Di sebuah kampung terdapat sebuah kedai runcit.
Rakyat kampung
tersebut hanya bersumberkan kedai tersebut untuk membeli barang
keperluan harian mereka.
Kedai tersebut sudah bertapak lebih 55
tahun di kampung tersebut yang mendapat tander membuka kedai tersebut
daripada tok penghulu kampung.
Orang kampung bersungut kerana
harga di kedai tersebut semakin lama semakin mahal. Namun setiap tahun
apabila tander dibuka, tauke yang sama yang berjaya memenangi tander
tesebut yang selalu dilihat rapat dengan tok penghulu.
Pemiihan
tander adalah berdasarkan pilihan majoriti penduduk kampung yang selama
ini berpihak kepada tauke yang sama. Ada segelintir orang kampung
bersungut kerana kampung mereka turut didatangi oleh orang luar namun
tidak diendahan oleh tok penghulu.
Orang kampung makin resah
sehingga pulang seorang anak muda yang bercadang untuk memasuki tander
kedai di kampung tersebut. Antara perancangan anak muda tersebut ialah
menawarkan harga yang lebih murah daripada kedai sekarang.
Orang kampung gembira, namun tauke kedai yang sudah berumur itu mencemuh
"kedai tersebut akan bankrap dan kampung akan rugi".
Semakin
dekat dengan hari tander terbuka, semakin ramai orang kampung mendapat
maklumat tentang hasrat anak muda itu.
Ramai yang berjanji akan
menyokong anak muda itu untuk mendapatkan tander kedai tersebut yang
selama ini dikuasai oleh tauke tua tadi.
Sebaik sahaja tander
dibuka, seperti biasa tauke tua akan membeli borang tander dan kali ini
anak muda tadi pun tutut membelinya.
Beberapa sebelum hari
pemilihan, tiba-tiba tauke tua tadi menbuat pengumuman "saya akan
turunkan harga barang di kedai ini jika orang kampung memilih saya
sekali lagi".
Orang kampung tergelak besar dan menempelak
"Habis tu, selama 55 tahun kamu dapat tander ini, mengapa tidak turunkan
harga barang?".
Anak muda tersenyum menunggu hari pemilihan
tander.
Ini kalilah kita ubah tauke kedai!
via Afyan
Mat Rawi
-RVR-
No comments:
Post a Comment