Trafik

Friday, February 22, 2013

Wow! Treler Panjang 18 Tayar Negara Berkebajikan (video)


Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan.

Bayan Baru: Pengunjung sekitar tapak perniagaan up-town Bandar Perda di sini teruja dengan treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang dijadikan pentas ceramah dalam masa yang singkat.

Konvoi jelajah yang tiba di destinasi kedua pada pukul 10.30 malam tadi selepas Manjoi, Perak memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk melihat lebih dekat keistimewaan treler tersebut.

Dalam pada itu, pihak Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) turut mengambil kesempatan untuk berucap di pentas ceramah treler itu.

Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berharap rakyat Pulau Pinang terus mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat demi pembelaan yang lebih terjamin.

Malah menurut beliau lagi, Hapus akan terus berjuang untuk menuntut agar kerajaan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan bukannya bertindak menyambung terus konsesi.

"Rakyat Pulau Pinang perlu terus mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang demi kesejahteraan yang berkekalan.

"Dengan tindakan ini saja kehidupan kita akan terus terjamin, pembelaan rakyat terus diutamakan sepenuhnya," kata beliau.

Zolkifly yang bangga kerana dapat berdiri di atas pentas treler jelajah yang menjadi kebanggaan PAS itu merasakan ia merupakan satu isyarat jelas Pakatan Rakyat akan tampil sebagai Kerajaan Pusat pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bayan Baru, Dzulfahmi Abu Bakar menghargai anggota konvoi jelajah itu dan komitmen mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan PAS pada pilihanraya nanti.

Beliau yang mahu setiap anggota jentera PAS dan rakyat terus memberi sokongan kepada konvoi jelajah yang singgah di setiap daerah dan negeri.

Katanya, dengan adanya konvoi jelajah itu, PAS dapat mendekati rakyat dan menyampaikan segala maklumat yang perlu diketahui mereka.

 
Foto pemimpin PR, TG Haji Hadi, DSAI, LGE
 
yang melihat pasti teruja
Negara Kebajikan asas PR
Boleh buka kontena jadi pentas berlampu terang
gagah, treler ini masih belum ada nama rasmi
luas dan menarik perhatian

jadi tumpuan


Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS



PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam.

.

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon.

Malah katanya lagi, ini sesuatu pengalaman yang luar biasa dialaminya berbanding sebelum ini ketika beliau hanya memandu lori syarikat majikannya.

"Hilang kesunyian sepanjang saya memandu di lebuhraya apabila kebanyakan pemandu membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan.

"Malah perjalanan terasa dekat apabila situasi sebegini berlaku, ini merupakan pengalaman yang sukar untuk saya lupakan," tambah beliau lagi.

Beliau juga teruja dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya ditempat-tempat persinggahan yang telah menyenangkan laluan perjalanan.

Dalam pada itu, beliau merasakan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap kehadiran treler tersebut sebagai peluang cerah buat PAS berdepan pilihan raya nanti.

Jasri yang mempunyai enam orang cahaya mata itu berjanji akan memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan ikhlas.

"Saya akan tunaikan sepenuhnya amanah yang diberikan, saya akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tiba di destinasi mengikut masa yang ditetapkan.

"Ini merupakan sebahagian dari sumbangan saya untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya nanti, tak ada duit kita tolong cara lagu ni la," sambung beliau lagi.

Harapan beliau agar satu perubahan dilakukan oleh rakyat demi mewujudkan satu suasana baru yang lebih menjamin kemakmuran rakyat.

No comments:

Post a Comment