Trafik

Tuesday, September 3, 2013

Astagfirullah, Wanita Felda Kena Tipu Dengan Mertua 70 tahun

Mertua `kenduri' Menantu & Biras Sekali! (gambar hiasan kerata pancit di Felda Merapoh)

Kurang Ajaq Punya Mentua.

Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.

Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk merawat penyakit.

baca sambungan di sini

Minyak habis punca AMUK di Pam Minyak Shell

Screenshot 2013-09-03-04-32-55-1
BEBERAPA keping gambar telah dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter berkenaan situasi semasa yang berlaku sebelum jam 12:01 malam di stesen-stesen minyak di seluruh negara.
stesen-minyak-hancur
Kejadian ini dikatakan berlaku di Melaka.
stesen-minyak-hancur2
Bermula dengan keadaan sesak kenderaan yang merebut harga akhir minyak RM1.90 bagi RON95 hinggalah gambar suasana berselerak sebuah stesen minyak.

Keadaan berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis.

 Akibat bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar dengan merosakkan beberapa pam.

Beliau bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.

 Apa yang pentingnya, kita perlu sedar dan faham bahawa Kerajaan telah mengambil keputusan untuk merasionalisasikan subsidi agar jumlah hutang negara tidak semakin membukit.

Maka, ini serpihan kesan yang perlu diterima secara suka atau tidak demi memastikan di masa hadapan generasi anak cucu kita tak lebih menderita..

(mynewshub)

RSB : Kebodohan pemimpin yang angkuh tak mahu dengar nasihat dari rakyat sesuka hati naikkan harga minyak.

Minyak dah lah mahal, kemudian tak cukup pula, kalau mahal tapi cukup bekalan boleh sabar lagi, lebih teruk dari dari yang kita sangka, mana orang tak marah, kalau di negara seberang, dah kena bakar stesen minyak ini kerana membuatkan orang marah.

Tindakan Najib menyebabkan ramai rakyat stress...ingatkan cina yang naikkan harga minyak, rupanya pemimpin Melayu yang makan melayu, podah...

Rafizi Cabar Melayu UMNO Debat Harga Minyak.



Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/240091

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/09/rafizi-cabar-umno-debat-isu-harga-minyak.html#ixzz2doSRWYB2

Tolong sahut cabaran tersebut. Mohon jangan balas dengan jawapan bodoh lagi membodohkan. Aku muak dengan alasan demi alasan bagi mengelakkan perdebatan seperti ini. Perdebatan seperti ini sihat. Dan sebagai pembangkang memang Rafizi perlu berbahas dan berhujah bagi membuktikan pendirian dia benar. Begitu juga dengan kerajaan.

Jika rasa langkah2 yang mereka buat tepat, berdiri dan berhujah la menegakkan pendirian korang. Buat apa guna askar2 upahan dan berbayar untuk menegakkan pendirian korang yang korang sendiri usul, kaji, gubal dan bagi keputusan untuk laksana.

Biarkan rakyat menilai dan menentukan sendiri pendapat dan pendirian mana mereka nak follow. Jika kerajaan di pihak yang benar dan betul tiada apa yang perlu digusarkan. Rakyat bukan bodoh atau pakturut kalau Rafizi bagi hujah2 bodoh rakyat juga tidak akan mengikut melulu. Melainkan la kalau ada pihak2 yang takut.

Dengan perdebatan ini, akan terzahir pelbagai info. Yang mana mungkin info2 tersebut mahu disembunyikan dari rakyat agar mereka tak lantang bersuara menyatakan hak mereka. Kalau kita tatau satu2 perkara tue kita ada hak ke atasnya, macam mana kita nak bersuara, ye tak? Hehe. Debatlah. Ini cabaran Rafizi terhadap pemimpin negara.

Debatlah. Jangan hanya berani di gelangang sendiri. Kalau betul2 anak jantan, siarkan debat secara live di tv. Kalau anak jantan dan ada tuttt la. Kalau takde baik potong bagi maknyah makan je la oi.

KAH KAH KAH

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar pemimpin Umno berdebat berhubung kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula tengah malam tadi. “Mungkin saya patut gesa debat dengan (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mana-mana pemimpin Umno yang berani,” katanya dalam pesanan di Twitter.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan diesel dan petrol RON95 naik 20sen seliter sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter

Jangan complain harga minyak - Kasar Gurau Dr Maza


TKO

Jangan complain harga minyak..nanti anda akan dituduh tidak mengikut ASWJ dan jalan salafussoleh..lihat mereka dalam gambar ini yang memilih jalan yang lurus dalam situasi ini.. - Dr Maza Ikulah cara menteri kita, jangan guna kereta.

Monday, September 2, 2013

Pakatan Rakyat Kesal Kezaliman Najib Naikkan Harga Petrol & Diesel



Gila, kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa tengah malam buta hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Rakyat (PR)  mengecam tindakan Putrajaya tersebut dan menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan cuba menutup kelemahan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman mikro Twitter miliknya @anwaribrahim berkata tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi mangsa atas amalan boros BN.

 "Amalan boros BN beban rakyat," kata Anwar membalas tweet seorang pengikutnya.

"Protest; poor governance! Ref my Merdeka msg" kata Anwar membalas tweet pengikutnya yang menggunakan nama "@Matt5834."

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga dalam respon balasnya kepada pengguna twitter hanya berkata "Google Multiplier Effects."


Sementara itu, ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP V. Sivakumar dalam kenyataannya berkata PR  telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Malangnya , 47 peratus rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu  di 133 kerusi Parlimen.

Kenaikan itu jelas Sivakumar terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh BN untuk kepentingan politiknya. Golongan ini telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantang membuat pemilihan yang salah dalam PRU13.

"Mereka ini diberi hadiah yang cukup istimewa oleh Barisan Nasional dengan menaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.

"Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari  Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU13," katanya dalam kenyataan tersebut.

Putrajaya mengumumkan harga petrol RON95 akan naik dari RM1.90 kepada RM2.10 manakala harga diesel pula akan naik dari RM1.80 kepada RM2.00.

Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata harga minyak yang naik akan menyebabkan kesan rantaian ditambah dengan kelembapan ekonomi dan juga nilai ringgit yang menyusut.

"Ini akan menyebabkan kesan berlarutan. Kumpulan beroendapatan sederhana dan rendah akan menerima kesan yang teruk," katanya.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri, turut menyuarakan perkara sama, dan berkata peniaga akan meningkatkan harga barangan dengan menekan kepada pengguna

Azzez Ingat Tabung Haji Macam **** Dia Yang Punya

Hangat!!! (Video) Pengerusi Tabung Haji "DEMAM KURA" Dihentam Isu Pakai Baju Melayu Bersamping Di Mekah.. Jom Terjah!!!




Gesaan Pengerusi Tabung Haji (TH) yang baru, Datuk Abdul Azeez Rahim agar jamaah haji dari negara ini memakai baju Melayu bersamping ketika berada di Tanah Suci Mekah dipermainkan oleh pelbagai pihak.

Ia bukan sahaja dibawa bercakap antara satu sama lain di kedai-kedai kopi tetapi disyarahkan dalam majlis-majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz yang biasanya menguruskan jamaah haji di negara ini. "Bagi saya, ini gesaan bukan cadangan.

Bila gesaan dari Pengerusi Tabung Haji, ia satu arahan," kata Ustaz Tarmizi Shamsul Arif (gambar) ketika memberikan kuliah di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah baru-baru ini.

Video tazkirah beliau itu kini berlegar di alam maya di laman sosial YouTube. Abdul Azeez baru-baru ini menggesa jamaah haji Malaysia memakai baju Melayu bersamping ketika ke Tanah Suci iaitu semasa pergi ke masjid atau menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana.

"Pakaian kebangsaan itu adalah lambang kenegaraan dan kita juga boleh buat promosi pakaian tradisional negara," kata anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji 1 Julai lalu.

"Kita kat Malaysia susah nak pakai. Tuan-tuan pernah pergi zoo pakai Baju Melayu?...sakit jiwalah kadang-kadang memikirkannya," sindir Ustaz Tarmizi sambil tersenyum sinis lalu tersandar ke kerusinya.

Menurutnya, jamaah haji biasanya memakai jubah atau baju lain yang sesuai semasa di Mekah kerana ia dikatakan pakaian sunnah dan juga sesuai dengan suasana tempat itu.

Bagi beliau, ini semua berlaku kerana orang yag bukan ahli duduk di kerusi berkenaan. Sejak dari awal pelantikannya, Abdul Azeez di pertikaikan kredibilitinya untuk dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bahkan kalangan Umno sendiri tidak setuju dengan perlantikan Abdul Azeez.

Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah antara yang mengkritik perlantikan Azeez. “Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.

Katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal. -TMI

Sunday, September 1, 2013

Hubungan Ikhwan Muslimin Dan Nusantara Sangat Erat

Sebagaimana slogan 'Islam itu Bersaudara', gerakan Ikhwan Muslimin mempunyai talian rapat dengan saudara Islam di Indonesia, Malaysia dan negara-negara Nusantara. Foto lama ini menceritakan segalanya di mana, delegasi Ripublik Indonesia diketuai oleh HA Salim menyampaikan ucapan terimakasih Indonesia kepada Ketua Umum Ikhwan Muslimin

Pengasas IM Imam HASAN AL-BANNA sangat kuat menyokong perjuangan Rakyat Indonesia memerdekakan diri dari penjajahan Kolonial Belanda.

IM menjadi rujukan tentang apa-apa masalah yang melanda selepas kejatuhan Empayar Turki Ottomaniah pada tahun 1924, umat Islam sudah kehilangan satu-satunya pemerintahan Khalifah tempat rujukan.

Pada 1928 IM ditubuhkan dan menjadi gerakan dakwah dan harakah kepada golongan ulamak dan agamawan dari pasentren atau pondok dan madrasah, mereka adalah golongan pelopor yang bangkit dan telah berjihad dengan darah dan air mata membebaskan negara dari dijajah. Sejarah tidak boleh melupakan perjuangan Tok Janggut, Abd Rahman Limbung, Dr Burhanudin Al-Helmi, Madrasah Ehya As-Sharif Gunung Semanggol dan lain-lain.

Rata-rata negara Islam dijajah oleh penjajah Barat termasuk di negara kita dari Portugis kepada Belanda, jatuh pula kepada Inggeris.

Pada Perang Dunia ke 2 Tanah Melayu dijajah oleh Jepun dan apabila Hirishima dan Nagasaki di bom dengan bom Atom, Jepun menyerah kalah dan diambil semula oleh British.

Semasa berlaku bencana tsunami yang amat dahsyat di Aceh Indonesia, melalui misi kemanusiaan IM telah menghantar Dr Morsi (foto bawah) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bekerjasama dengan beberapa NGO di sana dan PKS membangun semula Aceh.   

RSB