Trafik

Friday, March 7, 2014

Keputusan Sodomi Yang Tidak Bertamadun : Ahli Akademik

.
james chin
Keputusan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II ini dipengaruhi oleh politik, kata ahli akademik. James Chin

PETALING JAYA: Beberapa ahli akademik hari ini berkata keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II bukan perkara yang mengejutkan.

Menurut Prof James Chin dari Monash University, keputusan ini sebenarnya sudahpun dijangkakan oleh orang ramai.

“Ramai orang sudah tahu Anwar akan didapati bersalah dalam kes ini,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan ini mungkin akan menyebabkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, bahkan mungkin akan turut kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya.

“Jika dia didenda lebih dari RM2,000 dan dipenjarakan lebih dari dua tahun bukan sekadar dia tidak boleh bertanding di Kajang tapi dia juga akan kehilangan kerusi Permatang Pauh,” katanya lagi.

Namun, menurut James lagi, beliau yakin kerjaya politik Anwar tidak akan terbatas begitu sahaja walaupun didapati bersalah dalam kes ini. `Kerjaya politik tidak tamat’ “Kerjaya politik dia tidak akan tamat. Ini bukan kali pertama dia didapati bersalah, dulu didapati bersalah salah guna kuasa.

“Kalau dia tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang, dia masih layak untuk bertanding dalam pilihan raya seterusnya, tak ada masalah,” katanya lagi, sambil menambah PKR bakal menghadapi masalah bagi menggantikan pemimpin seperti Anwar.

Sementara itu, menurut seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan, Prof Madya Andrew Aeria, keputusan ini jelas menunjukkan negara Malaysia mengamalkan pemerintahan ala ‘Autoritarianisme’.

“Keputusan dibuat tidak mengikut undang-undang antarabangsa. Kononnya Malaysia nak menjadi negara bertamadun. “Keputusan ini dipengaruhi oleh politik…semua orang nampak.

Saya rasa ramai orang tidak akan menerima hukuman ini kerasa nampak sangat elemen politik,” jelasnya. Menurut beliau, Anwar seharusnya dibicarakan mengikut piaiwaan antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hari ini, Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 apabila Mahkamah Rayuan membenarkan Putrajaya mengenepikan pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2012. -freemalaysiatoday-   Ikhwan Zulkaflee

No comments:

Post a Comment