Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad menggesa Pengerusi Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa supaya
mengelak organisasi itu daripada menjadi alat untuk mengadu domba di
antara orang Islam dan bukan Islam di negeri Selangor.
Menurut Khalid, rampasan Bible berbahasa Melayu dari pejabat Persatuan
Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini atas alasan menyekat agama Kristian
daripada disebarkan kepada orang Islam adalah tidak kukuh.
Menurutnya, pihak MAIS tidak pernah mengemukakan sebarang bukti untuk
menyokong alasan itu dalam serbuan baru-baru ini termasuklah sejak
serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada
tahun 2011 lagi.
"Ia (Bible) bukan dirampas sewaktu ia diedar kepada orang Melayu Islam.
"Ia dirampas sewaktu ia disimpan dalam pejabat orang Kristian.
"Kes DUMC pun takda bukti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam,"
kata Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini.
Khalid berharap agar MAIS kekal sebagai sebuah institusi negeri yang
tidak bersifat politik dalam tindakannya.
"Saya harap biarlah MAIS di atas daripada politik seperti sepatutnya,"
kata Khalid.
Pada 2 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terletak
di bawah MAIS menyerbu pejabat BSM dan merampas 321 naskhah Bible
berbahasa Melayu serta 10 naskhah Bible berbahasa Iban.
Serbuan itu mencetuskan kontroversi apabila ia dibuat tanpa memaklumkan
exco agama Selangor dan ia merupakan insiden kali kedua JAIS menyerbu
premis organisasi bukan Islam tanpa waran yang sempurna. MK
Nota : Konon buat kerja untuk meninggikan kalimah Allah, tapi akhirnya melaksanakan kerja yang menakut-nakutkan orang bukan Islam, ini bukan dakwah, tapi ini sampah...
No comments:
Post a Comment