. El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya. Hey Pakcik el-Baradei, itu tetap tetap tidak dapat membersihkan tanganmu daripada darah rakyat Mesir, tahu...??
Fakta #6 Telah terkantoi penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir.
Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pengkantoian ini ada dilaporkan di al-Jazeera.
Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi.
Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.
Amerika dan Israel pejuang demokrasi tulen..? Puiiii!
Fakta #7 Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi.
Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah. Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi.
Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka.
Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal.
Fakta #8 Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera.
Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera.
Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri.
Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ceh.
Fakta #9 Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin? Wah hang gila ka nak aku ceghita pasal IM dalam satu fakta...? Eh. Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini. Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir.
Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak.
Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli. Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.
Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar.
Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.
Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.
Fakta #10 Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi.
Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Ini memang betul-betul syaitonirojim! Namun masaker (Baca: Massacre) yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi.
Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka.
Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada. Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya.
Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir. Pfffttt!
Fakta #11 Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan?
Atau apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden Mursi? Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir.
Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk perasaan dan sebagainya.
Itu adalah alasan yang mereka gunakan. Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun.
Mursi memerlukan kayu sakti Harry Potter atau mantera serapah fuh kiri fuh kanan untuk menjadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata.
Namun, dosa-dosa Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:
1. Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
2. Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada import dari luar
3. Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
4. Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
5. Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
6. Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
7. Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
8. ...dan lain-lain lagi. [Sumber: bersamadakwah.com] Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana.
Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan Islam pasti akan kembali semula.
Maka mereka mula menanam makar-makar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi. Begitulah. Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bukan apa yang berlaku di Mesir?
Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, post sependek ini tidak mungkin dapat memberikan kefahaman yang komprehensif terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir. Namun saya kira, ia sekadar cukup makan dan tahap bawah hidung jugalah, untuk anda mendapat gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.
Krisis yang sedang berlaku ini tidak wajar dipandang enteng oleh kita semua. Mesir adalah bumi barakah yang perlu dipertahankan. Ia adalah pintu masuk kepada pembebasan kota al-Quds.
Tidak mustahil ia juga adalah titik awal kepada kemenangan Islam yang sudah terlalu hampir itu! Saya terlalu amat yakin, apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Mesir hanyalah sebahagian daripada ujian dan cubaan daripada Allah, untuk membersihkan sebarang unsur jahiliyyah dan taghut yang ada, sebelum Allah mengangkat mereka kepada darjat yang lebih tinggi.
Apa yang sedang ikhwah dan akhawat kita lalui di Mesir, adalah trailer daripada Allah sebelum Dia mengurniakan kemenangan yang lebih agung! Allahu Akbar! Kita di sini, teruskan menembak doa dan bermunajat untuk keselamatan dan kemenangan saudara-saudara kita di sana.
Kongsikan dan sebarkan berita-berita dan fakta-fakta yang benar lagi sahih tentang apa yang berlaku. Didik masyarakat di sekitar kita untuk cakna dengan apa yang berlaku. Kerana Mesir bukan hanya sebuah negara di Timur Tengah.
Rakyat Mesir bukan hanya sekumpulan manusia yang bisa berbahasa Arab. Mesir bukan hanya sebuah negara yang menyimpan khazanah Firaun, Haman dan Qarun. Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara.
Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah. Geleng kepala. Kalahnya Mesir, maka tewaslah kita.
Tetapi menangnya Mesir, akan tersebar luaslah cahaya keagungan dan kemenangan Islam, inshaAllah! "Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat. [Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]
Jadi bagaimana? Kita masih terus mahu membuta, membisu dan memekakkan telinga? Sedangkan saudara-saudara kita terus dibantai, disembelih dan dibelasah taghut dan syaitan durjana..?
Silakan. Dan jangan lupa sediakan alasan untuk digunakan di hadapan Allah di Mahsyar nanti! Wahai! -gabbana- Saya menerima permintaan untuk menyertakan sekali sumber rujukan kepada fakta-fakta yang saya kemukakan. Begini.
Kebanyakan fakta yang saya kongsikan sama ada ia sememangnya sudah tersebar dan diketahui umum; maka amat mudah untuk anda mendapatkannya di internet atau hanya berdasarkan ingatan pembacaan saya sebelum ini. InshaAllah, fakta-fakta yang saya kemukakan sahih dan benar; tiada sebab untuk saya berdusta dan memutarbelitkan fakta.
Sungguh saya amat takut pada azab seksaNya. Namun sekiranya anda mendapati ada fakta-fakta yang meragukan atau tidak tepat, tolong perbetulkan dan tegur saya, agar hanya maklumat yang benar dan sahih sahaja yang dipaparkan.
Ada juga yang meminta agar artikel ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Jujur saya tidak punya kapasiti untuk berbuat demikian dalam masa ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, maklum balas kepada artikel ini amat-amat memberansangkan.
Sila sebarkan dan buat penambahbaikan sekiranya anda merasakan ia berfaedah untuk semua. Besar harapan saya agar ia dapat memberi manfaat kepada ummah dan memberi kesedaran kepada kita semua betapa masih banyak lagi kerja-kerja tarbiyah dan dakwah yang perlu kita lakukan.
Sungguh kemenangan Islam itu sudah terlalu dekat; namun ia tidak akan datang bergolek tanpa kita sendiri mengorbankan harta, tenaga dan jiwa kita! Moga Allah redha, biidznillah!
Monday, August 26, 2013
Mesej Ikhwan Muslimin : Tentera Melaga-lagakan Rakyat
AsSalam,
Berikut adalah terjemahan Kenyataan Ikhwan Muslimin berkaitan bantahan aman bertarikh 23 Ogos 2013 diambil dari laman ikhwabweb.com (http://ikhwanweb.com/article.php?id=31266 )
Mesej Ikhwan Muslimin: Keamanan dan Toleransi sebagai Tajuk Revolusi
Organisasi yang telah berusia 85 tahun ini kekal komited untuk melakukan bantahan secara aman, apabila ia menggesa semua rakyat Mesir – tua dan muda, orang Islam dan Kristian – bersama menyertai dan mengembalikan hak dan kebebasan mereka serta revolusi 25 Januari dari yang puak putchist yang kejam. (Menurut Kamus Merriam-Webster, putch adalah usaha menjatuhkan kerajaan secara tiba-tiba melalui komplot rahsia, putschist adalah mereka yang melakukan usaha tersebut)
Puak putschist secara berterusan cuba merosakkan nama baik revolusi yang telah memperjuang kebenaran, keadilan dan kebebasan. Mereka menyebarluas pembohongan dan maklumat salah bagi tujuan memomok revolusi tersebut.
Mereka juga melaga-lagakan rakyat terhadap terhadap revolusi ini serta mengambil kesempatan media yang mereka kuasai untuk mengeliru rakyat dan memalsukan fakta.
Puak putschist berharap untuk memesongkan pandangan rakyat jelata dari revolusi (sebenar) dan mempengaruhi dunia daripada menyokong rakyat yang bebas dalam menuntut semula hak, kebebasan dan kemuliaan mereka.
Antara contoh tindakan mereka termasuk: menggunakan isu keganasan puak (atau kumpulan) dan Takfir (menuduh orang lain sebagai terkeluar dari agama-mengkafirkan), memberi gambar palsu mengenai revolusi kami yang aman, toleran dan mengambilkira semua lapisan.
Perisik dan aparatus keselamatan (SB) milik komander rampasan kuasa berusaha menganiaya puak Islamis dengan tuduhan membakar gereja atau harta kepunyaan orang Kristian Mesir dan mengupah samseng-samseng jenayah untuk menjalankan perbuatan durjana ini.
Mereka juga meniadakan perlindungan keselamatan, (sengaja) melambatkan respon polis terhadap serangan ke atas bangunan-bangunan orang Kristian dan mengelak dari menahan penjenayah-penjenayah tersebut.
Semua ini agar dapat memberi gambaran yang salah mengenai keadaan di Mesir. Saluran media puak putschist serta beberapa organisasi gabungan mereka akan memaklum pada dunia para pejuang kebenaranlah yang telah melakukan, atau paling tidak menjadi penghasut pada jenayah kejam lagi keji ini.
Umum telah mengetahui aparatus risikan puak putschis mempunyai sejarah yang panjang (lama) melakukan jenayah keganasan puak (sektarian).
Pejuang kebebasan termasuk puak Islamis telah mengisytihar dengan jelas dan berulang kali penolakan kuat dan kutukan mereka terhadap segala jenayah yang teruk lagi keji ini.
Pejuang kebebasan akan berdepan dengan sesiapa yang mahu memecah belah perpaduan dan memisahkan antara warganegara ini dengan tanah airnya.
Nyata, sejak ia ditubuhkan 85 tahun lepas, Ikhwan Muslimin – organisasi Islam terbesar – tidak pernah walaupun sekali, menyerang rakan beragama Kristian mereka.
Sebaliknya, beberapa kali dan di banyak peristiwa, pelbagai kumpulan Islam telah membentuk perisai manusia melindungi gereja-gereja Mesir dari ancaman keganasan.
Semua kumpulan Islam mengutuk dengan sejelasnya semua perbuatan ganas jenayah terhadap gereja dan harta. Baru-baru ini laporan-laporan berita mengesahkan penahanan geng jenayah yang bertanggungjawab terhadap kebanyakan jenayah ini. Sudah tentu aparatus puak putschist mengetahui semua atau kebanyakan daripada penjenayah yang melakukan perbuatan ganas ini.
Haikikatnya puak putschist telah mengorbankan nyawa dan harta orang Mesir memomokkan revolusi dan pejuang kebenaran.
Hakikatnya juga, mereka sudah tentu akan gagal. Satu daripada ciri paling penting revolusi kami ialah revolusi ini telah menyatukan semua orang Mesir – Kristian dan orang Islam dari semua lapisan.
Sememangnya juga revolusi ini mengetahui siapa penentang-penentangnya, iaitu puak putschist dan kuasa kolonialisme yang berdiri di belakang mereka. Penentang yang tidak membezakan antara orang Kristian dan orang Islam, antara gereja dan masjid. Revolusi kami juga maklum dengan jelas tangan-tangan jahat yang telah membakar masjid juga adalah tangan-tangan yang sama melanggar kesucian dan menyerang gereja.
Revolusi kami yang aman menyedari semua niat jahat lagi kejam ini tidak akan memecahkan perpaduan negara kami dan tidak akan mengubah sikap toleransi orang Mesir yang diwarisi dari dulu. Sebaliknya, puak putschist telah melakukan banyak kekejaman melampau terhadap Mesir dan orang Mesir. Mereka telah menumpahkan darah suci banyak rakyat Mesir secara tidak sah.
Mereka membuat dakwaan palsu terhadap pejuang kebenaran yang bebas lagi mulia , serta mengamalkan pendekatan benci, tidakpercaya dan meminggir, kempen tanpa henti terhadap revolusi (sebenar). Walau bagaimanapun , kami tidak menafikan mereka atau menuduh mereka kafir. Kami hanya kata: "Mereka saudara-saudara kami yang menzalimi kami.
Mereka telah melakukan kezaliman terhadap negara dan tanah air”. Pertikaian kami dengan mereka tiada kena mengena dengan iman atau kekufuran. Mereka telah menodai perjanjian, mengkhianati amanah orang ramai, mengenepikan kehendak negara, dan menumpahkan darah yang amat berharga serta mencemarkan semua yang diterima suci.
Puak putschist melepaskan gelombang besar menindas dan menganas terhadap orang ramai apabila mereka merampas kuasa Presiden yang dilantik secara sah, menggantung perlembagaan, menggunakan angkatan bersenjata sepenunya apabila merebut kuasa, menentang kehendak orang ramai dan mengeksploitasi tentera kepunyaan rakyat untuk membunuh, yang sepatutnya tentera diguna untuk melindungi orang ramai. Semua ini dibuat demi kepentingan musuh Mesir.
Tak hairanlah mereka (musuh Mesir) berkeliaran di dunia menyokong puak putschist. Lantaran itu, orang-orang Mesir yang bebas akan tetap dengan pemberontakan aman mereka, demi menyelamat Mesir dari masa depan yang gelap, yang perampas kuasa ingin memasukkan kami kedalamnya.
Bagi keluarga yang ahlinya telah syahid dan yang tercedera: hak tidak akan hilang jika dikejar dengan tekun Junta putschist ingin segera menukar halaman revolusi Mesir dengan segala cita-cita murninya, syahid mulia yang telah dikorbankan dan darah mulia berpuluh ribuan rakyat Mesir yang tercedera semasa peristiwa revolusi. Puak putschist berusaha membawa negara ke satu situasi yang lebih buruk daripada keadaan pra revolusi.
Terutama setelah pembebasan Mubarak, diikuti mungkin dengan pembebasan dua anak lelakinya dan Menteri Dalam Negerinya Habib Al-Adli, lansung melengkapkan rejim penindasan dan kezaliman. Kali ini diketuai oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.
Lalu puak putschist akan menghancurkan rakyat Mesir dengan keganasan dan kekejaman belum pernah berlaku di sejarah Mesir – dengan tragedi-tragedi tidak terkira, skandal dan pembunuhan beramai-ramai.
Perkara paling utama perancang rampasan kuasa sekarang ialah untuk mematahkan semangat negara dan memaksanya terus putus asa. Untuk menjadikan keluarga mereka yang telah syahid melupakan penumpahan darah orang yang mereka kasihi.
(Memaksa mereka) dengan senyap menerima keadaan baru kerana risau akan berlaku lagi banyak penumpahan darah. Dengan itu, tercapailah matlamat puak putschist menyekat revolusi dan memaksa rakyat Mesir menerima ketentuan, yang rakyat sebelum ini perjuangkan secara aman.
Lantaran itu, rakyat Mesir secara umum, dan keluarga mereka yang telah syahid khususnya, tidak seharusnya berputus asa atau meninggalkan hak mereka. Hak tidak akan hilang jika dikejar dengan tekun. Seluruh rakyat mesti keluar secara aman menentang rampasan kuasa.
Setiap orang mesti mengambil bahagian secara positif tindakan aman yang dibuat terhadap rampasan kuasa , dan mewujudkan tindakan-tindakan baru secara inovatif.
Kita mesti memikirkan bantahan secara aman yang akan menekan saraf junta. Kita mesti melakukan keingkaran awam (civil disobedience) secara beransur-ansur di seluruh negara.
Revolusi terhadap rejim Mubarak, pemerintahan tentera dan junta putschist tidak harus pupus atau beransur hilang. Revolusi ini harus diinovasi secara lebih berkesan dengan bentuk baru melalui kaedah aman.
Revolusi kita mesti menyatukan semua orang dan kumpulan serta gerakan yang aktif. Matlamat utama sekarang ialah untuk memulihkan revolusi 25 Januari, sebelum yang lain-lain.
Matlamat ini jugalah yang sepatutnya menyatukan semua pejuang kebenaran 25 Januari, serta semua pemuda pemudi tanah air ini. Untuk melakar semula potret revolusi menyeluruh yang menarik perhatian dunia pada 25 Januari 2011, dengan keamanannya, penglibatan semua lapisan masyarakat dari pelbagai latarbelakang politik dan ketulenan pejuangnya.
Pendekatan tanpa kekerasan kami akan kekal lebih kukuh daripada peluru-peluru mereka. Darah kami akan mengalahkan pedang-pedang dan peluru hidup mereka dan bebas kehendak ramai yang bebas (tanpa tekanan) akan akhirnya berjaya, dengan izin Allah.
Askar junta dan kroni Mubarak akan kalah. Dengan masa, semua ini akan berlalu. Allah menyelamatkan Mesir yang stabil dan bebas…
Ikhwan Muslimin
Kaherah: 23 Ogos, 2013
p.s. Jika ada kesilapan terjemahan, sila betulkan.
Berikut adalah terjemahan Kenyataan Ikhwan Muslimin berkaitan bantahan aman bertarikh 23 Ogos 2013 diambil dari laman ikhwabweb.com (http://ikhwanweb.com/article.

Wednesday, August 21, 2013
Mayat Bergelimpangan Tetapi Bukan Di Mesir
[BERGAMBAR] Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland, 37 Maut, 16 Cedera
Tempat ini dah memakan korban bukan sedikit, lebih baik tutup kerana ia mengancam nyawa walaupun ramai mendakwa Malaysia aman, pelik rakyat kita terkorban bukan sebab peperangan tetapi sebab kemalangan maut, yang lebih ramai memakan nyawa dari negara timur tengah yang kononnya dikatakan bergolak. Jumlah kematian korban jalanraya mencecah 6,000 setiap tahun. Pusara di lebuhraya
Seramai
37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas
ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting
Highlands hari ini.
Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.
Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa yang maut masih belum dapat dipastikan, katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.
"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.
Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.
Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.
Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.
Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.
Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.
Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia
Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia
-- BERNAMA

Tuesday, August 20, 2013
Dalang Kezaliman Di Mesir...
"Israel Di Belakang Kudeta Tentera Terhadap Mursi" - Erdogan
Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari ini (20/8/2013) mendedahkan Israel berada di sebalik kudeta tentera terhadap presiden Mesir Muhammad Mursi bulan lalu.
“Apa yang mereka katakan tentang Mesir: Demokrasi bukanlah kotak suara rakyat. Siapa di belakang ini? Israel,” tegas Erdogan seperti tersiar di Hurriyet daily. Erdogan, seorang yang amat lantang suaranya mengkritik negara Yahudi itu, dan pemimpin Turki yang berasal dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang berakar Islam.
“Kami mempunyai bukti,” ujarnya, mengutip apa yang dia katakan adalah kenyataan yang pernah disampaikan oleh menteri kehakiman Israel pada forum di Prancis 2011 lalu di mana ia dinilai menyatakan Mursi dari Ikhwanul Muslimin tidak akan mampu untuk tetap berkuasa sekalipun jika memenangi pilihanraya.
Sikap Turki telah menyebabkan kemarahan pemerintah sementara Mesir yang didukung tentera yang bulan lalu menyuarakan kebencian yang kuat atas pernyataan Erdogan yang sangat pro-Mursi.
Turki mengecam penguasa baru Mesir setelah tindakan keras berdarah minggu lalu terhadap pendukung Mursi, bahkan Turki memanggil pulang duta besarnya di Kaherah, mendorong langkah serupa yang dilakukan oleh Mesir terhadap dutanya di Istanbul.
Mursi dilantik sebagai pemimpin pertama yang terpilih secara demokrasi di Mesir pada bulan Jun 2012, tetapi digulingkan oleh tentera bulan lalu .
Erdogan dan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) sendiri telah mengembangkan hubungan bersahabat dengan Mursi serta Ikhwanul Muslimin.
Subscribe to:
Posts (Atom)