Trafik

Saturday, March 16, 2013

Tumbangkan 15 Kerusi Parlimen Johor

Kenpen bersama Truk Impian
LKS bersungguh-sungguh di Johor

http://www.nusajayakini.com/2013/03/15-kerusi-parlimen-di-johor-bakal.html
16 Mac 2013

 Pakatan Rakyat (PR) memberi tumpuan untuk memenangi 15 kerusi Parlimen di Johor sekaligus mengakhiri status negeri itu sebagai “deposit tetap’ UMNO/Barisan Nasional (BN) serta membolehkan PR mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

 Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ketika dua hari melawat tiga kawasan Parlimen di selatan Johor iaitu Johor Bahru, Kulai dan Gelang Patah dan menghadiri tujuh majlis memberikan beliau keyakinan bahawa angin perubahan akan bertiup kencang dari negeri itu pada PRU-13 nanti.

 “Selepas dua hari melawat Taman Pelangi, Taman Sentosa, Plentong, Gelang Patah, Senai, Bandar Seri Alam dan Johor Jaya serta menyertai ceramah utama DAP UBAH Dream Truck, sambutan orang ramai begitu di luar dugaan sebab itu saya yakin “tsunami politik” lebih besar akan melanda bermula dari selatan dan mara ke semua bahagian di Malaysia.

 " PR akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap 15 kerusi Parlimen di Johor pada PRU-13 iaitu Gelang Patah, Kulai, Bakri, Kluang, Segamat, Johor Bahru, Tanjong Piai, Labis, Batu Pahat, Ledang, Muar, Pulai, Pasir Gudang, Tebrau dan Sembrong dan yakin akan memenanginya,” tambahnya.

Beliau berkata, jika PR boleh menang lebih daripada satu pertiga iaitu sekurang-kurangnya 10 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor serta dengan sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PR sudah pasti akan menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment