Trafik

Friday, March 7, 2014

Patut Tak Nak Guna Hukum Qazaf, Sebat 80 Kali Jika Tak Ada 4 Saksi

Konsensus dan Rekonsiliasi Nasional entah kemana.....udah masuk dalam longkang subur bersama kangkung.

Di Surau tadi ada sahabat mintak komen pasal keputusan Mahkamah Rayuan petang tadi dapati DSAI bersalah.

Saya jawab no komen, nanti tak pasal-pasal kena 'contemp of court'.

Sahabat desak jugak, mungkin mereka tengok status di FB dan posting di blog banyak meng'hentam' DSAI.

Saya kata tak bersetuju dengan perletakan ADUN Kajang YM (Yang kena Kencing) Lee Chin Cheh, tak bersetuju DSAI bertanding kalau nak jadi MB (habis kalau tak jadi MB, nak beri pada AA?)  dengan apa yang dipanggil 'Kajang move' atau 'Kajang road to Putrajaya' dengan nasib yang menimpa DSAI berkaitan kes Mahkamah adalah dua perkara yang berbeza.

Sebagai seorang Islam kewarasan saya masih lagi berpegang HANYA dengan mendatangkan 4 orang SAKSI baru seseorang boleh DISABITkan bersalah.

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui akan keadaan sebenar.

Adalah Hak Allah SWT untuk menglaknat atau tidak menglaknat seseorang yang betul-betul buat salah.

Begitu jugak adalah Hak Allah SWT untuk menglaknat atau tidak menglaknat mereka yang buat tuduhan.

Berbalik kes DSAI tadi hanya berHukumkan dengan Hukum Al-Quran sahaja baru keadilan tertegak.

Sudah jelas terbukti tidak berHukum dengan Hukum Islam, inilah jadinya

Sekarang 'game' di Kajang sudah menjadi rumit.....'penjaga gawang' sudah dikeluarkan atas 'tactical move' tapi penggantinya masih kabur. [sumber .] [sumber .]

al-brangionline:

Kembalilah kepada berHukum dengan Hukum Islam

No comments:

Post a Comment