Trafik

Sunday, February 17, 2013

Treler Kempen, belum terlambat




KUALA LUMPUR: PAS bersedia dengan program Jelajah Negara Berkebajikan apabila treler yang digunakan bagi program tersebuat siap sepenuhnya Rabu depan.

Tinjauan Harakahdaily di Kampung Melayu Subang mendapati treler tersebut sudah melebihi 90 peratus siap dan hanya proses persiapan terakhir yang melibatkan kerja-kerja luaran sahaja.

Manakala bagi persiapan pentas dan berkaitan teknikal telah siap sepenuhnya.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu hanya memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas penceramah.

Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS diselia sepenuhnya di bawah Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP). -Hrkh

 Bas Merdeka Rakyat PKR bergaya


Mesin Impian lebih awal dilancarkan oleh DAP

No comments:

Post a Comment