Trafik

Monday, March 11, 2013

Taubat bapa Saiful


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.

“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.

“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh dan mengumumkan sebagai ahli KEADILAN.

“Saya juga mendoakan semoga ahli dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita. -KD

Saya tak berniat khianati Saiful -Azlan
PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berkalu.

"Saya ingin meminta maaf kepada saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya.

Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan ahli kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Azlan juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.

"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.

Pada JUmaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar .
-HD


No comments:

Post a Comment