Trafik
Tuesday, November 4, 2014
Azmin akan pastikan Selangor bersih dari sampah dan lubang jalanraya
Tahniah MB Baru! Kehidupan rakyat Selangor akan lebih selesa dan sihat jika amalan bersih ini dapat dilaksanakan dengan baik. Sebagaimana kita tahu masalah sampah yang tidak dikutip akan menjadi berulat... kontraktor majlis perbandaran jangan pula sabotaj, tak mahu kutip sampah.
Longkang juga mesti bersih kerana boleh menjadi sarang nyamuk yang menyebabkan terkena penyakit denggi dan jika tersumbat boleh menyebabkan banjir termenung.
Rumput yang tinggi menjadi belukar bukan sekadar menyakitkan mata malahan boleh menjadi tempat para penjenayah mengambil kesempatan kerana ia terlindung dari pandangan orang ramai.
Jalan yang berlubang akan lebih bahaya jika waktu hujan ia bertakung di lopak sepatutnya diturap supaya kenderaan kecil seperti motosikal dan kancil tidak mengalami kebocoran tayar, rim bengkok dan silap haribulan boleh menjadi kemalangan maut.
https://www.youtube.com/watch?v=F-PADPu_P10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment