Trafik

Thursday, March 14, 2013

Waspada Sumpah-sumpah

 Malam jadi PR, Siang jadi UmnoBn

Semalam kami dikejutkan dengan berita bahawa maklumat kami dari segi butiran mesyuarat, perbincangan dan yang paling pelik lagi bahayanya apa yang tersimpan dalam komputer seperti laporan yang sulit dan yang belum di bentangkan sudah dapat diketahui sebutir-sebutir oleh pihak musuh parti lawan melalui SB.

Inilah akibatnya kalau hidup bertuhankan RM, dia berpura-pura jadi petugas kita untuk mencari maklumat, jual malumat dan peduli apa yang penting dia dapat imbuhan.

Maklumlah menjelang PRU ramai yang akan jadi sumpah-sumpah (baca Munafik).

Beberapa panduan untus semua petugas :

  1. Semua komputer pejabat kena buat password rahsia. selalu tukar kata kuncinya.
  2. Semasa mesyuarat henpon petugas, gajet dan alatan komunikasi serta komputer mesti letak atas meja. Dalam poket diharamkan.
  3. Bilik Perang (war room) sentiasa dikunci,
  4. Periksa keseluruhan pejabat, markas kalau ada alat rakaman, pendengaran, kemera tersembunyi dsb.
  5. Perhatikan gerak geri petugas yang dicurigai, dia akan menunjuk-nunjuk aktif yang luar biasa supaya kita percaya.
  6. Mesyuarat strategi perancangan tidak boleh bersama petugas, hanya pimpinan yang dipercayai sahaja, selepas itu buat arahan kepada petugas.
  7. Duit, tabungan dan hartabenda berharga kena simpan elok-elok
  8. Kalau Bilik Gerakan / Markas di rumah,  pastikan petugas ada had, barang kemas isteri anak-anak kena jaga baik-baik.
  9. pantau kerja yang diamanahkan kepada petugas, biasanya menjelang PRU dia hilang entah ke mana
  10. Selalu ingatkan petugas bahawa kerja ini kerja jihad kerana Allah, golongan munafik akan menjadi bahan bakar api neraka.
  11. Bekas Umno, bekas Mca ,bekas Mic yang terbiasa dengan upah RM setiap kali melaksanakan tugas akan mengancam tutup bilik gerakan, minta upah yang luarbiasa, dan tikam belakang serta rancang sabotaj perlu kita diabaikan terus golongan ini.
  12. Cari sukarelawan NGO yang ikhlas, lebih dipercayai, yang muslim jaga solat, tutup aurat, aktivis masyarakat dan yang sanggup berkorban, mereka ini wajib diutamakan  dan yang akan mendapat pertolongan Allah walaupun sedikit.
RSB

No comments:

Post a Comment