Trafik

Sunday, March 3, 2013

Saya akan saman Utusan Msia sekali lagi esok :DSAI

Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu

PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan (Esok) kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.


“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.

Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang.


Dasar keselamatan negara yang lemah tapi Umno salahkan Anwar


BATU PAHAT 2 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik antara punca yang mengakibatkan dua komando polis terbunuh.

“Di Lahad Datu, kita dukacita, dan ucap takziah kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan untuk pertahankan bumi Malaysia. Kita doakan untuk mereka.

“Ini kelemahan dasar keselamatan kerajaan. Sudah masuk dua minggu, menteri baru nak pergi melawat,” katanya ketika berucap depan 5,000 hadirin di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.

Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana pemimpin Umno BN memutar belit isu keselamatan negara sebagai bahan fitnah terhadapnya tanpa mengambil kira soal keamanan.

“Tapi Umno cakap, ini semua salah Anwar Ibrahim. Aku juga yang dipersalahkan.

“Kerja fitnah sahaja Umno. Dia orang Melayu, Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil,”
katanya.

Beliau mengulas kes pencerobohan Lahad Datu yang menyebabkan dua komando polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan yang dikenali pengikut Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dua komando terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud, kedua-duanya dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugas untuk menangani gerakan anti-keganasan dan operasi khas.

-KD

No comments:

Post a Comment