Trafik

Thursday, February 28, 2013

Warga Emas Menyesal Terlibat Projek...

projek IC Mahathir, Siti Aminah Mahmud  
Siti Aminah Mahmud

Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994. “Setiap kali dihantar berguni-guni (IC).

Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.
projek IC Mahathir
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.
Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.
“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.
Komen : Makcik ni jadi lembu kena cucuk hidung oleh Mahathir mamak kuty dari karala. Mahathir rampas kuasa sebab tak sabar nak jadi kaya, anak beranak dan kroni.Semua harta dan kekayaan negara disapu 100%.Mahathir memiliki kekayaan 44 bilion selama berkuasa. Utk mempertahankan kuasa perkara yg salah dari sisi undang2 serta khianat pada bangsa dan negara pun dia sanggup buat.Org2 yg ikut telunjuk Mahathir tanpa memikirkan kesan dikemudian hari adalah org2 bodoh.Hai Makcik Siti, apa kamu dapat?.Memang bodoh jadi pengkhianat.

Komen 2 :  Dulu tak berani sebab PR tak kuat..sekarang rakyat dah sedar dan berani mendedahkan siapa pengkhianat negara..masih ada pihak yang berkuasa tapi masih belom sedar. hingga kan tidak tau negara ini bukan milik umno.

No comments:

Post a Comment