Alhamdulillah, semalam 13 April 2013 melakar sejarah baru buat Pakatan Rakyat Johor apabila
berjaya melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang
tidak lama lagi.
Manifesto bertemakan
"Johor Maju dan Berkebajikan" itu dilancarkan dalam satu majlis di
sebuah hotel di Johor Bahru.
Majlis diserikan dengan kehadiran para pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pusat dan negeri Johor. Antaranya ialah Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pengerusi PKR Johor, Dato' Chua Jui Meng; Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; dan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Hj. Mahfodz Mohamed. Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.
Antara perkara
menarik yang disenaraikan dalam Manifesto Rakyat Johor tersebut adalah
berkenaan menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal, pemberian 10 meter padu air percuma, mengurangkan
kadar cukai tanah dan cukai harta, bantuan RM1000 untuk kelahiran anak serta mewujudkan
40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.
Selain itu, selaras
dengan manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat, Pakatan Rakyat Johor juga
menjanjikan pemberian kontrak secara terbuka, membasmi rasuah dan ketirisan,
mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat dan gaji minimum
RM1100.
Dalam majlis
tersebut juga diumumkan senarai calon-calon Pakatan Rakyat daripada PAS. Menarik perhatian apabila PAS
mengumumkan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, saudara Hu Pang Chau
sebagai calon di parlimen Ayer Hitam (P148) dalam PRU-13 akan datang. Seorang lagi
calon bukan Islam ialah saudari Kumutha a/p Raman di DUN Tiram (N40).
Selain itu,
PAS juga mengumumkan empat orang calon wanita bagi merebut kerusi diperingkat
DUN. Antaranya ialah calon termuda saudari Anis Afida Mohd Azli, aktivis NGO
Pengerang yang berumur 24 tahun di DUN Penawar (N38)
Selain Ayer
Hitam, antara kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh calon PAS adalah Pagoh
(P143), Parit Sulong (P147), Kota Tinggi (P156), Pulai (P161) dan Simpang
Renggam (P151).
PARLIMEN
Pagoh : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
Parit Sulong : Khairuddin Abdul Rahim
Ayer Hitam : Hu Pang Chaw
Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
Mersing : Roslan Nikmat
Tenggara : Muhamad Said Jonit
Kota Tinggi : Onn Jaafar
Pulai : Salahuddin Ayub
DEWAN UNDANGAN NEGERI
Buloh Kasap : Firdaus Masod
Pemanis : Normala Sudirman
Tenang : Mohd Zin Johar
Jorak : Norhayati Bachok
Gambir : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Serom : Azmi Ahmad
Sungai Abong : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
Maharani : Dr Mohammad Taslim
Sungai Balang : Malik Mohamad Diah
Sri Medan : Ahmad Rosdi Bahari
Semarang : Ilyas Abu Bakar
Parit Yaani : Aminolhuda Hassan
Parit Raja : Noor Khalim Sakib
Senggarang : Dr Mohd Ramli Md Kari
Rengit : Ahmad Kailani Kosnin
Machap : Mohd Khalid Salekan
Mahkota
: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Endau : Mohd Azam Abdul Razak
Pasir Raja : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
Johor Lama
: Kamaldin Tahir
Penawar
: Anis Afida Mohd Azli
Tiram : Kumutha a/p Raman
Puteri Wangsa
: Abdullah Husin
Permas : Syed Othman Abdullah
Kempas : Suhaizan Kaiat
Nusajaya : Salahuddin Ayub
Bukit Permai : Mazlan Aliman
Benut : Raden Sorobo Ponoh
Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku
Mahmood
Kukup : Ghazaley Ayiub
AYUH!! BANGKITLAH RAKYAT JOHOR!!!
(SB004)
No comments:
Post a Comment