SOLIDARITI KEADILAN LAYANG2

BERDIRI UNTUK LAYANG2 SEJAHTERA (dulu Sembrong Bangkit BP Sejahtera) Jom singgah blog bahasa Melayu ini, skopnya luas dan pelbagai termasuk Keadilan, Islam, Dakwah, Siasah, Pendidikan, Kebajikan, Kemanusiaan, Kemajuan dan Madani.

Trafik

Thursday, February 28, 2013

Galeri Foto Demam PRU13



DSAI Tabik kepada semua penyokong Pakatan Rakyat


Bendera PAS berkibar megah di Pokok Kekabu yang tinggi

Sebahagian gambar-gambar terbaik berkaitan rakyat sudah amat bersedia menghadapi PRU-13 yang Orangni copy dari laman-laman FB dalam beberapa hari lalu.

Sungguh hebat dan bersemangat sekali aksi dan gaya dalam gambar yang dimuat naik....rakyat dah tak sabar lagi, Najib masih tercari-cari tarikh tak jumpa-jumpa lagi..hehe...


Anak Muda PAS dengan bendera saiz gergasi


Kaum India tidak takut bergaya dengan baju istimewa


Restoran Cina dihiasi bendera hijau putih, ada ong ma...


Dewan Himpunan Penyokong PAS


Bab bendera orang PAS yang veteran tak boleh kalah, Bulan saiz super gergasi


Motor kapcai pun hijau..haha...


Bilik Gerakan paling hebat...hehehe...


Ini gambar juara...hehehe...

Sumber: orangni.blogspot.com
Posted by Unknown at 6:06 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DSAI, kempen, media, Pakatan Rakyat, poster, PRU13, sembrong

Warga Emas Menyesal Terlibat Projek...

projek IC Mahathir, Siti Aminah Mahmud  
Siti Aminah Mahmud

Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994. “Setiap kali dihantar berguni-guni (IC).

Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.
projek IC Mahathir
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.
Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.
“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.
Komen : Makcik ni jadi lembu kena cucuk hidung oleh Mahathir mamak kuty dari karala. Mahathir rampas kuasa sebab tak sabar nak jadi kaya, anak beranak dan kroni.Semua harta dan kekayaan negara disapu 100%.Mahathir memiliki kekayaan 44 bilion selama berkuasa. Utk mempertahankan kuasa perkara yg salah dari sisi undang2 serta khianat pada bangsa dan negara pun dia sanggup buat.Org2 yg ikut telunjuk Mahathir tanpa memikirkan kesan dikemudian hari adalah org2 bodoh.Hai Makcik Siti, apa kamu dapat?.Memang bodoh jadi pengkhianat.

Komen 2 :  Dulu tak berani sebab PR tak kuat..sekarang rakyat dah sedar dan berani mendedahkan siapa pengkhianat negara..masih ada pihak yang berkuasa tapi masih belom sedar. hingga kan tidak tau negara ini bukan milik umno.
Posted by Unknown at 5:20 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berpura-pura, Bersih, bohong, rasis, rasuah

Binatangkah Penerima BR1M?


Oleh Subky Latif

SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya.

Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.

Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.

Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya.

Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.

Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.

Orang yang diberi dan menerimanya itu bukan binatang. Masing-masing adalah orang. Tetapi cara memberinya itu seolah-olah menjadikannya seperti haiwan dan begitulah  haiwan  diperlakukan.

Pepatah Inggeris kata, orang yang perlukan lauk jangan dibagi ikan tetapi bagilah kail. Yang memberi BRIM itu masing-masing keluaran sekolah Inggeris dan PM sendiri belajar di England. Tetapi tidak mengambil ajaran pepatah  Inggeris itu.

Kata Tok Guru, belajar dari didikan Rasulullah SAW, tidak beri benda kepada jahiliyah di  Makkah  dan  Madinah tetapi beri ilmu.

Beri benda sampai bila? Tapi beri ilmu, orang yang dapat ilmu boleh cari hidup  dan  rezeki sendiri.

Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi. Kata Mahfuz Omar dalam ceramah, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, ‘Kuuuurrrrr!’ Meluruhlah ayam datang.  Sebelah tangan orang melaung ‘kuuuurrrr’ itu ada pisau untuk menyembellihnya.

Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula  tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0  dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak.

Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa.

Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah  rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.

UMNO mentribunal pemimpinnya yang terbabit dan Tan Sri Isa Samad disabitkan, digugurkan jawatan Naib Presiden yang dimenangi  dan digantung keahliannya.

Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.

Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.

Ia satu kata-kata mantik yang kuat. 


RSB : Ilmu Balaghah hanya tidak diajar dalam sistem pendidikan sekular, ia hanya diajar dalam silibus sekolah Arab Azhari, jadi masyarakat kita tak tahu perumpamaan Tok Guru. Rugi rasanya dulu tak belajar di sekolah arab...

pemberian ini juga termasuk gula-gula pilihanraya, menjadi habuan kempen kepada penyokong, menjatuhkan maruah bila kena beratur panjang sampai ada yang bergaduh berebut barisan q, lagi berat ia adalah RASUAH. 
Posted by Unknown at 5:02 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: gula-gula PRU, hiburan, kempen, maruah, rasuah

Wednesday, February 27, 2013

Utusan Malaysia Akhbar Rugi


Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah.

Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebaranbg simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan.

Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama.


p/s Ada yang bertanya GB bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan
Posted by Unknown at 10:06 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: media, rasis, rasuah

Facebook 100,000 anti Hishammuddin, letak jawatan Menteri KDN


100,000 People Want Hishammuddin Hussein Resign
Ada yang menyampah dalam FB dan kempen anti Hishammuddin.sila lihat dan suka (like)

Apakah kes pencerobohan pasukan bersenjata yang dikatakan datangnya dari Wilayah Kesultanan Sulu Selatan Filipina ke Pantai Lahat Datu Sabah mencerminkan kelemahan yang amat ketara menteri ini. sepatutnya begini? 

KENYATAAN TERBUKA INSIDEN PENCEROBOHAN TENTERA KESULTANAN SULU DI LAHAD DATU
Perkara yang agak mengejutkan mengenai persiapan pengganas Tausug ini ialah apabila mereka awal-awal lagi sudah mempunyai 'contact person' dengan media barat. Baru 2 hari mendarat di Lahad Datu dan artikel yang menceritakan wanita serta anak kecil mereka dikepung oleh anggota keselamatan Malaysia sudah disiarkan di media barat.
Penulis tidak mencadangkan agar wanita dan kanak-kanak ini disasarkan oleh tentera kita. Namun saya sangat mencadangkan agar satu tindakan decisive diambil bagi memberi petunjuk bahawa kerajaan kita tidak akan berunding dengan pihak yang membuat tuntutan sambil mengacu senjata.






Posted by Unknown at 9:23 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berpura-pura, ganas, maruah, rasis, rasuah, sembrong

Bekas Bendahari Umno Kelepet RM12.3 juta, perdaya 60 Mat Salleh England

Enam puluh pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi (gambar), serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

“Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport,” Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

“Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan,” katanya lagi.

Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim,
” kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini.

Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta (RM12.3 juta) kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua Umno bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009.

Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia.

“Sesetengah dokumen sengaja dibuat untuk menunjukkan suis tersebut menerima panggilan melalui mereka. Semua klien kami percaya suis tersebut beroperasi, tetapi apabila mereka tiba di Malaysia, suis itu tidak wujud, mereka akhirnya tidak memiliki ekuiti di Doxport dan tidak memiliki suis tersebut,” katanya lagi.

Peguam itu menambah pelabur tersebut mensasarkan pendapatan melalui trafik panggilan yang dirakam oleh suis tersebut, yang Doxport mendakwa ia akan dilaksanakan di Malaysia, Vietnam dan Filipina.

“Para pelabur ditipu bahawa Doxport menjalankan perniagaan di Kemboja dan untuk memperkukuhkan kedudukan, mereka diminta untuk melabur, namun didapati Doxport tidak mempunyai lesen untuk beroperasi apa-pun di Kemboja,” katanya lagi.

Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan.

Azim — yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 — juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut. -TMI
Posted by Unknown at 8:35 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bohong, rasis, rasuah

Lebih 20 tahun baru masyarakat berbilang kaum tertarik semula kpd PAS


 
Kaum Tionghua sokong Bulan, jangan hilangkan kepercayaan mereka kepada PAS
 
Tak takut Hudud lagi
 
PAS tak bimbang nak sokong DAP, DAP tak takut nak undi PAS
 
Tok Guru Nik Aziz jadi idola mereka
Peringatan dan nasihat dari Sdr Subky Latif, orang yang paling banyak pengalaman dalam parti sejak beberapa dekad yang lalu ini wajiblah kita pegang.
Bak kata beliau, sedikit kesilapan samaada sengaja ataupun tidak, pasti akan diambil kesempatan oleh Najib. Oleh itu, sesiapa juga yang ada idea selain dari apa yang diputuskan oleh 4 muktamar sebelum ini iaitu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat, baiklah dilupakan sahaja. Simpan ajelah idea dan cita-cita itu di pundak masing-masing. Jangan buang masa.
Terima kasih Sdr Subky Latif...


******************************************


Najib tunggu Pakatan silap

Subky Latif, 26 Feb 2013

JIKA ketika rencana ini tersiar Parlimen belum dibubarkan, maka Pakatan Rakyat mesti berjaga-jaga jangan melakukan sebarang kesilapan.

Najib menunggu saja sebarang kesilapan dan dia selalu mengintai apa jua kelemahan barang sedikit dan sekecil sekarang.

Pakatan mesti melihat semula sejarah lama Pilihan Raya Umum yang PAS alami dalam tahun 1986 ketika masyarakat Cina mula didedahkan tentang perjuangan PAS. Umumnya masyrakat Cina begitu terangsang pandangan PAS tentang layanan yang perlu diberi kepada semua dan pendekatan Islam tentang penyelesaian masyarakat majmuk.

Hingga DAP dikatakan cuak dengan perhatian masyarakat Cina yang mungkin melarikan pengundinya. Hatta mendiang Dr. Tan Chee Khoon, pembangkang yang tersohor ketika itu upaya mencelah hujah PAS lalu berkata, ‘Takut ia manis mulut saja.’

PAS tidak ada upaya untuk menukar hati manusia seperti Rasulullah SAW tidak diberi kuasa memberi hidayat kepada seseorang kerana ia hak Allah saja. Pokoknya PAS mula perhatian masyarakat bukan Melayu.

Perkembangan yang positif itu amat mengecutkan perut Perdana Menteri Mahathir ketika itu. Pegawai SB Sungai Siput membayangkan perhatian Cina tentang PAS, menasihatkan saya jangan bertanding di Parlimen Parit Buntar walaupun ia tempat sedap buat PAS, kerana pengundi Melayu tidak banyak berubah.

Nasihatnya, jika saya dapat meyakinkan DAP, minta ia memberi laluan untuk saya bertanding di Ipoh, Cina Ipoh memberi undi pada saya dan tidak akan memberi undinya pada MCA. Pemimpin PAS tidak tertarik dengan cadangan itu.

Wartawan-wartawan asing termasuk pengamat politik majalah Hong Kong bertanya saya, apa keajaiban yang PAS buat hingga ia menarik perhatian Cina? Saya sendiri tidak tahu.

Dalam suasana itu PM Mahahir menghantar orang untuk bertemu pimpinan PAS, Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fazdil Noor. Dan pertemuan itu dirahsiakan kepada semua. Saya tidak tertarik kepada idea itu. Pertemuan itu jadi diadakan.

Sehari kemudian UMNO membocorkan pertemuan itu kepada media. Seluruh masyarakat bukan Melayu hilang minat untuk mendengarpenerangan PAS. Kurang dari dua minggu Parlimen dibubarkan, PAS tidak sempat untuk membaiki kecederaan yang berlaku. PAS hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa.

Lebih 20 tahun kemudian baru masyarakat berbilang kaum tertarik semula kepada pendekatan PAS melalui Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat yang PAS ada di dalamnya tidak pernah mengalami suasana yang selesa dan kondusif seperti sekarang.

Maka Pakatan dalam masa tempoh kecederaan ini wajar berwaspada, banyakkan sabar, jangan gunakan ruang demokrasi untuk berbeza pandangan antara Karpal Singh dan Mursyidul Am dan lain-lain pimpinan PAS, jangan ada suksik-suksik tentang calon Perdana Menteri.

Kena ingat Dr. Mahathir masih segar. Otaknya sedang sepakat dengan otak Najib dan otak Rosmah mencari kelemahan dan kesilapan Pakatan. Mereka akan ambil kesempatan atas kesilapan itu. Moga-moga Allah tidak mengizinkan mereka lagi.
Posted by Unknown at 8:26 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, kempen, Pakatan Rakyat, rasis

Mat Sabu, Tian Chua, Unit Amal dibebas tuduhan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (Mat Sabu) dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di hadapan Istana Negara.

Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.

“Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari tersebut,”
kata Jagjit.

Berikutan itu, Gobalakrishnan dan seorang lagi penyokong Bersih, Muhd Harith Shahbudin Fatillah didapati bersalah kerana tidak mengikut arahan polis supaya bersurai dan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi setahun.

Sementara itu Jagjit dalam hujahnya berkata, pihaknya bersetuju dengan keterangan bahawa Tian Chua (SD8) dan Mat Sabu (SD10) pada hari terbabit hanya berjalan kaki ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong (YDPA).


Malah, semasa kejadian mereka tidak dihalang polis untuk menyerahkan memorandum.

“Mereka berada dalam himpunan di hadapan Istana yang tidak dihalang polis sebaliknya polis bagi mereka masa untuk serahkan memorandum.

“Tujuannya bukan untuk memudaratkan, maka saya berpendapat kedua-dua tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah tehadap kes pendakwaan,” kata Jagjit.

Unit Amal tidak bersalah

Hakim turut menerima hujah lima tertuduh lain yang bertugas sebagai Unit Amal pada hari itu tidak menyertai himpunan tersebut, tetapi hanya bertugas menjaga keselamatan peserta dan mengutip sampah.

Keputusan itu sekaligus membebaskan mereka daripada hukuman penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

“Kami bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat.


“Saya berpendapat sebarang kes yang melibatkan himpunan yang tidak bersenjata perlu digugurkan.

“Peguam Negera perlu pertimbang semula untuk tarik balik kes perhimpunan aman yang berdasarkan Akta Polis terdahulu kerana sekarang sudah ada Akta Perhimpunan 2012,” kata Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Sementara itu, Tian Chua berkata kemenangan ini membuktikan perjuangan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bebas sejak enam tahun lalu bukanlah perkara yang sia-sia.

“Terbukti perjuangan Bersih sejak dulu tetap relevan dan kita akan teruskan sehingga matlamat memulihkan sistem pilihan raya terlaksana,” katanya.

Mat Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan bersama 14 penyokong Bersih lain dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan (Bersih di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November, 2007.

Mereka diwakili peguam Haris Abdullah dan Tian Chua diwakili peguam Jason Tay. -FMT
Posted by Unknown at 7:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bersih, Pakatan Rakyat

Tuesday, February 26, 2013

Rumah Senget di Parlimen Ahmad Maslan

Nisa Pontian

PONTIAN tempat kelahiran Datuk Ahmad Maslan, bagaimanapun ia tersimpan satu perkara pelik yang tidak terfikir oleh sesiapa. Itulah Darul UMNO Johor. Saksikan gambar2nya.

YB Zailah macam tidak percaya, masih ada rumah yang senget nak rebah ke bumi di Johor. Kat Pontian pulak tu. YB kata, kalau kat Kelantan rumah cam ni dah lama tak ada. Sebab, terus dibaiki.
Gambar dirakam ketika rombongan YB bersama PAS DUN Benut mengadakan lawatan sekitar Kg Nelayan dan Sri Tanjung Benut.

 
Daif , rumah papan seperti zaman pasca merdeka
 
berlubang sana sini
 
masyarakat tionghua turut bersimpati
 
Radin Sorobo YDP PAS Pontian turut serta
 

 
taklimat ringkas dalam susana santai
 
Posted by Unknown at 9:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: gula-gula PRU, kempen, muslimat, rasis

Monday, February 25, 2013

Yassin Brothers Gamatkan Konvensyen PR

Penyanyi dan penasyid Yassin yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' menarik perhatian hadirin

SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.

Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.Hrkh


Posted by Unknown at 10:09 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: hiburan, kempen, Pakatan Rakyat

Takut Jadi Sewel Jika Tumbang


Umno BN dilihat di dalam keadaan yang cukup tersedak di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.

Ini dipaparkan melalui perwatakan melampau dengan caci maki yang kesat diluahkan oleh gerombolan "syaitan dikenali" sehinggakan seperti sudah tidak ada iman lagi di dalam hati mereka.

Hal ini juga berlaku bukan saja di peringkat bawahan tetapi, Presidennya sendiri, Najib Tun Razak, pernah memaki peneroka FELDA dengan "haramjadah" kerana tidak mempersetujui langkahnya untuk menyenaraikan FGVH.

Dari sudut psikologis, mereka yang sedemikian sebenarnya menggambarkan jiwa yang kacau bilau apabila minda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik dan sudah tiada lagi rasa malu, lantas mengeluarkan perkataan lucah, mencarut serta melakukan tindakan abnormal sebagai satu escapism.

Justeru itu, kita akan melihat nanti bahawa bukan sahaja ramai menteri dan ahli UMNO BN yang akan ke penjara kerana rasuah, salahgunakuasa, kronisme dan lain-lain selepas "kebenaran dan keadilan" dapat ditegakkan, tetapi tidak kurang juga ramai yang akan dihantar ke hospital bahagia untuk mendapat rawatan mental kerana perlakuan-perlakuan yang melampaui batas mereka itu. Termasuklah golongan blogger pencacai UMNO yang menjadikan perkara fitnah, lucah dan mencarut sebagai cara untuk melepaskan geram mereka.

Ruang dan dunia syaitan dikenali semakin sempit di ruang dan dunia yang memertabatkan kebenaran dan keadilan. Kita camkanlah perkataan dan tindakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti syaitan yang dikenali ini.....

Gambar-gambar ini menyaksikan pesakit-pesakit mental berkenaan.

Dulu kubur Mat Indera dikatakan terletak di Jirat Cina, kini kubur TG Nik Aziz pula, kerja menghina Ulamak ni memang kerja UmnoBn dulu dan kini...
Banner pun kena conteng, masih ada lagikah pemuda Umno tahan lasak? sekarang tukar jadi pemuda mencarut
Orang depan pun tak tahan bau ketiak masam kakak ni
Akibat pemimpin beli syarikat arak, rakyat jadi kaki botol
Konon pembela Kalimah Allah, fardu ain (aurat) pun tak lepas
mencarut lagi, mana buktinya
Posted by Unknown at 9:51 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: akhir zaman, bohong, rasis

Kisah Nabi Musa as VS Firaun sogok wang


Firaun pun bagi 'BR1M',
 kata TG Hj Hadi


Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat.

 Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.

 "Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau sebelum itu menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak. "Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah.

Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya. Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.

 "Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini? "Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku. "Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun).

Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.
Posted by Unknown at 9:30 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: akhir zaman, zalim

Kacau gula, kopi, teh tidak memecahan cawan itu : TG Hj Hadi


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.

Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.

"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam. Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.

Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya. -Hrkh
Posted by Unknown at 9:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pakatan Rakyat, rasis

Mandat : Angkatan tentera akan berada di belakang PR

Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.

“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.

“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir. -KD
Posted by Unknown at 9:14 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pakatan Rakyat, tentera

Sunday, February 24, 2013

Hadirin dimestikan gantung Mafla tak cantik... gila

RSB : Kalau mafla Gaza, Syria nak juga aku pakai, lagipun cantik, dapat pahala bantu tabung kemanusiaan, boleh buat kenangan, TAPI yang atas ini apa klas?

Bukan setakat dikerahnya orang ramai serta kakitangan awam datang meramaikan majlis yang akan di hadiri oleh Najib, rupanya orang ramai juga dipaksa mengibar mafla "I LOVE PM"

[Lihat gambar] Itulah hakikatnya Sempena Lawatan PM, Beribu Mafla telah tersedia dibekalkan Kepada Orang Ramai Untuk Dikibarkan Kononnya Mereka Cintakan PM.

Ha ha ha ha LOL

Adakah cinta itu perlu dipaksa ????

UweeKKKK -batuvskayu

Ulasan GB

Sesuatu yang dipaksa tidak ada bersamanya "kesetiaan", justeru itu pemaksaan pemakaian mafla "I LOVE PM" hanya satu penipuan dan pembaziran.

Ia tampak seperti lakonan semata-mata.

Berbeza dengan kebangkitan rakyat yang tidak dipaksa, tapi lahir dari hati nurani sebenar. Itulah nanti yang mampu menggugat apa-apa kerajaan di mukabumi. Demikian hukum kebenaran dan keadilan.
Posted by Unknown at 9:45 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berpura-pura, ganas, kempen

DSAI Bela TGNA, Selar TV3 (Video)


Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu.

Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno.

“Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.

“Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.

“Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu dijadikan bukti sahih,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada rakaman dua minit yang mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.

Ia berikutan TV3 dan Utusan galak memfitnah kononnya Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan sedangkan maksud perumpamaan lain.

Anwar berkata, media kawalan Umno termasuk TV3 sebaik-baiknya perlu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri ucapan asal Nik Aziz tetapi ia mustahil berlaku.

“Bagi rakyat dengar, TV3 beri ruang kepada Nik Aziz yang pada istilah Umno, mustahil berlaku. Jadi, kita doakan supaya perubahan (politik) berlaku ,” katanya.


Posted by Unknown at 8:48 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berpura-pura, DSAI, Pahala, Pakatan Rakyat

Saturday, February 23, 2013

23/2/2013: CERAMAH UST HAMDAN BASIRAN DI FELDA KAHANG BARAT

23hb Februari 2013, FELDA Kahang Barat: Ust Hamdan Basiran telah menyampaikan ucapan sempena pelancaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sembrong di FELDA Kahang Barat. Walaupun sepanjang ceramah beliau telah diganggu dengan tiupan trompet dan bunyi bising dari pihak UMNO, Ust Hamdan tetap bersemangat memberi ucapan dan tidak menghalang kelancaran majlis tersebut terus dilangsungkan dengan jayanya.
Ust Hamdan Basiran bersama penyokong Pakatan Rakyat selepas usai Majlis Pelancaran

Berikut ini disiarkan sedutan ceramah Ust Hamdan di majlis berkenaan... selamat menonton!

Posted by Unknown at 11:41 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ust Hamdan Basiran Berceramah Di Paloh

Pada 02 Februari lalu, Ust Hamdan Basiran berkesempatan berceramah di atas pentas DAP sempena kedatangan pimpinan DAP, Lim Kit Siang. Ceramah telah diadakan di Paloh, dalam kawasan parlimen Sembrong dihadiri majoriti masyarakat Cina setempat memberi respons amat positif seolah memberi gambaran satu perubahan besar akan berlaku di kawasan parlimen Sembrong dalam PRU13 ini. Selamat Menonton
Posted by Unknown at 11:27 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AWAS! BR1M Perangkap Kena Bayar Cukai Pendapatan


1 penghinaan bila rakyat diperlakukan begini


 Beratur panjang menunggu giliran, boleh pengsan lebih-lebih lagi cuaca panas pula

  
Bukti perangkap terjerat BR1M penerima RM500 juga menerima surat tuntutan dari income tax pula. 

Bantuan diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia.

Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat INCOME TAX rupa rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih nak wayang apa sebenarnya.

Bila memberi wang,amik kat UMNO,dia pikir wang tu hasil dari Najib agaknya.

Tahukah anda,pemimpin BN memerhatikan korang beratur tu dari tingkap pejabat berhawa dingin , berpeluk tubuh sambil ketawakan kalian? ada yang pengsan sebab beratur terlalu lama Harus kita ingat.

Susah payah kita beratur semata mata nak dapatkan RM500 ni sebenarnya permulaan.Kerajaan hanya beri rakyat sekali aja RM500,namun INCOME TAX akan kejar kita SETIAP TAHUN.

Mereka menggangap kita punya pendapatan seolah olah tetap sedangkan pekerja yang gaji pokok RM450 dan di campur elaun dan macam macam elaun tak sampai 1000 sebulan juga dikenakan INCOME TAX !!!

Kisah ni benar dan memang dah dijangkakan akan berlaku.Ini adalah temubual penulis dengan mangsa BR1M..Kalau dia dapat surat dari INCOME TAX,tak mustahil beratus ribu lagi bakal mendapat surat tuntutan seperti ini.

 Dengan kerja yg tak menentu.sebulan basic RM450.tanggungan anak 4 orang. total gaji + - elaun tinggal RM400.. Layakkah gaji sedemikian dikenakan TAX? Minta bantuan Rakyat 1 Malaysia dengan harapan dapat meringankan beban.

Seminggu selepas dapat bantuan surat income tax sampai.DEPA TUNTUT BAYAR RM350 Bila surat tu sampai,mangsa pergi ke pejabat Income TAX Klang dan bertanya ..

"Kenapa sy dikenakan income tax sedangkan gaji saya tak sampai RM1000 pun sebulan??..tolak tolak tinggal 450 sebulan.

"kata mangsa kpd pagawai bertugas. "owhh ini semenjak dulu kamu kerja tak pernah submit form.jadi kamu kena bayar jugak.tak ada tolak ansur mesti bayar walaupon sebulan RM50.sampai habis!!" kata pegawai income tax dgn bongkaknya.

Inilah tujuan bantuan tu diberikan.. [sini]

 MAKA UMPAN TELAH MENGENA,KERAJAAN BAGI CUMA SEKALI RM500 TAPI INCOME TAX AKAN KENAKAN KITA TIAP TIAP TAHUN..

Ikuti post terdahulu yg memberi amaran tentang ni sumber 
Posted by Unknown at 11:08 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: berpura-pura, gula-gula PRU

Tak Terfikir Nak Keluar PAS : Haron Din

Isnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain yang lebih penting.

"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama.

Kenalan rapat dari Alor Setar, sebaik mengetahui saya di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu, minta bertanyakan kerana "aku nak dengar sendiri penjelasannya".

Sambil minum petang dan menikmati karipap panas, Dr  Haron menegaskan: "Saya pertegaskan sekali lagi, bahawa saya dalam menghadapi isu kalimah Allah atau isu yang berhubung dengan apa sahaja pendirian PAS dengan DAP, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS.sumber

"Tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir  hendak keluar PAS.”

"Malah Perhubungan PAS Perlis telah menawarkan saya bertanding dua kerusi, Dun dan Parlimen dalam PRU13, walaupun saya daripada awal minta tidak disenaraikan kerana tidak cukup sihat fizikal."

Dr Haron berkata, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jassin sendiri menawarkan kerusi yang disandangnya. Begitu juga dengan seorang lagi Adun PAS (Simpang Empat), Rus'sele Eizan.

"Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja.  Saya tolak tawaran itu. Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau," ujarnya.
Posted by Unknown at 10:17 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kempen, maruah

Friday, February 22, 2013

Saifuddin Nasution: 5 Parlimen Johor Tumbang kepada PR? (video)


RSB : Saksikan ulasan bernas Saifudin Nasution mengenai 5 Parlimen di Johor yang tak boleh diselamatkan oleh Umnobn
Posted by Unknown at 10:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kempen, Pakatan Rakyat, PRU13

DAP Bukan Ancaman Kaum Melayu



 Lim Guan Eng bukan anti melayu

Oleh Hanipa Maidin 

Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : “Apa akan jadi sekiranya DAP dan MCA menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?”. Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut “jika kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno.

Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut. “Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah DAP dan MCA boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yang sama.

Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang DAP dan MCA bertanding , jika DAP menang MCA juga akan menang?” Parti perkauman seperti Umno, kerana mahu terus berkuasa, dengan tanpa rasa tanggungjawab berusaha keras menimbulkan keraguan bahawa DAP adalah satu elemen yang bahaya kepada Melayu dan Islam.

logik Umno

Justeru itu , menurut logik Umno, jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat yang ada DAP di dalamnya, maka Melayu dan Islam akan terancam. Logik Umno ini berpremiskan DAP adalah bermajoritikan orang bukan Melayu dan Islam maka kepentingan Islam bukan sahaja tidak terbela jika mengundi DAP malahan kedudukan Melayu dan Islam juga terhakis terancam.

Hujah Umno ini sama sekali melupakan bahawa hakikatnya Umno juga berkawan dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Jika MCA dan MIC yang boleh dikatakan hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu/Islam, mengapakah mengundi sama ada Umno atau MCA atau MIC tidak dilihat mengancam Islam?

MCA menghina Islam

Adakah pemimpin MCA khususnya sunyi dari perbuatan menghina dan memperkecilkan Islam? Jika tidak sunyi, mengapa hanya DAP dipersalahkan dan tidak MCA atau MIC? Apa peliknya jika DAP masih belum menerima Islam dan segala hukum hakamnya sepertimana MCA dan MIC yang juga berkeadaan begitu.

Bukankah yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam banyak keadaan menghina Islam dan hukum hakamnya.

Siapa yang hina hukum hudud , DAP atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , DAP atau Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang jutaan ringgit.. adakah beliau DAP atau Umno? Dan senarainya cukup panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.

perlembagaan

Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan di dalam Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang DAP kacau dan ganggu gugat? Adakah DAP atau Umno yang ganggu gugat kedudukan bahasa melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?

Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan ... DAP atau Umno? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? Siapakah yang enggan tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu sekaligus boleh menambah

kerusi orang melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat.. DAP atau Umno? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Trengganu dan kini Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah. Siapakah yang menghina Raja Raja Melayu?

Umno hina Raja

Siapakah yang ingin menggantikan Sultan Kelantan dengan ditabalkan Tengku Ibrahim , ahli perniagaan sebagai Raja ? Umno atau DAP? Siapakah melarikan anak raja...pemimpin DAP atau Umno? Siapakah yang mengheret secara tidak bermaruah institusi Raja berperlembagaan ke kancah penghinaan dengan menjatuhkan Kerajaan dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak dengan melanggar doktrin Raja Berperlembagaan dan konvesyen Perlembagaan (constitutional convention) secara terang-terangan?

Jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula di Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpim DAP, YAB Lim Guan Eng, peruntukkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) lebih besar dari peruntukkan Sekolah Cina dan Sekolah Tamil . SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97, 000-00 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM 60, 000-00 dan RM 63, 000-00 masing -masing bagi setiap sekolah (lihat website Kerajaan Pulau Pinang) .

SAR

Bukankah Umno pernah menarik bantuan per kapita SAR dan menuduh pula SAR tidak mengajar agama sebaliknya mendidik pengganas? Satu yang ironi, DAP yang dikatakan mendatangkan ancaman kepada Islam mempunyai pemimpin seperti Lim Guan Eng yang mana Negeri yang beliau terajui mahukan ramai huffaz Al Quran dengan diberi bantuan kepada madrasah tahfiz dan memberikan penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran ( lihat website Kerajaan Negeri Pulau Pinang).

Yang lebih aneh lagi elaun Imam di masjid -masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi darI elaun imam-imam di negeri-negeri yang Umno perintah. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?

Ya, Karpal Singh yang bukan Islam tidak setuju hukum hudud kerana dia berpenDAPat hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin Umno yang Islam seperti Mahathir pula tidak setuju hudud kerana jika dilaksanakan akan huru hara dan ramai makan sup tangan !!!

Umno tolak hudud

Siapa lebih teruk antara mereka berdua? Jika Karpal yang dari DAP membawa hujah Perlembagaan bagi menentang hudud, mengapa Umno yang Islam dan pernah ada dua pertiga suara di Parlimen tidak mahu pinda Perlembagaan bagi memberi ruang Pas laksana hudud di Kelantan .

Bukan sahaja tidak mahu pinda Perlembagaan , Dr Mahathir (Ya , Mahathir bukan Karpal) bagi pula surat amaran pula kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat jika Kerajaan Kelantan laksana hudud , Kerajaan Pusat yang diterajui Umno akan ambil tindakan.

Siapa yang cabar undang-undang hudud di Mahkamah? Karpal Singh atau Zaid Ibrahim yang masih itu bersama Umno? Siapa yang hina hukum hudud dan hentam Umno apabila Adun Rengit dari Umno mahukan hudud dilaksanakan di Johor ... Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek? Siapakah yang kata di negeri BN perintah hudud tidak akan dilaksanakan ... Najib Tun Razak atau Karpal Singh?

maruah melayu

Siapa yang bela gadis Melayu yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu jika bukan Lim Guan Eng? Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan bukan Islam masuk penjara 18 bulan kerana bela gadis Melayu/Islam yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu berjenama Umno? Di mana maruah orang Melayu? Umno, kerana dendam, aibkan pemimpin Melayu dengan tuduhan seks namun yang bela Anwar Ibrahim adalah peguam bukan Islam dari DAP.

Apabila wanita Islam berpurdah, Halimatus Sadiah dibuang kerja oleh regim Umno, peguam DAP juga yang membela wanita tersebut di Mahkamah? Di mana peguam Umno yang kata sayang dan nak jaga Islam? Kesimpulannya Umno hentam DAP bukan kerana Umno ingin menjaga Islam. Hakikatnya Umno tahu perpaduan PR adalah malapetaka bagi Umno.

Oleh itu pecahkan PR adalah agenda jahat Umno. Mana mungkin Umno yang siang malam , pagi petang mempunyai masalah dengan Islam kini secara tiba-tiba ingin membela Islam . Pepatah Amerika kata “ kamu boleh bohong sesetengah orang dalam sesuatu masa tapi kamu tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa”. – HarakahDaily
Posted by Unknown at 10:26 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kempen, maruah, rasis

Wang BR1M, upah sokongan dan undi


  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
Cinta adalah perkara yang tidak boleh dibuat-buat. Ia satu perasaan yang muncul dari lubuk sanubari. Ia lahir dalam jiwa dan diterjemahkan dalam tindakan. Apabila seseorang itu benar-benar kasihkan kita, maka tindakan dan sikapnya terhadap kita juga adalah lambang dan hasil dari keindahan cintanya.

Sesiapa yang ada pasangan yang mencintainya, dia akan tahu keindahan hubungan yang dibina atas cinta. Lihat cara suami atau isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap anda.

Justeru, hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara pasangan dan cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang merupakan gabungan antara cinta dan nafsu. Seseorang yang ghairah seksnya, bukan bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam membawa kepada hubungan seks yang indah.

Pemberian wang bantuan
 
Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan kehendak dirinya.

Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan menyampah.

Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian. Namun tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa.

pelacur

Pelacur Demikian, ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi. Pun begitu, pelacur kadangkala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya.

Sementara pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka. Adapun hubungan seks halal yang penuh cinta itu melahirkan kepuasan jasmani dan rohani.

habuan untuk isteri?

Tiada pemberontakan dan penuh kedamaian. Ia seperti sebuah kerajaan yang cintakan rakyat. Amanah terhadap pengurusan negara. Harta negara bukan habuan untuk isteri dan keluarga mengaut kekayaan yang gila-gila. Negara diuruskan dengan sebaiknya dengan penuh keikhlasan sehingga rakyat terasa kejujuran itu. Kejujuran itu menimbulkan rasa cinta rakyat kepada diri pemerintah.

Pemerintah mengawal negara dari ancaman luaran dan juga dalaman. Ancaman musuh yang terang, dan juga orang sekelilingnya yang kadang-kala lebih memusnah kekayaan negara dibanding mereka yang digelar ‘musuh’. Isteri dan Kroni Betapa ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni.

Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman luaran dan dalaman ini. Hasilnya, kasih-sayang rakyat dan kesetiaan lahir dalam tindakan para pegawai kerajaan dan rakyat bawahan.

nafsu

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah: “Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan.

Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”

“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah.

rakyat

Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”. Sambung Ibn Taimiyah lagi: “Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat?

Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” Lagi kata Ibn Taimiyyah:

“Pernah dibawa kepada ‘Umar bin al-Khattab r.a. harta yang banyak dari bahagian khumus (bahagian dari rampasan perang). Kata ‘Umar: “Sesungguhnya tentera telah menunaikan amanah”. Kata mereka yang hadir kepada ‘umar: “Sesungguhnya engkau telah menunaikan amanah kepada Allah ta’ala, maka mereka pun menunaikan amanah kepada engkau.

amanah

Jika engkau mengambil harta negara sesuka hati, begitulah juga mereka akan lakukan” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]. Teladan Dari jawapan rakyat kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, kita dapat tahu bahawa antara punca utama rakyat bawahan tidak amanah, setia dan jujur kepada negara dan harta awam adalah disebabkan pemimpin yang tidak amanah.

 Jika pemimpin itu amanah, pasti rasa cinta dan setia kepada negara akan bersemarak dalam jiwa rakyat jelata. Justeru jangan hairan jika kita lihat rakyat di negara-negara maju rakyat mereka lebih sayangkan negara dibandingkan negara-negara umat Islam yang pengurusan kepimpinannya tidak jujur dan khianat.

Hilang ataupun terhakisnya semangat patriotic dan setia kepada tanahair, sebahagiannya hasil dari tindak tanduk kegelojohan golongan atasan mengisi tembolok sendiri. Apabila golongan atasan memiliki kekayaan yang zahir pada diri, ‘isteri’ dan anak dengan kadar yang tidak masuk akal dan sangat luar biasa, maka rakyat kesusahan mula membenci para penguasa mereka.

menyedapkan bicara

Sekalipun jika ada yang mendakwa kekayaan itu hasil menabung dari kecil, tetapi itu hanya ungkapan untuk memperbodohkan rakyat jelata. Apabila datang musim maulid kita bercakap tentang Nabi s.a.w dan teladan dalam kepimpinan, namun dunia umat Islam masih terlalu jauh. Nama Nabi s.a.w hanya sekadar untuk modal politik menyedapkan bicara di hadapan rakyat.

Di mana Nabi Muhammad s.a.w dan kepimpinan negara umat Islam kita?! Semasa peperangan Badar, tentera Islam mempunyai jumlah kenderaan yang begitu terhad. 70 ekor unta terpaksa dikongsi oleh tiga ratus beberapa belas orang tentera. Nabi s.a.w berkongsi dengan ‘Ali bin Abi Talib dan Abu Lubabah. Memandangkan kedudukan Nabi s.a.w dan mereka berdua lebih muda dari Nabi s.a.w maka mereka meminta agar Nabi s.a.w sahaja yang menggunakan unta tersebut.

Namun, dengarlah jawapan Nabi s.a.w kepada mereka: “Tidaklah kamu berdua lebih kuat daripadaku, dan tidak juga aku orang yang paling kurang memerlukan pahala dibanding kamu berdua” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dll. Hadis bertaraf hasan).

berkongsi

Demikianlah pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara, hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia. Pemimpin bukan pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah.

Pemimpin tidak boleh menipukan rakyat dengan pemberian yang mengkaburkan untuk mendapatkan undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran terhadap negara.
Posted by Unknown at 10:07 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pahala, tazkirah
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Search This Blog

Salam Ramadan & Aidilfitri

Salam Ramadan & Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Tahniah YB N25 Kajang

Tahniah YB N25 Kajang
DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Jom Pekena Satey Kajang

Jom Pekena Satey Kajang
PRK Dun N25 Kajang

Translate

Dapatkan Kupon Majlis Makan Malam (Klik)

Dapatkan Kupon Majlis Makan Malam (Klik)
21 Nov 2013 | Khamis | 7.45 - 11.00 malam

Program Solat Hajat 29 Sept 2013

Program Solat Hajat 29 Sept 2013
Memohon kesembuhan Hj Suhaimi Said

Program Qurban Pada Hari Raya Haji 2013

Program Qurban Pada Hari Raya Haji 2013
Lembu besar dan sihat, RM500 satu bahagian, Jom sertai kami. Klik foto

PR Sembrong Mengucapkan Maaf Zahir Batin

PR Sembrong Mengucapkan Maaf Zahir Batin
Kullu Aamin Wa Antum Bi Khair

Program Lalu

Program Lalu
Sambutan Aidilfitri PR Sembrong

Cerita Kak Wan

Cerita Kak Wan
Album Foto dan Kisah Suka Duka

Tawaran Pakatan Rakyat

Tawaran Pakatan Rakyat
Sila cetak, edar, cuba ingat isi penting, beri penerangan kepada sasaran, doa moga mereka dibukakan hati untuk menyokong PR

facebook Sembrong Bangkit

facebook Sembrong Bangkit
Aktiviti Santai & Kebajikan (Sila Like)

Twitter

Twitter
Terkini Sahih & Santai

Klip Video Sembrong Bangkit

Klip Video Sembrong Bangkit
jelajah, ceramah, ucapan dan suasana ceramah

Followers

Powered By Blogger

Total Pageviews

98,518

Very Popular Posts

  • Kebaikan dan keburukan Rewang Kenduri Kahwin
    Amalan rewang dalam bahasa jawa atau gotong royong menguruskan kenduri besar seperti majlis perkahwinan memang telah dilakukan oleh oran...
  • Kebaikan dan keburukan Bazar Ramadan
    Kluang : Bila tiba Bulan Ramadan saban tahun, salah satu tempat  yang akan dikunjungi oleh ramai orang selain Masjid dan Surau ialah Baza...
  • Kebaikan dan Keburukan Penghawa Dingin Di Masjid
    Kluang : Alhamdulillah, Ramadan kali ini Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak (T6) foto atas kredit kpd Utusan  telah dipasang dengan alat ...
  • Kebaikan & keburukan kempen bawa bekal ke sekolah
    Kluang : Apabila menteri Hasan Malek yang jaga peruncitan dan pengguna melancarkan kempen bawa bekal ke sekolah, agaknya beliau dan pasuk...
  • Qunut Nazilah Untuk Saudaraku di Mesir
    Nota : Teringat Anak Saudaraku Kholid & Khadijah Akil, Syed & Sarah
  • Bukan salah anak isteri kalau makan duit haram?
      APABILA CERAMAH MOTIVASI MULA MEREPEK Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA ...
  • Kerosakan disebabkan oleh tangan-tangan manusia
    "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; ker...
  • Tahun Ular : Pengajaran Dari Kisah Nabi Musa Alaihi Salam
    Tongkat Nabi Musa Akan Menelan Tongkat Dan Tali Ahli Sihir Firaun Nabi Musa mempertunjukkan dua mukjizatnya kepada Fir'aun ~~~~~~~~...
  • Penipuan Sebenar Air Asia Tahap Kritikal
    AirAsia dan Tony Fernandes Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yan...
  • Ayahanda Zakaria yang gigih dari Keadilan Ranting Renggam
    Sempat meziarahi aktivis veteran Keadilan yang sangat kental di bandar Renggam tempat kelahiran saya. Ayahanda Zakaria Bin Ariffin atau Pa...

My Blog List

  • LAMAN SOAL JAWAB AGAMA
    GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS - *Soalan :* Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar puasa juga bila mampu? Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak te...
    3 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
    1 year ago
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016. - Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...
    2 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...
    5 years ago
  • Angel Pakai Gucci!
    Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min! -
    5 years ago
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...
    7 years ago
  • MOUNTDWELLER
    We are not Germany, say lawyers over Anti-Fake News Bill - March 31, 2018 *Soo Wern Jun* *PETALING JAYA:* A human rights lawyer has dismissed the Anti-Fake News Bill 2018, saying it does not address the problem of ...
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...
    7 years ago
  • Caca Marba
    Lelaki paling gemuk di dunia lebih berat daripada disangka - GAMBAR dirakam awal bulan ini menunjukkan Franco dibawa keluar dari rumahnya. - DM Mexico City: Lelaki paling gemuk di dunia didapati hampir 90 kilog...
    8 years ago
  • Addin
    Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi.. - *Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..* Ahli perniagaan Low Taek Jho mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia Devel...
    10 years ago
  • KOBAT
    ISU FITNAH LIWAT DS ANWAR - FATWA YUSOF QARDHAWI - SEGALA puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya. Malaysia mempunyai kedudu...
    10 years ago
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
    -

Pautan / Link

  • http://www.sinarharian.com.my/
  • http://anwaribrahimblog.com/
  • http://bm.harakahdaily.net/
  • http://www.roketkini.com/
  • http://www.keadilandaily.com/
  • http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
  • http://www.tranungkite.net/v12/
  • http://www.malaysiakini.com/bm/

Tajuk Gempar

Pages

  • Home

Santai

  • indah.com
    Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu - [image: story image] [image: mk-logo] BERITA Haspaizi Zain Diterbitkan: Aug 7, 2023 2:27 PM ⋅ Dikemaskini: 2:27 PM Meskipun DAP menang besar dan bersam...
    1 year ago
  • SEDAKA SEJAHTERA ™
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...
    3 years ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030 - Video Card for NVIDIA G210 1GB DDR3 64Bit VGA Card Low Profile Half-height Graphics Card for Home Fits Slim / SFF Size QXNF 100% brand new and high quali...
    3 years ago
  • relevan sokmo
    عين ازال للعطورات - يمكنك من خلال متجر عين ازال للعطورات الحصول على عطور قديمة مميزة جدا، كما يقدم المتجر كافة العطور والماركات العالمية وفق معايير الجودة والكفاءة. يقدم ...
    3 years ago
  • BANkami Blog
    Teknologi Screen Touch ID Sistem Pengaman Canggih dari Vivo - Kebutuhan setiap orang dengan ponsel atau handphone yang di miliki sangatlah beragam, yang menjadi salah satu faktor juga untuk memilih ponsel dengan fit...
    6 years ago
  • BICARA ABU NAWAS
    5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...
    6 years ago
  • Cananglahnie
    Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI - EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah syarikat ...
    6 years ago
  • borak kosong
    20 MANFAAT VICKS VAPORUB - *Vicks VapoRub : Inilah 20 Manfaat Yang Ramai Tak TAHU !!* Untuk menghilangkan sakit kepala, sejuk, batuk, sesak hidung, dada dan tekak stuffiness, sebahag...
    7 years ago
  • Caca Marba
    Lelaki paling gemuk di dunia lebih berat daripada disangka - GAMBAR dirakam awal bulan ini menunjukkan Franco dibawa keluar dari rumahnya. - DM Mexico City: Lelaki paling gemuk di dunia didapati hampir 90 kilog...
    8 years ago
  • Realiti Abadi
    Guru gila berbogel dalam kawasan sekolah cuba rogol pelajar perempuan - China - Pelajar di sebuah sekolah tinggi sebuah sekolah di wilayah Guangxi menghadapi detik cemas apabila seorang lelaki yang juga guru di sekolah terse...
    9 years ago
  • EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH
    Sejarah Realiti menjadi REALITI..Dapatkan Di Pasaran - Usaha kami tidak pernah luntur, dapatkan majallah ini di pasaran atau kedai buku berdekatan anda.
    14 years ago

Labels

  • bohong (269)
  • rasis (230)
  • rasuah (227)
  • akhir zaman (224)
  • berpura-pura (206)
  • zalim (205)
  • Barang Naik (159)
  • Kemelesetan Ekonomi (148)
  • kempen (141)
  • Pakatan Rakyat (134)
  • ganas (90)
  • DSAI (85)
  • maruah (85)
  • Bersih (83)
  • PKR (75)
  • Pahala (73)
  • tentera (64)
  • tazkirah (61)
  • Johor (57)
  • DAP (51)
  • kluang (51)
  • Keadilan (48)
  • sembrong (48)
  • PAS (42)
  • PRU13 (33)
  • muslimat (33)
  • gula-gula PRU (29)
  • media (28)
  • Kak Wan (25)
  • datin seri wan azizah (23)
  • hiburan (23)
  • transport (22)
  • Anak Muda (20)
  • Angkatan Muda (18)
  • Ketua Cabang (18)
  • Maksiat (18)
  • calon (16)
  • Kahang (13)
  • Kanun Jenayah Syariah (13)
  • MH370 (12)
  • Garrymander (11)
  • Pakatan Harapan (11)
  • manifesto (11)
  • siswa (11)
  • Tionghua (10)
  • pilu (10)
  • Lim Kit Siang (9)
  • Dun Mahkota (8)
  • Program Terhampir (8)
  • Royalti (8)
  • Simpang Renggam (8)
  • Zina (8)
  • Azmin (7)
  • paloh (7)
  • poster (7)
  • Erdogan (6)
  • Jingga (6)
  • Aduan Rakyat (5)
  • Keris (5)
  • Amanah (4)
  • Jerebu (4)
  • Kahang Barat (4)
  • Layang-layang (4)
  • Banjir (3)
  • Kambing Yang Bersendirian (3)
  • Bank 2 School (2)
  • Belitong (2)
  • JDT (2)
  • N27 Layang-layang (2)
  • Ranting (2)
  • Renggam (2)
  • Salahuddin Ayub (2)
  • meninggal dunia (2)
  • pelajar (2)
  • Kahnag Timur (1)
  • MATC (1)
  • NGO (1)
  • Ulu Dengar (1)
  • badai (1)
  • guru (1)
  • ribut (1)
  • sukan (1)

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (77)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (18)
    • ►  September (6)
    • ►  August (13)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  April (4)
    • ►  March (12)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (187)
    • ►  December (9)
    • ►  November (14)
    • ►  October (5)
    • ►  September (22)
    • ►  August (30)
    • ►  July (45)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (11)
    • ►  February (39)
    • ►  January (8)
  • ▼  2013 (372)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (26)
    • ►  September (50)
    • ►  August (28)
    • ►  July (68)
    • ►  June (36)
    • ►  May (25)
    • ►  April (11)
    • ►  March (81)
    • ▼  February (38)
      • Galeri Foto Demam PRU13
      • Warga Emas Menyesal Terlibat Projek...
      • Binatangkah Penerima BR1M?
      • Utusan Malaysia Akhbar Rugi
      • Facebook 100,000 anti Hishammuddin, letak jawatan ...
      • Bekas Bendahari Umno Kelepet RM12.3 juta, perdaya ...
      • Lebih 20 tahun baru masyarakat berbilang kaum tert...
      • Mat Sabu, Tian Chua, Unit Amal dibebas tuduhan
      • Rumah Senget di Parlimen Ahmad Maslan
      • Yassin Brothers Gamatkan Konvensyen PR
      • Takut Jadi Sewel Jika Tumbang
      • Kisah Nabi Musa as VS Firaun sogok wang
      • Kacau gula, kopi, teh tidak memecahan cawan itu : ...
      • Mandat : Angkatan tentera akan berada di belakang PR
      • Hadirin dimestikan gantung Mafla tak cantik... gila
      • DSAI Bela TGNA, Selar TV3 (Video)
      • 23/2/2013: CERAMAH UST HAMDAN BASIRAN DI FELDA KAH...
      • Ust Hamdan Basiran Berceramah Di Paloh
      • AWAS! BR1M Perangkap Kena Bayar Cukai Pendapatan
      • Tak Terfikir Nak Keluar PAS : Haron Din
      • Saifuddin Nasution: 5 Parlimen Johor Tumbang kepad...
      • DAP Bukan Ancaman Kaum Melayu
      • Wang BR1M, upah sokongan dan undi
      • Wow! Treler Panjang 18 Tayar Negara Berkebajikan (...
      • Restoren 786 Tak Sedar Diri, Sokong BN Terang2
      • Amah Smackdown bayi dipenjara (Video), Ibubapa sem...
      • Kisah Fatehah dan kaitan dengan Yahudi
      • Fatehah Tak Akan Maafkan Umno
      • BasTerhumban, seorang maut angkara Najib
      • Pakar Motivasi Dayus?
      • Treler Kempen, belum terlambat
      • Lebih 900 cedera meteor terhempas di Rusia, Tanda ...
      • Poster PKS Santai
      • Tanpa Persempadanan Semula Mimpi Ngeri Bagi Najib
      • Kaedah Pasang Bendera Yang Betul
      • Bandingkan Wanita Ini Dengan Rosmah, jauh...
      • Semak Daftar Pemilih Guna SMS, kelebihan dan kekur...
      • Salam Perkenalan & Persaudaraan

Rugi tak baca

Nama pun bertukar-tukar macam sumpah-sumpah
By Anonymous - 0 comments
Waspada serangan halus
By Anonymous - 0 comments
Jika Wong Tack menang: Bukan saja kerusi, telinga pun dapat
By Anonymous - 0 comments
Umno Lagi Ganas, Lagi Rakyat Benci, PR Menang Lagi Cepat
By Anonymous - 0 comments
Ketua Polis Dedah PR Bakal Tawan Putrajaya
By Anonymous - 0 comments
Semoga Dimudahkan Allah SWT Segala Urusan Antum dan Urusan Ana. Watermark theme. Powered by Blogger.