Trafik

Tuesday, November 11, 2014

Berhati-hati Di Jalanraya : Calon SPM Tersepit Rim Honda EX5



Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal jenis Honda EX5 diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam. 

“Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat,” katanya. Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. -newsredapple

Pengsan 4 jam kaki tersepit rim motosikal 



Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong.

Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong.

KERTEH - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sedarkan diri selama empat jam selepas kakinya nyaris hancur akibat tersepit dalam rim motosikal ketika pulang daripada menduduki peperiksaan itu, petang kelmarin.

Mangsa, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, ketika itu sedang membonceng motosikal ditunggangi rakannya sebelum kain pakaian seragam sekolah dipakainya tiba-tiba terbelit dalam rim motosikal berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Lapangan Terbang Kerteh berhampiran jambatan kereta api ketika mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Kampung Pengkalan Ranggon.

Bagaimanapun, rakannya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Wan Siti Sulyza berkata, dia pengsan selepas kakinya berasa amat sakit kerana dikepit sesuatu. “Saya tak tahu apa jadi ke atas saya waktu itu. Lepas buka mata, saya dah ada di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman.

Kaki mangsa dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh yang memotong rim motosikal berkenaan. Mangsa yang juga anak keenam daripada tujuh beradik kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendapatkan rawatan segera sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, yang juga buruh ladang berkata, selepas menerima panggilan daripada saksi kejadian pada jam 3 petang, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke Hospital Kemaman. “Semasa sampai di hospital, anak saya masih tidak sedarkan diri.

Sekitar jam 6 petang barulah anak mula buka mata dan sedar daripada pengsan. Lepas dapat tahu kakinya cedera parah, dia mula menangis kesakitan. “Saya dimaklumkan doktor, tulang kaki anak saya patah, buku lali lari sebelah dan kulit kaki serta daging bahagian atas kaki terkoyak. Buat sementara waktu ini, doktor memasukkan besi di bahagian tulang kaki yang patah itu," katanya. -SH

Moral : Berhati-hati di jalan raya, ibu bapa elok menghantar dan mengambil anak khususnya waktu peperiksaaan, bagi mereka semangat dan dorongan, ya lah, bukan selalu, masa nak peperiksaan besar seperti SPM sahaja. ambillah cuti jika boleh. Kepada semua calon SPM... Selamat berjuang dan maju jaya daripada Rakyat Sembrong Bangkit (RSB).

No comments:

Post a Comment